Sunday, December 30, 2012

gigit kang!



kucing memang makhluk tuhan paling comel. 
bukan sikit comel dia.
tapi saaaaaangat comel! rasa macam nak gigit2!!

saya zombi. saya kucing jantan.
*pandai pulak dia senyum. haha. sebenarnya, mulut dia ade luka. tapi tengok sekali macam dia senyum. say cheese! 


saya xixi. saya kucing betina.
*yang ni mase dia kecik, kureng comel. tapi bila dah besar, dia lah paling comel dan saaaaaangat manja.

romantik tak kami? hikhok.
*okay yang ni memang dorang betul2 berpegangan tangan. nasib baik ak sempat snap.
huarghhh coooooomelnya! gigit kang!!

yang ni cara dorang bermanja. alahai comelnya kamu!
*muka xixi redha je. hahah

haaa lepas tu tidur pun sama2. sangat comel okayh cara dorang tidur.
* rasa macam nak lenyek2. ak memang pantang tengok aksi comel kucing nihh

tidur pun nak peluk teddy bear ak. hihi
*yang ni masa hujan 24 jam kat kelantan minggu lepas. masa hujan, dia memang suka tidur atas riba ak. kau kacau lah dia tidur macam mana pun, dia memang tetap statik pejam mata tidur. punya lah nyenyak dia tidur. bhahha


semua gambar2 di atas memang gambar candid.
kucing ak memang pandai posing.
*pendek kata, semua kucing lah pandai bergambar.
ak kalau dah nampak dorang buat aksi gedik2 macam tu terus snap!
mana nak dapat oii gambar candid comel macam ni.
ak kalau dah geram sangat dengan kucing ak, ak peluk dorang ketat2 sampai dorang pun naik rimas.
haaa itulah kau. kenapalah comel sangat wahai kucing2 sekalian?



Wednesday, December 26, 2012

banjir dan ular. huk alosss



setakat ni, keadaan banjir kat kelantan masih terkawal.
kawasan tanah merah, lebih specific taman adabi takde seteruk banjir kat rantau panjang.
kalau ade air pun, itu disebabkan keadaan longkang yang tak berapa nak berfungsi. heh.
makanya bila berlaku kejadian hujan yang mencurah 24jam macam semalam, jawabnya air hujan akan melimpah-limpah depan pagar rumah sampai ke jalan.
tepi rumah, padang tempat bebudak main bola pun boleh jadi anak sungai segera.

bila banjir macam ni, satu je yang ak ingat.
ular!
sebab ak pernah kena kejar ular masa banjir besar tahun 2004.
alkisahnya masa ak sibok tengah redah air banjir dengan sepupu2 ak, masa tu lah jugak anak ular menyibok nak follow ak dari belakang.
sepupu ak jerit suruh ak lari.
haaa memang tak lah ak nak mencicit lari redah air banjir paras peha kann.
ak yang penat2 redah air, ular pulak yang makin aktif berenang ke arah ak. huhu.
nasib baik masa tu ade batang kayu tengah hanyut, terus sepupu ak sambar batang kayu tu pastu lilit anak ular tu kat kayu.
masa tu ak panik, nak pengsan pun ade.
ak tak tahu mana dia buang anak ular tu.


banjir2 macam ni, semua benda yang panjang2 tu hadoo.
termasuk lah pacat dengan lintah! lemah beteii kalau jumpa benda alah macam ni.
pagi tadi, masa kucing ak sibok nak duduk atas riba ak, ak nampak ade pacat kat kaki dia!
terus ak pass kucing kat mak ak. haha.
memang tak lah ak nak pegang benda2 macam tuh. blerghhh


*tengok topeng ultraman harith kat dalam rumah ni, rindu budak kecik tu T___T rugi betul ak tak kidnap harith balik kelantan. sobsob







Friday, December 21, 2012

dory fillet zombi.



akhirnya berjaya jugak buat dory fillet zombi even masuk dapur pun kena pakai stokin. alhamdulillah.
*zombi nama kucing kesayangan ak. ngee

bangun pagi tadi, urat kaki sampai ke pinggul rasa sengal.
dah macam orang tua T_T *akibat dah lama tak joging gamaknya.
sejuk kat kaki memang menggila. berstokin la jawabnya.
masa kat dapur, badan ak masih berkelakuan baik.
lepas makan, rembat rambutan 2,3 biji, kepala berdenyut macam nak pecah. ya Rabbi...
terpaksa jugak telan panadol. ak tewas.
*demam urat memang berbisa.

ok abaikan pasal demam ak.
sekarang ak nak share resipi dory fillet zombi ak.
ak pun tak pernah tahu pasal dory fillet.
ayah ak tetiba beli dory fillet sebab dia kata dia pernah nampak dalam majalah hari tu.

dory fillet

terpaksa la ak google. cari idea macam mana nak cari pasal dengan dory fillet.
dan akhirnya tercetus idea dory fillet zombi.
*sedut idea daripada blog mat gebu. yang selebihnya ak cincai sendiri. bak kata arwah iwa, campak je pape, janji kena berani.

meh ak share resipi dory fillet zombi:

antara bahan-bahan:
dory fillet, limau nipis, sos lada hitam, tepung jagung, telur, 3 ulas bawang putih, 2 inci halia, sos tiram, sos cili, dan 1 biji bawang besar untuk hiasan.

cara-caranya:
1. basuh dory fillet dengan perahan air limau nipis.
2. kemudian, hiris dory fillet secomel-comelnya. dan lumurkannya dengan sos lada hitam.
3. sediakan tepung jagung satu bekas dan telur satu bekas. kemudian, celup dory fillet dalam tepung jagung dan telur untuk digoreng. makanya jadilah dory fillet celup tepung. lepas dah kekuningan, toskan dan letak kat tepi dulu yang tu.
4. untuk kuah pulak, mula-mula tumbuk bawang putih dan halia.
5. tumis bahan yang ditumbuk sampai garing, kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. kalau nak kuah banyak, taruk air secukupnya. untuk rasa masam, ak perah setengah biji limau nipis (ikut citarasa masing-masing). kemudian, masukkan dory fillet celup tepung dan gaul sampai rata. untuk hiasan, ak taruk sebiji bawang besar yang dihiris bulat-bulat. nak lagi cantik, boleh taruk capsicum dan lada macam mat gebu punya gambar :)

dan siappp! sedia untuk ditelan. selamat mencuba!

mat gebu, pinjam gambar sat naa ;)


Thursday, December 20, 2012

sejuk!






ni namanya tengah berangan nak jadi baby!



kelantan sejuk!
baju kelawar ak memang menjadi kegemaran kucing untuk musim sejuk macam ni.
meowww O.o





Thursday, December 13, 2012

too hot!



disebabkan saya bakal terbang balik kelantan, maka korang yang dari area bangsar, pantai dalam, petaling jaya, kelana jaya, subang jaya, shah alam, dan puchong boleh contact sepupu saya, azzue: 014-6404475.


Alpha lipid slimming diet 2 (ALSD2)


untuk orang kelantan yang berminat nak cuba ALSD2, boleh contact saya: 017-9230036.

saya akan bertapa kat kelantan sampai bulan satu tahun depan sebelum terbang balik kl semula.
*ceh macam lama je ak nak bertapa kat sana. padahal 3 minggu je. ish3*

demo buleh beli direct dari sayo lah dehh. duit postage pun tok payoh lah awok ehh. 
*sebab dengar cerita, kat kelantan still susah nak cari ALSD2.
ehem. boleh lah beli dengan saya kan. 
3 minggu saya kat sana. jangan bazirkan masa anda. deghah2 contact sayo dehh. limited nih!


saya dan kak azzue boleh bagi SPECIAL PRICE dengan HADIAH2 FREE lagi! 
moh ler order dengan kami ;)
antara orang kuat ALSD2. dari kiri kak lin, dan sepupu saya kak azzue  yang semakin kurus dari  minggu ke minggu ;) tahniah!






Wednesday, December 12, 2012

rugi tak cuba.



ini antara testimoni yang saya dapat:

sebelum dan selepas. perubahan yang sangat ketara! peha dan pinggul pun dah mengecil :)

lelaki pun boleh cuba. jangan segan2.

sebelum dan selepas. perut dah kempis u'olls!


sesiapa yang berminat boleh pm saya. terima kasih.
dan berita baik untuk orang kelantan.
luso sayo kelik kelate dehh! ohhoi!
makanya ore kelate boleh beli direct daripada saya tanpa wang postage :)

bagi mereka yang tinggal area bangsar, pantai dalam, petaling jaya, kelana jaya, subang jaya, dan puchong boleh beli direct daripada sepupu saya, azzue: 014-6404475. juga tanpa wang postage :)

kami boleh berikan anda dengan HARGA YANG PALING ISTIMEWA dan HADIAH PERCUMA sedang menanti anda!



*12.12.12 tarikh keramat untuk sepupu ak, miji dan pasangannya. tahniah bro! semoga jodoh berkekalan hingga ke anak cucu. hari ni tak sempat nak pergi majlis akad nikah dia. sabtu ni insyaAllah sempat nak pergi bekwohs dio. dah lama ak tak pergi bekwohss. nok make gulai T_T  (bekwoh= kenduri kawen). sekiang.




