Wednesday, December 26, 2012

banjir dan ular. huk alosss



setakat ni, keadaan banjir kat kelantan masih terkawal.
kawasan tanah merah, lebih specific taman adabi takde seteruk banjir kat rantau panjang.
kalau ade air pun, itu disebabkan keadaan longkang yang tak berapa nak berfungsi. heh.
makanya bila berlaku kejadian hujan yang mencurah 24jam macam semalam, jawabnya air hujan akan melimpah-limpah depan pagar rumah sampai ke jalan.
tepi rumah, padang tempat bebudak main bola pun boleh jadi anak sungai segera.

bila banjir macam ni, satu je yang ak ingat.
ular!
sebab ak pernah kena kejar ular masa banjir besar tahun 2004.
alkisahnya masa ak sibok tengah redah air banjir dengan sepupu2 ak, masa tu lah jugak anak ular menyibok nak follow ak dari belakang.
sepupu ak jerit suruh ak lari.
haaa memang tak lah ak nak mencicit lari redah air banjir paras peha kann.
ak yang penat2 redah air, ular pulak yang makin aktif berenang ke arah ak. huhu.
nasib baik masa tu ade batang kayu tengah hanyut, terus sepupu ak sambar batang kayu tu pastu lilit anak ular tu kat kayu.
masa tu ak panik, nak pengsan pun ade.
ak tak tahu mana dia buang anak ular tu.


banjir2 macam ni, semua benda yang panjang2 tu hadoo.
termasuk lah pacat dengan lintah! lemah beteii kalau jumpa benda alah macam ni.
pagi tadi, masa kucing ak sibok nak duduk atas riba ak, ak nampak ade pacat kat kaki dia!
terus ak pass kucing kat mak ak. haha.
memang tak lah ak nak pegang benda2 macam tuh. blerghhh


*tengok topeng ultraman harith kat dalam rumah ni, rindu budak kecik tu T___T rugi betul ak tak kidnap harith balik kelantan. sobsob







No comments: