Thursday, July 26, 2012

pengalaman jem untuk laluan pantai timur.


alhamdulillah dapat jugak ak tiket nak balik raya.
setakat pukul 11.30 tengahari tadi:
i) bas sani still ade satu seat kosong untuk 15/8 malam.
ii) bas mahligai still ade 15/8 pagi, 17/8 pagi dan petang.
iii) transliner dah abes.
iv) darul naim tak sempat nak usha sebab takde pekerja kat situ.

sesiapa yang belum beli tiket untuk pulang beraya ke pantai timur, korang try je pergi serbu kaunter tiket kat hentian putra. tak payah la dengar cakap2 orang pasal kehabisan tiket.
kalau dah rezeki korang tu, mesti dapat jugak balik beraya tahun ni. jangan risau.

tiket bas ak 17/8 petang.
ak sengaja beli tiket 17hb sebab after exam 14hb tu, ak nak singgah rumah makcik ak kat gombak.
dah lama ak tak bermalam kat sana.

rasanya 17hb tu, laluan ke karak, bentong, raub, gua musang dah mula jem.
selalunya 3 hari nak raya tu, laluan untuk ke pantai timur dah mula sesak.
para pemandu memang kena bersabar la sebab tahap kesesakan dia memang tahap paling maksima.
kereta memang bergerak macam siput. *siput pun lebih laju kot.

banyak la cabaran untuk perantau yang nak pulang ke negeri pantai timur terutama yang ade kenderaan sendiri.
#sebelum beraya dah terpaksa meredah jem dari karak sampai gua musang.
#masa raya, selalunya raya kedua, kelantan pulak yang akan mengalami jem tahap paling maksima. nak2 laluan machang, kuala krai, pasir mas. *semuanya berpusu2 nak ziarah sedara-mara.
#lepas beraya, laluan nak balik kl pun jem, dari gua musang sampai la karak. *yang kesian orang raub. kata k.ally, dorang nak keluar pergi bandar raub je pun sampai 2 jam.

apa kata korang share pengalaman jem korang untuk pulang beraya kat ruangan komen ak.
nak jugak tahu pengalaman jem daripada negeri lain. terima kasih :)


*9 pagi esok test bioinfo. suka sangat buat benda surprise. lepas jawab test, terus gerak pergi One Utama. sesiapa yang nak beli baju raya, rajin2 la pergi booth El-Humaira collections ek. kat sana ade baju kurung moden jenis satin, jacquard, creepe. jubah pun ade. diskaun pun ade :)



Wednesday, July 25, 2012

Monday, July 23, 2012

ak terlebih sarkastik.


maaf kawan.
ak takde sebesar zarah pun nak sakitkan hati kau.
tapi ak kena jugak tegur.

jenis ak, ak tak suka menunggu.
dan ak pun tak suka orang tunggu ak sebenarnya.
ak mengaku ak jenis yang lama jugak la nak bersiap. 
jadi, bila ak sedar yang ak ni jenis lama nak bersiap, ak akan pastikan untuk bersiap lebih awal.
sebab tu, kadang2 ak la yang siap paling awal.
ak lagi rela kalau ak tunggu orang daripada orang yang tunggu ak.
*tapi kalau dah hari2 ak nak kena tunggu orang, rasa sakit hati jugak la.

tapi disebabkan ak tahu sifat kawan ak macam mana, ak biarkan je.
sebab marah ak sekejap je. *ak tak reti nak marah lama2*
dan ak bukan jenis yang pentingkan diri sendiri wahai kawanku.
dan ego ak pun bertempat.
kalau ak tahu ak silap, perasaan bersalah tu menebal. ak tak malu nak ucap perkataan maaf.

ak pulak yang jenis cepat mengalah dengan kawan2. *biasa la anak sulung, dah biasa mengalah dengan adik2*
orang kelantan kata, "mudoh kiro".
sebab tu kawan sekolah ak senang2 je nak pijak kepala. tapi bila dah makin dewasa ni, ak cuba untuk bertegas tapi still perasaan bersalah tu tetap ade.
entah. ak dah penat nak jaga hati orang tapi hati ak takde siapa nak ambik peduli.



ak penat :'(


maaf la kawan kalau teguran ak tadi tu agak sarkastik.
nanti bila kau dah kerja, kau akan paham dengan konsep "displin masa".
masa itu emas beb!

*ramadhan ke-3. ya Allah sekejapnya masa. semoga sempat...



Saturday, July 21, 2012

alhamdulillah.








The right state of mind to enter Ramadan with:
1. Be Grateful Allah has given you this opportunity again! Alhamdulilah!
2. Enter Ramadan with an innter state of Hayaa. Hayaa is shyness, shame, modesty, be inwardly drawn, realise we fall short but Allah is Most Generous and overlooks. The flipside of Pride is Hayaa, they have an equal and opposite reaction. When one is humble before Allah and has hayaa, Allah elevates their station, & vice versa. 
3. Be grateful Allah has made you from the nation of His Beloved Messenger. Rasulullah salallahualayhiwasalam said whoever experiences Ramadan and fasts it purely for the pleasure of Allah, they are forgiven for every sin previous, big, small, known, unknown, public, private! 
Go into Ramadan with this state of mind! Anticipating the fogiveness and reward!



Remember the 
First 10 days are Forgiveness
Middle 10 days are Mercy
Last 10 days are freedom from the Hellfire.



salam ramadhan :)


*copy paste from islamic reminders tumblr.

Wednesday, July 18, 2012

kesayangan ak pun reti nak tuntut janji.



semalam ak ade janji dengan kesayangan ak nak beli makanan untuk dia.
tapi hari ni ak terlupa.
serius lupa.
dan hari ni, dia nampak je kelibat ak, dia terus tegur ak. danggg!
alahai, kesayangan ak ni.

dia memang tuntut janji ak.
ya Allah serba salahnya ak.
kesian pulak tengok muka sedih dia.
dah la dia asyik ikut ak je.

*tak sangka dia ingat janji ak.
ak memang suka borak2 dengan kesayangan ak (baca: kucing).
disebabkan dah lama ak tak dapat membebel dengan kesayangan ak kat kelantan tu, ak cari la kesayangan baru kat kolej ak ni. 

**see, sape cakap kucing takde perasaan.
setiap kali membebel dengan kesayangan ak, dia mesti tenung je mata ak.
siap mengiau lagi.
sah! dia memang reti bahasa. 


kesian dia :'(

Monday, July 16, 2012

karaoke party online.



berita baik untuk korang yang tengah gian nak karaoke tapi malas nak pergi red box dan seangkatan dengannya.
korang boleh klik "karaoke party"
korang akan dapat webpage macam yang bawah ni:


jimat duit ak. siap karaoke sambil berbaring tu. hhaha.


kemudian, korang wajib register dulu.
kalau tak, banyak lagu yang kena lock.
bila urusan register dah selesai, korang boleh log in macam biasa.

lepas tu, korang scroll down je yang hot picks tu.
dan klik "more sings to song".
haa lepas tu pilih je lagu yang korang rasa berminat untuk "dipunahranahkan" (read: dinyanyikan).

macam ak, ak suka lagu domino (jessie j) dan bring me to life (evanescence) sebab ak boleh follow rentak dia dengan maju jayanya. hehe.
yang menariknya, karaoke party ni siap ade markah lagi u'olls.
*nanti boleh la taw betapa buruknya atau betapa hebatnya nyanyian u'olls. keh3.
dan juga boleh pilih sama ada nak nyanyi dengan vokal atau instrumen je.
yang tak menariknya, list lagu melayu memang takde dalam website ni. harap maklum.
*kecewa. kalau tak, boleh menyumbangkan suara katak ak untuk lagu2 shades ke, manbai ke, tak pun elite: tamparan wanita! feveret tuh. huahua.



*nasib baik bebudak kolej ak ni friendly. setakat ni takde la pulak yang datang bilik ak bawak penyapu sambil jerit: "hoiii, senyap laa!" ngee.

selamat mencuba kawan!

Sunday, July 15, 2012

iklan wedding sat.


adik ak si zura dah kawen! huk3.
oo langkah bendul ea.

pengantin cik mek molek.



