Friday, January 25, 2013

famous amos in the house!



biskut famous amos memang kegemaran ak.
kalau pergi mid ke, klcc ke, famous amos memang wajib beli.

dan ak cuba belajar buat famous amos.
alhamdulillah first trial pun menjadi (:

meh ak share resipi famous amos yang disedut dalam kalangan blogger jugak. terima kasih daun keladi ;D

bahan2 ayak:
280g tepung gandum
10g serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bicarbonate
2 tbsp susu tepung
secubit garam

bahan2 lain:
250g mentega
150g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
100g coklat chip

cara2:
1. pukul mentega, gula kastor, esen vanilla hingga kembang.
2. masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. masukkan bahan2 ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. masukkan coklat chip *kalau nak campur hazelnut pun boleh. ikut citarasa korang. lepas tu, kacau rata.
5. sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
* jangan susun rapat2 sebab biskut akan kembang masa proses pembakaran.
6. bakar pada suhu 160 celcius selama 15-20 minit bergantung pada saiz biskut.

dan siap!
selamat mencuba ;)



*husband sepupu ak suka makan kek coklat ak. sekali makan, nak lagi katanya. kek coklat pun ade macam2 cara sebenarnya. yang penting, resipi untuk kek atau biskut memang kena betul2 ikut. kalau kat situ tulis 200g tepung, memang kena timbang 200g tepat. jangan suka suki je nak timbang sampai 300g. kang nanti, baling kek kat kucing pun pengsan gamaknya. tapi kalau nak masak lauk pauk, memang kita main campak je kan. kalau dalam buku resipi tulis 3 sudu sos tiram, takdenya ak nak sukat 3 sudu sos tiram. tak payah nak skema sangat kalau nak masak lauk pauk. tapi kalau nak buat kek atau biskut, memang kena skema.





Thursday, January 24, 2013

mandi dengan si panjang.



apa perasaan anda bila dapat tahu rupa-rupanya anda mandi bertemankan si ular?
haaaaaaaa itulah pengalaman saya!

petang maghrib tu, ak mandi macam biasa lah kat toilet dapur.
tapi ak tak sedar pun ade benda tu dalam toilet. langsung tak sedar!

lepas solat ishak, mak ak masuk dapur.
haaa masa tu lah mak ak ternampak kelibat si panjang tu kat depan pintu toilet.
mak ak jerit panggil ak. memang tak lah ak nak masuk dapur tengok benda tu.
masa tu yang ade kat rumah, ak dengan mak ak je.
ayah dengan adik ak pergi masjid.
ak tak tahu nak buat ape.
lepas tu terpikir, ak kan ade kucing dua ekor tu.
haa masa ni lah betapa pentingnya peranan kucing ak.

ak ambik zombi dengan xixi. pastu letak kat dapur tu.
yang lawaknya , kucing jantan ak, zombi zappppp terus lari keluar! haha.
mungkin sebab dia tak biasa dengan kawasan dapur tu.
kucing ak selalu main kat kawasan ruang tamu je. tak pernah masuk sampai ke dapur.
kucing ak yang betina ni, si xixi nampak macam takut-takut jugak.
tapi dia punya perasaan ingin tahu tu tinggi.

ak bisik kat xixi, suruh tengok ade benda tu ke tak.
*haa jangan main-main dengan kucing. kadang-kadang kucing paham kita cakap ape kat dia. hihi.

setiap penjuru dia pergi selongkar.
masa tu si panjang tak tahu dah menghilang ke mana.
tapi kelibat si panjang tu memang tak nampak bayang.

bila adik ak balik dari masjid, dia pulak yang check.
sampai bawah mesin basuh dia check.
tapi takde jugak.
mungkin dah keluar.
ak syak dia masuk melalui saluran air sebab lupa nak tutup penutup saluran air tu lepas cuci bilik air.

malam tu, ayah ak kurung xixi kat dapur. kesian dia. jadi pengawal dapur semalaman. kihkih.
nasib baik dia tak berak kencing.
pagi subuh tu, bila bukak pintu dapur nampak dia siap menggeliat baru bangun dari tidur.
*hai syok nampak xixi tidur.
malam tu memang takde pape. si xixi pun siap tidur dengan lena lagi. haha.
si panjang tu memang dah keluar lah gamaknya.
adik ak mandi nak pergi sekolah pun dah tak nampak kelibat si panjang.
alhamdulillah lega.
tapi ak masih rasa fobia. bergegar lutut nak masuk dapur T______T
takpe yakin dengan Allah benda tu memang dah takde.
kang tak masuk kang, tak berasap dapur nanti. huhu.


tapi Allah tu memang Maha Besar.
Dia hijabkan benda tu daripada pandangan ak sebab Dia tahu ak ni sangat alah dengan haiwan panjang tu.
Allahuakhbar..

salam Maulidur Rasul.

*public holiday ni mesti ramai nak mengular. ee geli ak nak sebut perkataan tu. ok cukup. nak buat kek coklat pulak. adik ak semua balik rumah semalam. BERkek coklat lah kita.








Tuesday, January 22, 2013

anak dara generasi y



"bang, saya nak ikan patin sekilo. terus siang iye."

untung betul anak dara generasi y.
beli ikan kat pasar yang siap siang. baguih!

oh memang cukup bagus beli ikan keli ke, patin ke yang siap siang.
ak cukup takut nak pegang ikan yang bermisai ni lama-lama sebab ak rasa macam pegang mr ular. erk!
kalau beli yang dah siap siang, lagi mudah dan jimat masa.
keluarkan ikan daripada freezer, lepas tu basuh dan masak. siap!

haa ade lagi perkara yang memudahkan orang dapur: cili boh paket.
beli kat kedai, pastu campak je dalam masakan.
tapi bagi ak, ak lagi suka guna cili kering.
cili kering memang cerewet sikit.
sebelum guna, kena blender dulu.
memang sedikit rumit tapi mampu menggegarkan rasa makanan. kihkih.
kalau nak buat sambal nasi lemak, baik guna cili kering. rasa sambal tu lagi mantop!
pastu, untuk nasi goreng pun sedap kalau guna cili kering.
tak payah blender, kasi tumbuk je cili kering. rasa nasi goreng memang power wa cakap lu!

untuk menjimatkan masa bagi pengguna tegar cili kering,
kita beli cili kering banyak2 pastu blender kesemua cili kering untuk buat stok.
selalunya stok cili kering boleh kekal lama kalau kita blender cili kering bersama dengan cuka dan garam.
lepas siap blender, simpan dalam peti sejuk.
nak buat stok sampai sebulan pun boleh. hikhik.

* belek majalah saji ternampak dendeng perak. macam menarik. cuma cara buat dia sedikit cerewet. tapi yang penting, banyak guna bawang merah dan kicap perkara wajib. tangan dah gatal nak cuba. takpe. nanti kita cuba tanya orang perak naa. hekhek.




Saturday, January 19, 2013

lu memang berani lah afdlin shauki.



antara jozan, jambu, shiro, boboi, dan say who.
ak lagi suka boboi.
walaupun kumpulan boboi tak sehangit kumpulan yang lain tapi ak paling suka lawak boboi.
sebab dalam setiap performance dorang, ade mesej yang dorang cuba sampaikan.
dan lawak dorang sentiasa berkaitan dengan isu semasa.

ak rasa yang semalam punya, kumpulan boboi memang power sebab dia ade selit isu listen! haha.
dan secara tetiba keluar isu "jerung pun ade masalah".
kan semua binatang ade masalah. haaa gitu.
afdlin shauki memang berani. wa salute sama lu afdlin!

tapi pape hal pun, ak rasa jozan memang patut menang sebab johan dengan zizan sangat versatile.
semua karakter manusia dorang mampu tiru.
contoh zizang jadi ustaz azhar idrus konon untuk program sama tapi bukang dia. zizang zizang. haha.
lagi contoh johan jadi a**** a** yang interview bangla. adoiii nak pecah perut ak dengan lawak kau lah johan. hikhik.

kalau ak dengar bebudak ni yang nak beli air teh o ais ikat tepi, otomatik terus ingat kumpulan jambu!
haha. jambu kan memang suka selit lawak segala air yang harus ikat tepi.

say who pulak ak rasa dorang memang suka loghat kelantan.
ni mesti belajar dengan amir amareka kann. haha.


