Saturday, August 11, 2012

7.6.2012 & 6.8.2012



2 hari semalam ak mimpi arwah iwa. kami tengah jalan sama2 masa tu.
ak ada tanya arwah somethin masa tu tapi arwah senyap je.
ak nampak dia ada pandang kat suatu sudut tu.
ak cuba toleh tempat yang dia asyik pandang tu. dan ak nampak kelibat harith kat situ. harith tengah senyum dengan penuh ceria..
arwah macam bagi petunjuk supaya tolong jaga anak dia :'(

nota kaki: 6.8.2012 arwah mohd azua@iwa telah meninggal dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 61, jalan kota bharu-gua musang dekat kuala krai. turut terlibat sama dalam kemalangan tersebut, isteri arwah, anak lelaki arwah yang berusia 2 tahun lebih, ayah arwah, mak arwah, dan adik bongsu arwah. paling menyedihkan bayi perempuan yang dalam kandungan isteri arwah turut meninggal. pagi 7.8.2012, arwah iwa telah dikebumikan bersama dengan bayi perempuan arwah dalam satu liang lahad di tanah perkuburan tanah merah. buat masa sekarang, isteri arwah masih dalam icu, unconscious. ayah arwah pun dalam icu, kecederaan usus. mak arwah patah kedua belah kaki. adik bongsu arwah patah tangan. dan anak arwah (harith), bahagian mata kena hematoma dengan tengkorak depan ada sedikit retak. paling kesian, harith yang selalu sebut pasal papa mama dia :'(  sekarang adik lelaki ak dengan adik perempuan arwah yang bergilir jaga harith kat hospital. semoga mama harith cepat sedar.

* iwa, kami akan cuba jaga harith sebaik yang mungkin. anak iwa, anak kami jugak wa :'(
ya Allah tempatkanlah arwah iwa dalam kalangan orang yang beriman. semoga pemergiannya dalam bulan ramadhan diberkati.
ya Allah kurangkanlah kesakitan yang ditanggung oleh family arwah dan sembuhkanlah mereka seperti sedia kala. amin..


**7.6.2012: arwah atuk meninggal. 6.8.2012: cucu (sepupu ak) meninggal.

4 comments:

fifie said...

Ya allah, fie ada baca pasal accident nie dalam paper. Metro ke Sinar lupa dah. Ya allah semoga Allah tempatkan arwah iwa di kalangan mereka yang beriman.

budak kecik said...

amin.. thanx fie :')

aah dlm sinar ade. kosmo pn ade. family arwah still kt hosp k.krai. tgh tnggu smua stabil, utk transfer usm kubang kerian

Fiq Vertigo said...

2 bulan lagi.. mungkin adik arwah yg duduk kat mesir tu pula.

budak kecik said...

fiq, ajal maut di tgn tuhan. moga kita sempat.