Sunday, September 9, 2012

nakal yang dibuat2.



kalau kat hospital selayang ni, kami la girlfriend dia.
sampai je dia kat hospital selayang ni, girlfriend dia yang dicari.
asyik berkepit dengan kami.
ak nak solat maghrib pun kena bagi dia leka dengan dunia mainan dia dulu. kalau tak, jangan harap dia nak lepaskan ak.
mama dia yang terbaring atas katil, dia pandang sebelah mata je.

hakikatnya, budak kecik yang berumr 2 tahun tu sangat paham dengan situasi mama dia.
dia taknak mama dia sedih.
dia asyik dengan keletah dia yang nakal.

paling sedih, bila budak kecik tu tengok mama dia nanges, dia pun nanges sekali.
ak yang tengah dukung budak kecik tu rasa tersepit.
cuba untuk sembunyikan air mata...

sekarang ni, budak kecik tu dah selamat sampai bumi kelantan.
nampaknya dia dah lupa girlfriends dia kat kl ni sebab dia dah ada girlfriend baru kat sana. adik perempuan ak, zura.

*budak kecik harith.

No comments: