Tuesday, January 22, 2013

anak dara generasi y



"bang, saya nak ikan patin sekilo. terus siang iye."

untung betul anak dara generasi y.
beli ikan kat pasar yang siap siang. baguih!

oh memang cukup bagus beli ikan keli ke, patin ke yang siap siang.
ak cukup takut nak pegang ikan yang bermisai ni lama-lama sebab ak rasa macam pegang mr ular. erk!
kalau beli yang dah siap siang, lagi mudah dan jimat masa.
keluarkan ikan daripada freezer, lepas tu basuh dan masak. siap!

haa ade lagi perkara yang memudahkan orang dapur: cili boh paket.
beli kat kedai, pastu campak je dalam masakan.
tapi bagi ak, ak lagi suka guna cili kering.
cili kering memang cerewet sikit.
sebelum guna, kena blender dulu.
memang sedikit rumit tapi mampu menggegarkan rasa makanan. kihkih.
kalau nak buat sambal nasi lemak, baik guna cili kering. rasa sambal tu lagi mantop!
pastu, untuk nasi goreng pun sedap kalau guna cili kering.
tak payah blender, kasi tumbuk je cili kering. rasa nasi goreng memang power wa cakap lu!

untuk menjimatkan masa bagi pengguna tegar cili kering,
kita beli cili kering banyak2 pastu blender kesemua cili kering untuk buat stok.
selalunya stok cili kering boleh kekal lama kalau kita blender cili kering bersama dengan cuka dan garam.
lepas siap blender, simpan dalam peti sejuk.
nak buat stok sampai sebulan pun boleh. hikhik.

* belek majalah saji ternampak dendeng perak. macam menarik. cuma cara buat dia sedikit cerewet. tapi yang penting, banyak guna bawang merah dan kicap perkara wajib. tangan dah gatal nak cuba. takpe. nanti kita cuba tanya orang perak naa. hekhek.




6 comments:

-eim- said...

ular mn ade misai..-.-"

cara tradisional jgk best kan~~

budak kecik said...

hahaha. sbb kebanyakan kepala ikan yg bermisai ni serupa ular. konon misai tu dh mcm lidah ular. haaa gitu.

aah cara tradisional lg selamat dan dijamin halal :)

koehzzz said...

bunyik mcm sdap je.da siap nnti pos ek.hek3

budak kecik said...

lah org perak tak pernah mkn ke? haaa boleh. pos dlm mimpi. mampu? :P

koehzzz said...

tah.pnah ke xpnah pn xtau.xpnh dgar pn.tp ikan patin peberet kalo msak lmak cli api.hehe 2la..tggu mmpila bru bleh rse..2pun kalo mmpi.heh

budak kecik said...

oo suka msk lomak cili api rupanya.ak kalau beli ikan patin, ak buat ikan patin masak tempoyak. feveret tuh. hehe