Friday, December 21, 2012

dory fillet zombi.



akhirnya berjaya jugak buat dory fillet zombi even masuk dapur pun kena pakai stokin. alhamdulillah.
*zombi nama kucing kesayangan ak. ngee

bangun pagi tadi, urat kaki sampai ke pinggul rasa sengal.
dah macam orang tua T_T *akibat dah lama tak joging gamaknya.
sejuk kat kaki memang menggila. berstokin la jawabnya.
masa kat dapur, badan ak masih berkelakuan baik.
lepas makan, rembat rambutan 2,3 biji, kepala berdenyut macam nak pecah. ya Rabbi...
terpaksa jugak telan panadol. ak tewas.
*demam urat memang berbisa.

ok abaikan pasal demam ak.
sekarang ak nak share resipi dory fillet zombi ak.
ak pun tak pernah tahu pasal dory fillet.
ayah ak tetiba beli dory fillet sebab dia kata dia pernah nampak dalam majalah hari tu.

dory fillet

terpaksa la ak google. cari idea macam mana nak cari pasal dengan dory fillet.
dan akhirnya tercetus idea dory fillet zombi.
*sedut idea daripada blog mat gebu. yang selebihnya ak cincai sendiri. bak kata arwah iwa, campak je pape, janji kena berani.

meh ak share resipi dory fillet zombi:

antara bahan-bahan:
dory fillet, limau nipis, sos lada hitam, tepung jagung, telur, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, sos tiram, sos cili, dan 1 biji bawang besar untuk hiasan.

cara-caranya:
1. basuh dory fillet dengan perahan air limau nipis.
2. kemudian, hiris dory fillet secomel-comelnya. dan lumurkannya dengan sos lada hitam.
3. sediakan tepung jagung satu bekas dan telur satu bekas. kemudian, celup dory fillet dalam tepung jagung dan telur untuk digoreng. makanya jadilah dory fillet celup tepung. lepas dah kekuningan, toskan dan letak kat tepi dulu yang tu.
4. untuk kuah pulak, mula-mula tumbuk bawang putih dan halia.
5. tumis bahan yang ditumbuk sampai garing, kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. kalau nak kuah banyak, taruk air secukupnya. untuk rasa masam, ak perah setengah biji limau nipis (ikut citarasa masing-masing). kemudian, masukkan dory fillet celup tepung dan gaul sampai rata. untuk hiasan, ak taruk sebiji bawang besar yang dihiris bulat-bulat. nak lagi cantik, boleh taruk capsicum dan lada macam mat gebu punya gambar :)

dan siappp! sedia untuk ditelan. selamat mencuba!

mat gebu, pinjam gambar sat naa ;)


3 comments:

sit fitriah said...

shekeeennnnn..hehhe...kt terjah blog anda jg~

Hans said...

serius mesti sedap nih :-)

budak kecik said...

fit: fit ade blog? weewitt

hans: try lah buat. cara masakan sama. tp air tgn tu yg pnting. hehe