Thursday, September 13, 2012

perbezaan dulu dan sekarang.


kalau dulu taman sri gombak ni la tempat ak bermain.
ak membesar di sini sampai darjah 2.
masa umur ak dah nak masuk 6 tahun, ak memang selalu hilang.
bukan hilang ke mana pun. tapi hilang keluar bermain.
selalunya ak akan angkut 2 orang adik ak yang umur 3,4 tahun.

weekend la ak selalu hilang. dari tengahari sampai nak masuk maghrib.
balik je rumah, terus kena bebel dengan mak ak.
kadang2 mak ak tak bagi kami adik beradik masuk rumah.
haa masa tu nanges2 ak kat luar rumah *padan muka* haha.

dulu ak memang gila basikal.
paling suka bila bab betulkan tali basikal.
sampai hitam tangan ak dibuatnya.
lepas tu, lap kat pipi pulak. dah macam mekanik daa.

ak suka naik basikal kat jalan yang berbukit. konon nak adventure la sket.
lepas tu, berlagak lepaskan dua2 tangan sambil kayuh basikal.
luka kat lutut tu tak payah cakap la.
bila minggu ni dah sembuh luka tu, tambah luka yang baru pulak.
pernah sekali tu, sampai bernanah luka kat siku ak. tapi ak buat dek je.
alhamdulillah sekarang parut2 luka semua tu dah hilang.
ak pun tak sedar bila masa parut tu hilang. sekarang dah clean and clear.
*selamat. kalau tak, kurang wang hantaran. kiki.

roller blade pun ak minat.
ak ingat lagi. masa tu dari pagi sampai tengahari ak berlatih main roller blade.
setiap kali jatuh, ak akan bangun balik semula.
ak biarkan je luka2 kat siku sebab ak memang nak jugak main roller blade tu tanpa jatuh.
tahap keazaman ak memang tinggi la masa tu.
lepas tu, elok je ak main. basikal ak dah tolak tepi dah. haha.

sekarang ni, taman sri gombak still jadi tempat persinggahan ak.
sebab ayah ak dah jual rumah kami tu kat makcik ak.
kiranya kami still boleh singgah kat rumah kami tu.
lagi2 lepas accident yang melibatkan family makcik ak tu, mak ayah ak akan selalu stay kat rumah makcik ak tu sebab makcik pakcik ak masih kat hospital.

tapi ak dah bawak balik isteri arwah iwa ke rumah adik ipar dia, nana.
nasib baik rumah nana ni sebelah je rumah makcik ak.
kadang2 ak teman jugak adik sepupu ak masuk rumah tu.
tolong siram pokok bunga kesayangan makcik ak sekali.

sekarang ni taman sri gombak tak macam dulu.
dah banyak kes jenayah berlaku kat sini.
budak2 zaman sekarang pun takut nak keluar bermain area sini.
sebab tu la kot dorang lagi selesa ngadap internet je, main game pun online je.
hai tak syioknya zaman budak2 sekarang ni.
tak adventure la you!

dulu dengan sekarang dah tak sama.





No comments: