Thursday, November 29, 2012

betul ke?



tengah khusyuk siapkan lab report, tetiba ade orang ketuk pintu rumah.
dengar suara lelaki pulak tu. dah la kawan2 yang lain pergi kelas. ak je yang ade kat rumah .
heartbeat macam nak pecah. cuak punya pasal.

masa tu ak terpikir, mungkin budak2 nakal kot. saje nak main ketuk pintu rumah.
sebab kat area rumah k.ally ni memang ramai budak2 yang selalu main kejar2. maklum lah cuti sekolah kan.
kawan ak pernah kena usik dengan budak2 ni. dorang mintak duit kot. tak pepasal mintak duit. haha.
so ak ignore je lah ketukan pintu rumah tu. malas nak layan.

tapi makin lama, makin kuat lah pulak dia ketuk. takuuttt!
ak paling takut yang jenis salesman ke, yang tetiba mintak nak masuk rumah, yang pakai ilmu pukau ke.
haa amek kau. semua benda negatif bercampur dalam minda ak.
harus lah kan. sebab ak sensorang je masa tu. cuak beb!


dengan bismillah, ak bukak pintu..


rupa-rupanya orang indah water! haha.
kesian. punya lah lama ak nak bagi respon.
*masa tu pun, still berpikir betul ke kau dari indah water?





Thursday, November 22, 2012

#dietke?



perut berbunyi mintak habuan.
tapi tengok makanan, ak muak. apekah?
kata putus: tak perlu makan.

nasib kau lahh perut.
selera putus. perut dapat masalah.

Tuesday, November 20, 2012

rumah bujang.



6 tahun ak jadi pelajar asrama.
2 tahun mrsm. 1 tahun matrik. 3 tahun universiti.
bila tinggal dalam kawasan asrama, ak rasa kurang berdikari dan kurang mencabar.
rasa terkurung pun ada.

tapi bila dah berpeluang bermalam rumah bujang kak ally, ohh ak dah dewasa rupanya!
*ak dah mampu berdikari lahh.
kau rajin, sila masak.
kau malas, sila turun bawah cari gerai.
*hostel takde masak2. rebus megi tu pasti.

tapi bila tinggal luar kampus, keselamatan kurang terjamin. sendiri pandai jaga meyh.
*angguk kepala.
kalau dalam kampus, ak rasa selamat sikit.
nak joging keliling kawasan um sorang2 pun takde hal lah.

dari segi perbelanjaan, tinggal dalam kampus atau luar kampus sebenarnya lebih kurang je.
cuma yang bezanya, bayar sewa bilik terus untuk satu sem.
bayar sewa rumah untuk bulan2. sebab tu rasa sesak sikit.
tapi sebenarnya kos perbelanjaan tu lebih kurang sama je.
kau jimat, selamat.
kau boros, hancuss. tu je.

cuba bayang kalau kau asyik sibuk jalan2 cari makan kat restoran mewah, memang lah rabak poket kau.
tak payah la nak ikut sangat selera makan kau.
makan sekadar buat alas perut je. *macam orang tu kan. makan roti je  :P


hidup warna warni. ada masa kita sedih, ada masa kita happy. itulah  namanya kehidupan :)


*hari ni takde selera. badan berangin. rasa nak muntah je. teruk jugak sesungut ak kali ni. makan evening primrose oil pun macam takde perubahan. 





Friday, November 16, 2012

peneman pengantin.



baru2 ni ak ada dengar khabar angin je pasal permintaan sepupu ak, kak nora yang nak ak jadi pengapit dia Februari tahun depan.
tapi ak abaikan je la khabar angin tu sebab kak nora pun takde cakap dengan ak pasal tu.
pastu ak pun tak berapa rapat dengan kak nora. dia lagi rapat dengan sepupu belah mak dia.
lagi la tak logik dia nak ak jadi pengapit dia. *ak anak saudara ayah dia.

tup2 semalam ak jumpa kakak dia, kak ja.
kak ja kata, kak nora dah beli kain untuk ak.
kak nora beli kain kaler purple putih sebab tema pun kaler purple.
sebenarnya kak nora nak cari kain kaler greyish purple tapi tak jumpa.
aiseh rugi2. sebab sekarang ak dah tersuka kaler kelabu.
kalau gabung kelabu dengan pink lagi cunnn.
*ak memang hantu pink.

okay takpe. tu majlis kak nora. bukan majlis ak pun.
okay masuk bab baju: stail baju kurung macam mana ak nak buat nanti?
kalau bab tudung, ak dah malas nak pakai selendang. serius malas.
sekarang ak lagi selesa dengan tudung syria. sarung je beb. tak payah belit2.
*ada orang kata ak macam cina mualaf bila pakai tudung syria. ala, comel apa. hak3



pakai gaun je la. already made. senang cerita. *kalah pengantin! huahua.




10/2/13 belah perempuan. 11/2/13 belah lelaki. ala, sama2 kelantan. memang lah ambik masa 2 hari je.
cuba kalau dapat orang luar. memang tak lah nak buat majlis berderet macam tu kannn




Thursday, November 15, 2012

Yasin.



kalau dulu ak mengaji Quran dengan nenek saudara ak, moksu nik tik.
sekarang giliran ak untuk sedekahkan surah Yasin untuk beliau.
semoga arwah moksu nik tik ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. amin.

al -Fatihah..

Saturday, November 10, 2012

harith dan kucing.



kucing baru je landing atas riba nak bermanja dengan ak, dia pun datang la terkedek-kedek kat ak.
"nak duduk. nak duduk"
terpaksa la letak kucing kat tepi. permintaan mohd harith iskandar punya pasal.

*hari ni harith banyak meragam. banyak menangis. mungkin rindu papanya. tapi dia tak reti nak luahkan perasaan dia.





Friday, November 9, 2012

evolusi.



tahu pulak dia keadaan seksi tu macam mana.
haih budak2 zaman sekarang.
terlalu banyak evolusi yang berlaku, budak umur 2 tahun pun dah macam 5 tahun gayanya.

Monday, November 5, 2012

@IslamicThinking.




every new breath that Allah allows us to take is not just a blessing,
but also a RESPONSIBILITY.

retweeted by NurNikiysa.




Saturday, November 3, 2012

buaian.



untung betul pergi playground dengan harith sebab ak pun dapat naik buaian sekali. haha.
*ak memang penggemar buaian yang tegar.

nak berebut dengan budak2, takde gamak pulak ak.
maka dengan adanya harith (lagi2 dia takut naik buaian sorang2), semua budak kat situ bagi layanan diraja. first class you. keh3.
ak pun riba la harith sambil naik buaian.

ohh dah lama betuii ak tak naik buaian. akhirnya ada jugak peluang ak.
terima kasih harith.



Zikrullah


sekarang ni harith suka duduk atas riba ak setiap kali ak selesai solat isyak.
selalunya malam2, dia suka kacau acik dia.
tapi sekarang, acik dia dah takde. ak pulak mangsa dia.

tapi kalau dia nampak ak solat, dia tak kacau.
dia tunggu sampai ak bagi salam kedua, kemudian terus dia duduk atas riba ak.
bila ak berzikir, dia senyap je.
mulut yang macam orang tua tu, terus jadi senyap bila dengar ak berzikir.
subhanallah..


*lagu ciptaan dia yang terbaru: "kak kin jangan lari, nanti harith buat susu"
pape je la harith oii. haha.