Friday, June 8, 2012

ya Allah, ak rindu arwah.


7 Jun 2012, kira-kira pukul 2 pagi arwah atok ak telah dipanggil menghadap Ilahi.
semoga rohnya tenang di sana.
dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. amin.

hampir sebulan arwah jadi penghuni hospital kota bharu.
ak sempat curi2 balik kelantan, jenguk arwah bulan lepas.
arwah lebih banyak mendiamkan diri sebab dia cepat letih.
tapi dia sempat membebel kat ak sebab ak jalan kaki dari stesen bas ke hospital.
masa tu ak baru sampai dari kl.
ayah dan mak ak tak sampai hospital lagi so, ak jalan kaki je pergi hospital.
ak dah tak peduli soal jauh ke, penat ke. yang penting, ak harus jumpa atok ak!

ak sempat cubit pipi dia sebab tak nak bagi dia membebel, bimbang dia penat.
nak menitik air mata ak tengok keadaan arwah masa tu.
dengan wayar berselirat sana sini kat badan dia  :'(

arwah selalu mengadu, badan dia lenguh2, kaki dia sejuk.
ak sempat urut2 badan dia.
ak sempat sapu losyen kat kaki dia yang terlampau kering akibat aircond.
dan ak sangat suka tengok dia makan nasi air banyak!
tapi bila anak cucu dia dah balik kl balik semula, mak ak kata, selera arwah dah mula hilang.
kadang2 dalam satu hari tu, dia minum air susu je  :'(

ya Allah, ak rindu arwah..
al-Fatihah untuk arwah atok ak.

*sedang belajar menerima hakikat dengan kehilangan arwah buat selama-lamanya  :'(





2 comments:

wanda said...

sabar ye..yg pergi ttp akan pergi..kita yg hidup kena truskan kehidupan..:)

budak kecik said...

thanx :')