*kucing ak memang selalu ade masalah bila tyme hujan. semua benda hidup ade masalah. tapi kita sebagai manusia yang berakal kena cari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah. bukannya terus lari dari masalah. Dia kan ada :')



Friday, January 18, 2013

air tangan.



semalam nak makan roti canai tapi paham2 je lah kelantan mane ade kedai mamak macam kat kl.
lagi2 kawasan tanah merah ni, lagi lah susah nak jumpa roti canai tengah malam.
akhirnya kami dinner makan sandwich resipi gabungan ak dengan ayah ak.

so semalam ak dengan ayah ak yang masuk dapur.
mak ak rilek tengok tv. hihi.
ak dah prepare bawang putih dengan bawang besar nak tumis sardin tapi lepas tu ayah ak yang take turn.
ayah ak ni memang terer jugak bab memasak.
tapi bab gulai ayah ak tak reti lah.
tapi kalau bab2 mi sup ke, bihun sup ke memang ayah ak terer sebab yang ni memang feveret dia.
maklum lah masa dia bujang2 dulu, ayah ak la yang selalu masak untuk housemate dia. tu mak ak lah yang cerita.

tapi satu je lah bila masuk dapur dengan ayah ak, kami berbeza pendapat.
ak nak masak cara ak tapi ayah ak nak masak cara dia. hailaa
haa lepas tu resipi kami bergabung meletup! kehkeh.
mak dengan adik ak makan baaanyaaak. sedap lettew. hekhek.


*cara masakan semuanya sama. cuma yang membezakan rasa tu adalah air tangan kita. kalau kita ikhlas masak untuk family kita, insyaAllah air tangan kita tu dapat berkat dan yang penting rasa sedap tu sangat ekslusif! (:



Wednesday, January 9, 2013

belajar buat gelang mutiara pulakk


terima kasih daun keladi untuk kak pie, kak ally, dan kak shila sebab ajar ikin buat gelang mutiara.
sangatlah comel (:

benar2 menguji tahap kesabaran ak sebab nak buat gelang ni cerewet sikit.
silap sikit, kena repair balik semula.
itu ak lah. benda2 macam ni, ak memang pentingkan kesempurnaan.
baru nampak sedap mata memandang. hikhok.

benda2 cerewet macam nih korang memang kena sabar dan paling penting kena ade minat.
kalau tak silap haribulan, semua benda pekakas gelang tu korang hayun. hikhik.

18hb nih ade besday party si cilik aish kat perdana beach resort.
*tapi tak tahu lah pulak kot kak zaza nak tukar tempat lain gara2 sonamu.
ehemm boleh lah ak bagi bebudak nih pakai gelang tangan buatan ak.
mohon dorang gemar hasil tangan ak lah eaa


*dorang kata si pengapit selalunya lambat kawen. harap benda ni rekaan semata. aaa kak nora, boleh tak tukar pengapit lain selain daripada ikin? boleh tak?

Friday, January 4, 2013

kucing cium pacat ke pacat yg cium kucing?



kucing ak , xixi baru lepas kena cium dengan pacat!
dah macam bertindik mulut dia ak tengok.
bertindik kan pacat. hahaha

dah lah mulut ade pacat.
boleh pulak dia catwalk depan ak macam takde pape.
hadoii kucing ak nih.
nasib baik ak perasan ade pacat.
celah mana entah dia pergi main sampaikan pacat pun boleh bergayut kat mulut.
huk alohhs


*esok malam, kl lagi. boleh tak nak angkut kucing sekali?