Tuesday, October 16, 2012

kak kin pakai pampers lah. erk!


walaupun dia anak tunggal, tapi sifat penyayang seorang abang memang jelas dalam diri dia. 
kalau tragedi 6 Ogos tu tak berlaku, dia ada seorang adik perempuan yang telah diberi nama oleh mamanya, Nor Qairin.
tapi takdir tuhan. takde siapa yang boleh menghalang. Dia Maha Berkuasa.
Allah lebih sayangkan arwah papa dia dan adik dia. 
kita pun milik Allah jugak.

semalam dia dan zahra tidur dengan ak.
masing2 conquer ruang katil. ak amek sikit je ruang untuk tidur. *nasib baik ak kecik. hihi
bila ak bangun pagi nak mandi, budak 2 orang tu still tidur lagi.
masa dalam toilet, ak dengar dia panggil ak sambil nanges2. 
terpaksa la ak pujuk2 dia cakap ak nak mandi. ak suruh dia sambung tidur lagi.

bila keadaan bilik dah senyap sikit, ak intai budak tu dari dalam toilet.
rupa2nya zahra pun dah bangun.
budak 2 orang tu tengah bergolek malas atas katil. tunggu ak siap mandi gamaknya.
baik pulak zahra. langsung tak menangis.

bila dah siap mandi, ak bukak pintu toilet, nampak dia tengah bergurau dengan zahra.
zahra sengih je bila nampak ak.
pandai pulak dia jaga zahra masa ak mandi. 

dia (harith iskandar), memang seorang abang yang penyayang. *perangai sama dengan arwah papa dia.
walaupun umur nak masuk 3 tahun, tapi dah boleh nampak gaya independent dalam diri dia.
baik untuk anak yatim macam dia.

*bila nampak pad ak, dia kata ak pakai pampers. boleh pulak dia banding2kan pampers dia dengan 'pampers' ak. haa macam mana tu? haha.




2 comments:

fifie said...

Kesianya dua orang tu, btw dua orang tu anak sedara ke?

budak kecik said...

anak sepupu. arwah papa harith sepupu dgn sy.