Saturday, December 8, 2012

berita baik untuk orang yang berbadan comel ;)



alhamdulillah. kebanyakan sepupu saya yang cuba Alpha Lipid Slim Diet 2 (ALSD2) telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara dalam masa seminggu je! pehhh. rugi sesiapa yang tak cuba nih.
dalam masa seminggu, berat badan mereka turun 3-5kg. paling penting, mereka dah nampak sedikit kurus daripada yang biasa.
sangat ketara perubahan bentuk badan mereka. 
perut yang selama ni membuncit, dah mula kempis. dalam masa seminggu je!

saya tak pernah terpikir nak promote produk slimming bagai ni.
tapi bila dah depan mata saya sendiri, mereka dah mula kelihatan kurus, saya percaya produk ini akan menjadi berita baik untuk mereka yang berazam untuk kurus :)
saya sangat suka tengok perubahan yang berlaku pada orang yang berbadan comel nih. serius..
kebanyakan golongan ni sedikit segan dengan keadaan fizikal mereka. keyakinan diri pun selalunya kurang.
insyaAllah produk ALSD2 mampu merubah hidup korang :))
tunjukkan pada orang2 yang selalu kutuk korang, bahawa korang pun boleh bergaya macam mereka! ape ade hal der.


AMARAN DAN PERINGATAN:
Produk ini mengandungi komposisi bahan yang memberi kesan penurunan berat badan kepada orang gemuk.

kenapa perlu cuba ALSD2:

1. TAK PERLU BERLAPAR. boleh breakfast, lunch, hi-tea, dan dinner. TAK perlu sekat selera makan korang. vitamin dan mineral dalam badan sentiasa cukup :)
2. MURAH. tak perlu susahkan badan ke pusat slimming sampai habis $$$$$$$.
3. SELAMAT DAN EFEKTIF.
4. PENGURANGAN BERAT YANG MAKSIMUM.
5. PEMBAKARAN LEMAK SECARA SEMULAJADI. say no to spare tyre. yezza!
6. MENGEKALKAN JISIM OTOT SELEPAS PENURUNAN. kulit tidak akan menggeleber, kulit tidak akan kendur, dan kulit juga tidak akan berkedut. berita baik nih! hehe.
7. AWET MUDA.
8. kenaikan berat badan yang SANGAT PERLAHAN selepas tidak mengambil ALSD2. berat badan sepupu saya maintain even tak sentuh ALSD2 selama sebulan.
9. program diet untuk jangka lama. bukan bersifat sementara sahaja.
10. diimport sepenuhnya dari New Zealand.
11. paling penting: HALAL :)


PROMOSI PAKEJ untuk 2 tin ALSD2:
RM360- semenanjung
RM380- sabah/sarawak
*RM10 postage

FREE:
1. 1pc Turbo Shaker
2. 1pc buku panduan diet lengkap ALSD2
3. 3pcs ujian pembakaran lemak@ketostick
4. register keahlian NZ
5. starter kit & cooler bag


TAPI..
jika masih ragu2 dengan keberkesanan ALSD2, korang boleh cuba 1 tin dulu dengan harga PALING ISTIMEWA dan HADIAH PERCUMA turut menanti korang ;))

ape lagi korang. tinggal berapa hari je lagi dah nak masuk tahun 2013.
mungkin korang boleh masukkan dalam senarai azam tahun baru korang: KURUS DENGAN ALSD2! yabedabeduuu!
untuk bakal pengantin bulan 12 ni pun masih sempat kurus dengan ALSD2! bagi kejutan untuk si dia masa hari akad nikah ye. hihi.


jika berminat boleh hubungi  saya, syikin: 017-9230036. terima kasih :)







Thursday, December 6, 2012

pengakuan 2012.


want to make a confession:
I LOVE YOU :')







greatly thankful to Allah for giving me mama like you (ratu masak, ratu membebel, ratu cubit, ratu kucing, ratu baju berdoyan2, ratu hati pa dan pelbagai ratu).
selamat menyambut hari lahir yang ke-43! 

.me.zombi(si kucing).mama.



*kata ma: semoga Allah panjangkan umur ma.ma nak tengok anak2 berjaya, nak tengok anak2 kahwin, nak tengok cucu. #tetibasebak :'(


semoga Allah panjangkan umur pa dan ma. semoga Allah memberkati kehidupan pa dan ma di dunia mahupun di akhirat kelak. amin...





Monday, December 3, 2012

Kun Faya Kun



banyak benda yang berlaku dalam kalangan sedara mara ak untuk tahun 2012.
bermula dengan pemergian atok ak, sepupu ak, nenek saudara belah ayah ak, atok saudara belah mak ak.
dan juga kemalangan yang melibatkan keluarga makcik ak.
semalam, lagi sekali kemalangan yang melibatkan keluarga sepupu mak ak.
masing2 kritikal. astaghfirullah...

Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Lalu jadilah ia".
[al Baqarah:117]