Monday, June 25, 2012

semakin rajin.


bahagia betul dapat hostel yang biliknya setiap satu lengkap dengan ampaian.
haa ni yang ak rajin nak basuh baju hari2 ni.
kalau sebelum ni, mesin je yang tolong basuh baju ak.
bukan malas tapi sebab ampaian jauh sikit dari bilik ak.
jadi, kalau nak basuh baju, baik ak kumpul semua baju dan basuh semua sekali.
bila koleksi baju yang perlu dibasuh bertimbun, maka kemalasan berganda2. bila malas, maka mesin basuh la ak akan serbu.

tapi bilik ak je yang pelik, ampaian dia kat luar balkoni bilik ak.
nak sidai baju kena pakai baju lengkap.
kalau bilik lain, semuanya kat tengah2 koridor ni.
dan paling ak pelik, asal la takde pintu balkoni untuk bilik ak? tingkap ade. tapi pintunya takde.
kalau nak keluar kat balkoni tu, kena main pusing2.
haih. nak je ak lompat ikut tingkap bila nak sidai baju.
tapi2..
bilik ak mengadap jalan utama.
kalau bilik ak mengadap blok lain, takpe la jugak ak nak main lompat2. haha.


*sejak dua menjak ni, ak rasa blog ak dah jadi diari. serius dah macam diari.

2 comments:

ms ribena said...

akak bkn rase nk lompat. rase nk pecahkan dinding.. haha!

budak kecik said...

entahnya. mengganggu je dinding tu. huhu