*OK AK TIPU. huahua.
sebenarnya zura jadi model baju pengantin laa.
sepupu ak, kak zaza baru beli baju pengantin untuk disewa.
so, dia mintak tolong zura jadi model untuk promote baju pengantin dia.

ak?
err baju tu saiz XS.
langsung tak sesuai untuk kakak dia yang montel ni hookaayy.
adik ak si keding ni boleh la nak pakai baju tu.
*sebenarnya teringin gak nak try sarung baju tu. cantik kot. huhu.

baju ni hanya sesuai untuk sesi wedding's photoshoot dan untuk makan malam yang formal.
ye. memang tak sesuai untuk majlis akad nikah.
sebab kalernya yang hitam.
ak ade la jugak cadangkan kat kak zaza suruh dia beli baju yang kaler putih yang sesuai untuk akad nikah.
kak zaza kata, setakat ni takde lagi baju putih yang dia berkenan.
so dia hold on dulu yang tu.
dia try yang kaler hitam ni dulu.

kak zaza pun sangat expert untuk make up pengantin.
sebenarnya kak zaza dah ade kerja yang steady.
tapi disebabkan dia suka make up orang, so dia memang buat part time untuk make up.
kalau cuti sekolah je dia memang busy sebab banyak pengantin yang booking dia.
kalau dulu, dia make up untuk sedara mara kita orang je.
tapi sekarang ramai yang dah kenal dia.
butik pun ade yang booking dia untuk make up model dorang.


ni antara hasil tangan kak zaza:

model pertama.

model kedua.

ak suka hasil tangan kak zaza sebab dia make up cantik.
nampak smooth je.
dan muka korang takkan nampak bertompok.
dan takkan nampak pelik.
takde la nampak macam hantu opera cina.

masa ak kecik2 dulu, ak la selalu yang jadi mangsa make up dia. haha.
disebabkan kak zaza takde adik perempuan, so ak la yang jadi adik perempuan dia.
masa ak darjah enam kot, ak selalu la jugak tidur umah kak zaza.
haa, masa tu memang ak jadi model dia la.
siap snap gambar ala-ala model gitu. tapi model kanak2 la. haha.
ak pun tak taw ak campak mane gambar tu.
tapi ak rasa kak zaza ade simpan lagi kot gambar tu.


kepada sesiapa (lokasi: kelantan) terutama yang nak save budget  yang berminat nak booking kak zaza untuk make up (tak kisah wedding atau dinner) atau berniat nak sewa baju pengantin, korang boleh la pm inbox fb kak zaza atau pm chatbox ak.
bayaran dia murah je.
*bak kata kak zaza: harga kawan2 je.

kak zaza dan baby perempuannnya yang comel (aish).


Thursday, July 12, 2012

masa untuk berenang.


bulan ramadhan makin menghampiri kita.
tapi swimming pool pun ak tak jejak2 lagi.
dah lama tak jejak kaki kat swimming pool oii.
*eh tak. tahun lepas baru kena rendam dengan sepupu kecik ak dalam swimming pool. dah tu semua nak panjat atas belakang ak, mana la ak tak terendam dalam kolam tu. budak2 tu memang pembuli ak yang tegar. keh3.


ni la tempat ak selalu berenang masa zaman sekolah dulu. rindunya!

nak kata ak terer berenang tu takde la.
tapi taw la sket2 nak mengapungkan badan ak kat dalam kolam tu.
first time ak belajar berenang masa kat mrsm.
mrsm ak ade kolam renang.

so, masa waktu pj, kita orang divide by gender la.
contohnya minggu ni, laki main sukan padang, perempuan pergi berenang dan minggu seterusnya turn laki pulak berenang, perempuan bersukan kat padang.

kelas pj kita orang selalunya pagi.
so, kelas berenang pun waktu pagi la.
kita orang memang kena pakai swimming suit.
nak pakai t-shirt boleh, tapi kena get ready la kalau tetiba t-shirt kau menggelembung dalam kolam tu. haha.
sebab tu la kena pakai baju yang tight. kalau tak nak pakai swimming suit takpe, tapi kena pakai baju yang tight la untuk mengelakkan baju daripada menggelembung.

lepas siap berenang, nak salin baju apa semua, baru perasan belakang badan dah berbelang! 
yela. paham2 je la swimming pool tu tak berbumbung, pakai pulak swimming suit memang kena direct la dengan pancaran matahari. hihi.
tapi sekejap je jadi mak belang tu.
takde la sampai berbulan2 kan.

