Wednesday, June 27, 2012

2012 tahun migrain.


gastrik, migrain datang menyerang sekaligus.
gastrik perkara biasa untuk ak.
losyen mustajab dah jadi peneman setia ak.
tapi migrain.. dah lama tak kena.
masa zaman sekolah rendah dulu memang migrain ak tahap kritikal.
tapi bila masuk zaman sekolah menengah, migrain hilang macam tu je.

haa, untuk tahun 2012 ni, makin kerap la pulak migrain ak ni datang.
bila migrain datang menyerang, ak buat2 aktif.
konon larat la nak main boling.
*skill ajaib ak pun tak menjadi semalam. main boling langsung takde nikmat. kurang kegembiraan.

oh malam ni kelik klate.
farah, shima jangan rindu ak ek.
makan berdua je la korang minggu ni.
ok bai!

Tuesday, June 26, 2012

boling!


am i cute??



hari ni rasa nak berboling.
okay gurls. kita berboling ye hari ni.
alang2 nak keluar beli barang, cari kerja, aktiviti berboling harus diselit untuk hari ni.

dan. k.ally sayang! selamat hari kejadian. jangan sedih2 ok. jangan mengharap pada benda yang belum pasti.
abaikan dia. balik raub, cuba asingkan diri dari dia. bagi dia sedar diri sikit!



*alhamdulillah. setiap kesulitan, ade kemudahan. percaya pada kun fayakun Dia.






Monday, June 25, 2012

semakin rajin.


bahagia betul dapat hostel yang biliknya setiap satu lengkap dengan ampaian.
haa ni yang ak rajin nak basuh baju hari2 ni.
kalau sebelum ni, mesin je yang tolong basuh baju ak.
bukan malas tapi sebab ampaian jauh sikit dari bilik ak.
jadi, kalau nak basuh baju, baik ak kumpul semua baju dan basuh semua sekali.
bila koleksi baju yang perlu dibasuh bertimbun, maka kemalasan berganda2. bila malas, maka mesin basuh la ak akan serbu.

tapi bilik ak je yang pelik, ampaian dia kat luar balkoni bilik ak.
nak sidai baju kena pakai baju lengkap.
kalau bilik lain, semuanya kat tengah2 koridor ni.
dan paling ak pelik, asal la takde pintu balkoni untuk bilik ak? tingkap ade. tapi pintunya takde.
kalau nak keluar kat balkoni tu, kena main pusing2.
haih. nak je ak lompat ikut tingkap bila nak sidai baju.
tapi2..
bilik ak mengadap jalan utama.
kalau bilik ak mengadap blok lain, takpe la jugak ak nak main lompat2. haha.


*sejak dua menjak ni, ak rasa blog ak dah jadi diari. serius dah macam diari.

Sunday, June 24, 2012

pelik.


alhamdulillah siap kemas bilik kat 5th
disebabkan ak paling awal masuk bilik ni, makanya ak la yang kemas semua. siap mop lagi.
ak lagi suka kemas sorang2 kot.
cepat sket siap.

bilik ni luas. siap boleh buat solat berjemaah kot.
masih belajar untuk menyesuaikan diri kat sini.
kawasan hostel ni agak terbukak.
nak pergi toilet pakai tuala je pun, rasa pelik. serius pelik.

tapi ok la stay kat sini.
shima siap cakap menyesal tak mintak 5th dari dulu.

bila dah siap kemas, mandi kali kedua, tetiba rasa lapar.
ok perut perlu diisi.

Saturday, June 23, 2012

james bond.


alhamdulillah selesai pindah barang kat kolej 5.
tapi malam ni still tidur kat 4th dengan budak2 ni:

aimi. k.ally. budak kecik.
bebudak bilik james bond B007 2011/2012.


pagi esok aimi nak berangkat ke kota tinggi, johor. praktikal kat sana.
*tetiba teringat waktu ak praktikal kat kluang, johor tahun lepas*
k.ally pun dah nak pindah umah sewa dia kat pantai permai. k.ally pun praktikal kat pantai dalam.

terima kasih k.ally dan aimi sebab sanggup angkut barang ikin yang saaangaaat banyak.
*serius banyak*
rasa macam nak pengsan.
tapi alhamdulillah dapat 1st floor so tak payah la kami bersusah payah naik tangga.

lepas siap angkut barang, pergi uitm shah alam pulak sebab teman k.ally pergi jumpa bakal adik ipar dia. *kan k.ally? hehe. okay ikin gurau :P*
sampai shah alam, terus singgah restoran iskandar nasi kandar.
wah, sodaapppnya kari dia!

sampai bilik james bond pukul 5.45 ptg.
solat asar. terus pengsan.


*heh. dah macam diari je blog ak ni.

Friday, June 22, 2012

ya Allah. izinkan ak grad tahun ni.


dah siap isi borang nak grad.
tapi macam ni pulak jadinya.
tak sangka sampai boleh gagal.

betul kata shima.
ak lupa, kalau Dia izinkan, memang ak akan grad tahun ni.
ye keizinan dari Allah...

perancangan.



alhamdulillah. hari ni last payyyyperrrrrr... last payyyyyyperrrrr. *gaya ah chai*
kalau takde aral, ak akan grad tahun ni. insyaAllah.
macam biasa la kan. abes je belajar, semua nak cakap pasal kawen.
kawen tu memang dah ade dalam list pun.
tapi sebelum tu, perancangan lepas grad kena susun dulu bai.
kau nak sambung ke. kau nak kerja ke.
kawen aje yang korang pikir. ish3.

oh ok. tutup cerita yang agak serius ni.
kita masuk cerita yang kurang serius----> kegemaran ak yang baru. photographer bidan terjun.
dan jenis ak, ak suka cari lighting tambahan bila nak snap gambar. baru nampak 'cahaya keimanan' gambar tu ye adik2.

bila dslr dah ada dalam tangan ak: inilah hasilnya...


