Monday, August 13, 2012

ampun maaf dipinta.



lepas semua benda dah settle, ak mungkin akan jadi invisible.
hilangkan diri mungkin.
maaf kawan jika mesej kamu pun tak berbalas.
bukan bermaksud nak buang terus kawan2 ak.
memori manis tetap tersemat rapi di ingatan.
jangan salah faham dengan kehilangan ak.
ak sayang kawan2 ak :')

aktiviti facebook mungkin akan dikurangkan.
untuk blog, ada masa akan ak update.

*cuba untuk jadi ibu angkat harith sementara menunggu kepulangan ibu angkat kesayangan harith dari mesir. fiq, jumpa nanti :')

salam aidilfitri.



Saturday, August 11, 2012

7.6.2012 & 6.8.2012



2 hari semalam ak mimpi arwah iwa. kami tengah jalan sama2 masa tu.
ak ada tanya arwah somethin masa tu tapi arwah senyap je.
ak nampak dia ada pandang kat suatu sudut tu.
ak cuba toleh tempat yang dia asyik pandang tu. dan ak nampak kelibat harith kat situ. harith tengah senyum dengan penuh ceria..
arwah macam bagi petunjuk supaya tolong jaga anak dia :'(

nota kaki: 6.8.2012 arwah mohd azua@iwa telah meninggal dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kilometer 61, jalan kota bharu-gua musang dekat kuala krai. turut terlibat sama dalam kemalangan tersebut, isteri arwah, anak lelaki arwah yang berusia 2 tahun lebih, ayah arwah, mak arwah, dan adik bongsu arwah. paling menyedihkan bayi perempuan yang dalam kandungan isteri arwah turut meninggal. pagi 7.8.2012, arwah iwa telah dikebumikan bersama dengan bayi perempuan arwah dalam satu liang lahad di tanah perkuburan tanah merah. buat masa sekarang, isteri arwah masih dalam icu, unconscious. ayah arwah pun dalam icu, kecederaan usus. mak arwah patah kedua belah kaki. adik bongsu arwah patah tangan. dan anak arwah (harith), bahagian mata kena hematoma dengan tengkorak depan ada sedikit retak. paling kesian, harith yang selalu sebut pasal papa mama dia :'(  sekarang adik lelaki ak dengan adik perempuan arwah yang bergilir jaga harith kat hospital. semoga mama harith cepat sedar.

* iwa, kami akan cuba jaga harith sebaik yang mungkin. anak iwa, anak kami jugak wa :'(
ya Allah tempatkanlah arwah iwa dalam kalangan orang yang beriman. semoga pemergiannya dalam bulan ramadhan diberkati.
ya Allah kurangkanlah kesakitan yang ditanggung oleh family arwah dan sembuhkanlah mereka seperti sedia kala. amin..


**7.6.2012: arwah atuk meninggal. 6.8.2012: cucu (sepupu ak) meninggal.

Sunday, August 5, 2012

ujian ramadhan.


untuk ramadhan tahun ni, ak diberi amanah untuk jaga booth batik sepupu ak kat shopping complex one utama.
dah bermacam dugaan sepanjang ak berada kat sana.
duit jualan hilang, samsung galaxy tab sepupu ak hilang, tersilap bagi balance customer.
makin hari, ak jadi lebih berhati2 dalam menjaga amanah orang.
*ak tak paham kenapa ada manusia yang sanggup pecah amanah? kau tak rasa serba salah ke bila kau dah hilangkan kepercayaan orang dalam diri kau? manusia akhir zaman*


dan tengah malam semalam, ada lagi dugaan untuk ak.
lepas jemput ak kat one utama semalam, kawan ak bawak kami makan kat ali cafe yang berhampiran dengan menara TM.
*ak berbuka dengan roti je kot. tengah malam baru nak cari nasi. nasib baik kawan2 ak memahami :')

lepas siap makan, hantar kawan kat PJ.
tiba2 kat traffic light UIA, enjin kereta kawan ak mati.
ok fine la semuanya perempuan.
kawan ak dah macam nak menangis.
cuba bayang, pukul 1 pagi, kami stuck kat tengah2 jalan. KL pulak tu, yang memang terkenal dengan "pusat jenayah".
tapi tak tahu kenapa, ak yang semulajadi minah kalut boleh jadi sedikit tenang. *tapi perasaan takut tu tetap wujud*
mungkin sebab ak percaya pada kekuasaan Allah.
masa tu ak cuma pikir pasal duit yang ada dalam tangan ak je. kebetulan semalam, hasil jualan sangat memberangsangkan sampaikan ak tak menang tangan.

dan Allah Maha Kaya. masa kawan ak dok kalut2 nak start enjin kereta, Allah hadirkan sorang lelaki kat tengah2 traffic light tu untuk tolak kereta kami ke tepi.
kami sangat takut nak keluar daripada kereta masa tu, lelaki tu tolak sorang2 je.

perempuan. macam biasa la. mana reti pasal kereta ni. kami tak tahu nak check apa.
dan kami tak tahu nak mintak tolong siapa.
ak ada terpikir mungkin kawan lelaki ak boleh tolong.
tapi ak macam biasa la. mana reti nak menyusahkan orang ni. nak2 tengah malam pulak.
kami tawakal je la. kami terpaksa biarkan lelaki tu check kereta kami.
lagipun masa tu, banyak kereta yang lalu lalang kat kawasan tu.
kalau pape hal, jerit je la. kot.

lelaki tu kata air bateri kosong.
lepas tu, dia suruh kami duduk diam2 dalam kereta, lock kunci kereta apa semua sebab dia nak pergi beli air bateri.
masa tu, kami dah gelabah. yela perempuan stuck kat tepi jalan. macam2 boleh jadi.
kami hanya mampu berdoa.
kalau lelaki tu bawak geng, memang sah mesti ada udang di sebalik mee.

tapi tak sampai 5 minit pun, lelaki tu datang dengan air bateri.
alhamdulillah dia datang sorang je.
lepas dia isi air bateri, enjin kereta boleh start macam biasa. alhamdulillah.
masa kawan ak nak bayar air bateri tu, lelaki tu tak kata tak payah. anggap je la bekas askar yang tolong.
walaweyh, ak rasa nak menangis je kat situ sebab Allah jumpakan kami dengan lelaki yang baik.
kami sangat bernasib baik. tak sampai 15 minit pun kami stuck kat tepi jalan tu.
Ya Allah syukur. maruah kami dan barang amanah ak masih terjaga. alhamdulillah.