Sunday, May 20, 2012

pelangi dan red valvet.



dari pagi sampai tengah malam bertapa kat fakulti.
tak hidup ak kalau duduk diam dalam bilik.
keluar dari bilik boleh merasa environment yang fresh!
mata pun boleh mengahala terus ke langit.
*sejak dua menjak ni, langit kelihatan sangat cantik. serius cantik!

bila mata dah penat mengadap tesis, petangnya kami pergi amcorp mall.
konon nak makan kek secret recipe.
tapi bila pusing2 dalam amcorp mall, terjumpa kek red valvet dan kek pelangi yang terjual di kaki lima.
harga pun lagi murah dari secret recipe.
ak pun terus rembat red valvet dan cik awatip rembat kek pelangi.

red valvet. pelangi.
bukan dari resipi rahsia :p



lepas makan2, tak balik bilik pun.
masih lagi meneruskan kegiatan bertapa di fakulti.
pukul 11.30 malam baru la ada keinginan untuk balik bilik.
sampai2 je kat blok kediaman ak, kepulangan ak bersambut! 
kau memang sangat manja wahai si kucingku sayang!
*sebenarnya dia lapar kot. sebab dia ikut sampai ke bilik ak. hik3
kucing ni memang minta untuk dipeluk.
last2, jadi mangsa pelukan ak dengan k.ally. haha.


terima kasih cik awatip sebab sudi bawak kami makan kek semalam.
*konon semalam sangat penat mengadap kerja2 yang bertimbun*



amacam? 
ade gaya datin tak? haha.
arwah nenek ak suka panggil ak datin masa ak kecik2 dulu.
arwah tok mek. hampir 8 tahun, beliau tinggalkan kami.
al Fatihah untuk arwah nenek kesayangan ak.





3 comments:

laskar pelangi said...

Woooooo!Belanja kek pelangi tu bolehhhhh? Teringin je nak makan

budak kecik said...

bolehhh. dtg um dulu. hehe. nnti kite pusing2 kt amcorp mall tu. hee

Liza Razak said...

dua-dua jenis kek tu favourite saya !!