.gambar yang paling ak suka.
.cahaya keimanan tu yang mahal.




masa ni ada 2 budak laki naik motor lalu dan tegur bebudak ni, kenapa berdiri kat tengah2 border tu?
lepas tu, baru dorang perasan ak dengan dslr kat sebelah jalan tu tengah snap gambar dengan gaya yang agak 'profesional'. 
terus dorang pecut motor. malu kot. haha. 




budak biotek dan 'big kl'.
*nurin dah cabut balik pagi tadi. agak terasa bila dia takde. sebab nurin pun terer cari angle yang cantik*




gambar banyak. sangat banyak. sampai beratus.
tak larat nak upload.
kalau ak rajin, ak upload. sekian.


Sunday, June 17, 2012

i need YOU. Allah.


sejak 3 hari ni, ak ditemani 'teman rapat' yang dah lama menghilangkan diri.
ye teman rapat ak, migrain.
dengan keadaan yang berjerebu, sibuk dengan stadi untuk 4 paper lagi, kepala rasa macam nak pecah.
Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusanku untuk minggu ini. amin.

*tunggu ak ada DSLR. lepas tu jadi ketua, handle untuk event photoshoot. nak jugak tengok orang MELAYU yang dikatakan perangai macam taik bila masuk persoalan kerjasama.

Wednesday, June 13, 2012

kerbau pun tak macam ni.



saya memang suka kalau takde air ni.
memang saya dah pasang niat nak berkubang macam kerbau pun.
terima kasih untuk pihak kolej kediaman bestari untuk perkhidmatan air yang top 10!

*ak mandi kat singki terus. senang cerita. kat situ ade getah paip dan bekalan air kat situ masih ade. tak payah ak nak angkut2 baldi. ak sorang je yang buat keje macam tu. haha. pastu ak ajar sorang budak ni mandi  kat situ jugak. - tapi pakai kain batik ye dik. jangan nak ber'free show' sangat la kat sini. kuang3

Friday, June 8, 2012

ya Allah, ak rindu arwah.


7 Jun 2012, kira-kira pukul 2 pagi arwah atok ak telah dipanggil menghadap Ilahi.
semoga rohnya tenang di sana.
dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. amin.

hampir sebulan arwah jadi penghuni hospital kota bharu.
ak sempat curi2 balik kelantan, jenguk arwah bulan lepas.
arwah lebih banyak mendiamkan diri sebab dia cepat letih.
tapi dia sempat membebel kat ak sebab ak jalan kaki dari stesen bas ke hospital.
masa tu ak baru sampai dari kl.
ayah dan mak ak tak sampai hospital lagi so, ak jalan kaki je pergi hospital.
ak dah tak peduli soal jauh ke, penat ke. yang penting, ak harus jumpa atok ak!

ak sempat cubit pipi dia sebab tak nak bagi dia membebel, bimbang dia penat.
nak menitik air mata ak tengok keadaan arwah masa tu.
dengan wayar berselirat sana sini kat badan dia  :'(

arwah selalu mengadu, badan dia lenguh2, kaki dia sejuk.
ak sempat urut2 badan dia.
ak sempat sapu losyen kat kaki dia yang terlampau kering akibat aircond.
dan ak sangat suka tengok dia makan nasi air banyak!
tapi bila anak cucu dia dah balik kl balik semula, mak ak kata, selera arwah dah mula hilang.
kadang2 dalam satu hari tu, dia minum air susu je  :'(

ya Allah, ak rindu arwah..
al-Fatihah untuk arwah atok ak.

*sedang belajar menerima hakikat dengan kehilangan arwah buat selama-lamanya  :'(





Sunday, June 3, 2012

makan. dan makan.



ratu ulam. ratu ikan bakar. saje nak kasi korang lapar. hehe :p


restoran anis puteri.
tengah hari semalam dapat makan ulam dengan budu.
wah enaknya!! *sebenarnya ak bukan la hantu budu sangat. hantu ulam tu ye. tapi semalam alang2 nampak budu kat kedai tu, terus rembat.

bila makan ulam, rasa macam tengah makan dengan pa&ma.
sebab ayah dengan mak ak sangat suka makan ulam.
memang tak lengkap la kalau takde ulam wa cakap lu.
selalunya kalau balik rumah, baru la dapat merasa makan ulam. cicah dengan budu lagi best kot.
tapi kami jarang2 makan budu sebab takut darah tinggi. hehe.
adik2 ak memang tak makan langsung budu. 
selalu yang menggodek botol budu kat dapur, ak la. biasa la sekali sekala balik umah kan. 
bukannya selalu pun makan budu :))

*lapo la pulak bila tengok gambar ni lelama..



Friday, June 1, 2012

viva selesai.



alhamdulillah. viva dah beres.
tinggal nak siapkan writing je.
exam pun ada. jumaat first paper.

minggu ni sangat kalut.
siang malam bertapa kat lab sampai tengah malam.
kak shima pun sanggup teman kami sampai 12 malam.
untung betul dapat kakak sebaik dia.

habis je viva, perut mintak kfc.
malam ni dapat makan krushers blueberry.
tapi krushers orea lagi sedap untuk deria rasa ak.

kemengantukan.
dah lama rasanya tak dapat tidur lena.
malam ni wajib kena tidur lena.
selamat malam!