Tuesday, October 30, 2012

pakcik potong bird.



makin hari makin nakal.
nak kena ugut pakcik potong bird, baru boleh jadi good boy.

lepas accident hari tu, harith takut dengan bunyi2 yang kuat. contohnya mesin rumput.
dengar je pakcik mesin rumput kat depan rumah, mencicit berlari dok tepi dinding.
dan dia sangat sensitif dengan "bird" dia.
bila kelemahan dia terbongkar, maka bermula la ugutan dengan "pakcik potong bird".
*jangan sampai dia fobia nak bersunat nanti. haha.

ak rasa masa accident hari tu, dia sedar.
mungkin dia dapat dengar bunyi kereta berlanggar dengan lori.
sebab tu, harith sangat fobia dengan bunyi2 yang kuat dan bising.

kalau dulu, orang tanya dia," papa mana?"
harith akan jawab, "papa work".

tapi sekarang, orang tanya, "papa mana?"
harith jawab, "papa mati dah".

kalau lalu kawasan kubur, dia akan cakap, "tu kubur papa".
bila dia nampak motor arwah papa dia, dia usap2 motor tu.
paling sedih, bila dia tengok je sepupu dia si zafran dok bergurau dengan abah dia.
mungkin dia terasa, "mana papa ak?"



sedap harith parking kepala dia atas lengan ak.


fiq vertigo. acik harith dah balik mesir :'(
rumah sunyi. dah takde orang yang nak membebel bila zafran dengan harith bergusti.

panjang umur, jumpa tahun depan fiq!
"penantian suatu penyiksaan" bak kata nana.


setengah jam before boarding. gonna miss you fiq :'(



2 comments:

ms ribena said...

ala sedihnye kin... :( saba la ek.. setiap kejadian 2 pasti ade hikmahnye... :)

budak kecik said...

sgt kesian. kdg2 bila tgk dia tido, rasa sayu je :'(