*esok berenang jom.







comel macam kucing.



ak tak mampu nak tengok pembunuhan kucing walaupun movie sekalipun.
ak tengok kucing yang mati tepi jalan pun dah sebak.
perasaan apa ni?



Sunday, July 8, 2012

kudrat perempuan.


sebab kesian punya pasal, ak pun lupa yang ak ni perempuan.
kesian tengok abang katering angkat air minuman dalam tong yang gedabak besar tu.
lagi2 abang tu keding je.
ak memang nak tolong dia angkat.
tapi dia bersungguh melarang ak dengan kawan ak yang lagi sorang tu.

ak tengok dia angkat air minuman tu sampai muka dia pun dah bertukar jadi merah.
oo okay paham. tong tu memang berat nak mampus.
boleh jatuh peranakan ak kalau ak tolong dia tadi.

selamat peranakan ak.

Friday, July 6, 2012

mak ak pun macam tu jugak ke nanti?


pagi tadi, ak, farah, wani sempat pergi majlis akad nikah kakak lia kat pj.
lepas semua dah selesai, photographer record video ucapan mak lia untuk pasangan pengantin terutama untuk anak perempuan dia.
first nak buat ucapan tu pun, mak lia dah mula sebak.
waa, masa tu semua jadi senyap.
ak yang duduk depan mak lia tu pun dah mula rasa sebak jugak. terus ak pusing pandang tempat lain sebab ak risau betul kalau air mata ak pun tumpah sama.

masa tu, ak mula terpikir,
mak ak pun macam ni jugak ke bila ak dah sah jadi isteri orang? 
ak pantang betul bila tengok mak ak nanges. nanti ak pun nanges sama :'(
haih. tetiba rasa rindu kat ma.





Thursday, July 5, 2012

bulan stephen chaw.


merenung bulan mengambang memang kegemaran ak.
tapi minggu ni ak selalu lupa nak renung bulan disebabkan penangan stephen chaw!
abes semua cerita stephen chaw yang dulu2, kami selongkar.

*malam2 ak malas nak keluar.
berkurung dalam bilik. bosan. layan movie stephen chaw. heh.

Wednesday, July 4, 2012

budak kesayangan.


sengsara jugak bila dah jadi kesayangan semua pihak.
sengsara jugak bila dicop "budak pandai".
sengsara jugak kalau jadi "orang harapan" semua pihak.
sengsara jugak kalau jadi baik sangat.
sengsara jugak kalau nak jaga hati semua pihak.

*korang cakap ak tabah. tapi korang tak tahu bila hati ak menangis.

Monday, July 2, 2012

makcik yang tak sedar diri.


tengah hari tadi bertalu-talu ak terima berita yang tak disangka2.
serabut. tu je yang ak boleh luahkan.
tidur dalam kepenatan, keserabutan. lepas tu, bangun2 kepala rasa macam nak pecah.
ok ak demam rupanya.
patut la dalam bas semalam, ak rasa pening macam nak muntah, tak boleh tidur.
rupanya hari ni ak nak demam.

ak serabut dengan perangai manusia yang tak berapa nak manusia.
kau dah laga2 kan mak mertua kau dengan ipar duai kau, lepas abes semua dah berpecah belah, kau nak buat angin puting beliung pulak dalam family ak?!
jadah apa?
apa pesen manusia. kau baru je bergelar "hajah", tapi kau masih dengan perangai buruk kau?
tak malu dengan tuhan ke makcik?
cara kau macam kau nak hidup lama kat dunia ni kan.
memang Allah jadikan kau untuk jadi batu api pun kat muka bumi ni.

ya Allah, petunjuk apa yang Kau nak bagi ni ya Allah?
ak redha dengan ujianMu ya Allah.
gantikanlah keredhaan ak ini dengan ganjaran pahalaMu ya Allah.. amin.