Tuesday, September 25, 2012

mengada. lucu. bijak.



betul kata dia, payah bila ketua keluarga dah hilang ke dunia lain.
hanya mama yang tinggal di sisi si anak kecil.
mama si anak kecil masih lagi berkerusi roda.
belum mampu untuk mandikan si anak kecil.

ada ketika si anak kecil sangat memahami bila ak sakit.
dan ada ketika si anak kecil mampu bikin kepala ak pusing.
banyak sangat karenah mengada dia.
bangun tidur mesti nampak ak.
sebelum tidur pun mesti ada ak di sisi dia.

tapi ak tahu dia sedang mencari...
mencari papa yang hampir sebulan lebih hilang ke dunia lain.
dia sangat sensitif lepas kehilangan papa dia.
pantang tengok orang sedih, pasti dia tumpang menangis.


*malam2 si anak kecil selalu ingatkan ak untuk pakai stokin sebab ak memang suka pakai stokin bila nak tidur. harith iskandar*

Thursday, September 13, 2012

perbezaan dulu dan sekarang.


kalau dulu taman sri gombak ni la tempat ak bermain.
ak membesar di sini sampai darjah 2.
masa umur ak dah nak masuk 6 tahun, ak memang selalu hilang.
bukan hilang ke mana pun. tapi hilang keluar bermain.
selalunya ak akan angkut 2 orang adik ak yang umur 3,4 tahun.

weekend la ak selalu hilang. dari tengahari sampai nak masuk maghrib.
balik je rumah, terus kena bebel dengan mak ak.
kadang2 mak ak tak bagi kami adik beradik masuk rumah.
haa masa tu nanges2 ak kat luar rumah *padan muka* haha.

dulu ak memang gila basikal.
paling suka bila bab betulkan tali basikal.
sampai hitam tangan ak dibuatnya.
lepas tu, lap kat pipi pulak. dah macam mekanik daa.

ak suka naik basikal kat jalan yang berbukit. konon nak adventure la sket.
lepas tu, berlagak lepaskan dua2 tangan sambil kayuh basikal.
luka kat lutut tu tak payah cakap la.
bila minggu ni dah sembuh luka tu, tambah luka yang baru pulak.
pernah sekali tu, sampai bernanah luka kat siku ak. tapi ak buat dek je.
alhamdulillah sekarang parut2 luka semua tu dah hilang.
ak pun tak sedar bila masa parut tu hilang. sekarang dah clean and clear.
*selamat. kalau tak, kurang wang hantaran. kiki.

roller blade pun ak minat.
ak ingat lagi. masa tu dari pagi sampai tengahari ak berlatih main roller blade.
setiap kali jatuh, ak akan bangun balik semula.
ak biarkan je luka2 kat siku sebab ak memang nak jugak main roller blade tu tanpa jatuh.
tahap keazaman ak memang tinggi la masa tu.
lepas tu, elok je ak main. basikal ak dah tolak tepi dah. haha.

sekarang ni, taman sri gombak still jadi tempat persinggahan ak.
sebab ayah ak dah jual rumah kami tu kat makcik ak.
kiranya kami still boleh singgah kat rumah kami tu.
lagi2 lepas accident yang melibatkan family makcik ak tu, mak ayah ak akan selalu stay kat rumah makcik ak tu sebab makcik pakcik ak masih kat hospital.

tapi ak dah bawak balik isteri arwah iwa ke rumah adik ipar dia, nana.
nasib baik rumah nana ni sebelah je rumah makcik ak.
kadang2 ak teman jugak adik sepupu ak masuk rumah tu.
tolong siram pokok bunga kesayangan makcik ak sekali.

sekarang ni taman sri gombak tak macam dulu.
dah banyak kes jenayah berlaku kat sini.
budak2 zaman sekarang pun takut nak keluar bermain area sini.
sebab tu la kot dorang lagi selesa ngadap internet je, main game pun online je.
hai tak syioknya zaman budak2 sekarang ni.
tak adventure la you!

dulu dengan sekarang dah tak sama.





Sunday, September 9, 2012

nakal yang dibuat2.



kalau kat hospital selayang ni, kami la girlfriend dia.
sampai je dia kat hospital selayang ni, girlfriend dia yang dicari.
asyik berkepit dengan kami.
ak nak solat maghrib pun kena bagi dia leka dengan dunia mainan dia dulu. kalau tak, jangan harap dia nak lepaskan ak.
mama dia yang terbaring atas katil, dia pandang sebelah mata je.

hakikatnya, budak kecik yang berumr 2 tahun tu sangat paham dengan situasi mama dia.
dia taknak mama dia sedih.
dia asyik dengan keletah dia yang nakal.

paling sedih, bila budak kecik tu tengok mama dia nanges, dia pun nanges sekali.
ak yang tengah dukung budak kecik tu rasa tersepit.
cuba untuk sembunyikan air mata...

sekarang ni, budak kecik tu dah selamat sampai bumi kelantan.
nampaknya dia dah lupa girlfriends dia kat kl ni sebab dia dah ada girlfriend baru kat sana. adik perempuan ak, zura.

*budak kecik harith.