Sunday, May 27, 2012

singlet yang dicuri.


apa kena la dengan budak floor ak ni.
singlet pun kau nak rembat ke.
taw la sekarang musim panas.
kot ye pun kau teringin nak pakai singlet tengah2 panas ni, tak perlu la sampai mencuri singlet orang.
tergamak la pulak kau nak pakai singlet yang bukan milik kau. tak geli ke? haih.

kalau dah rasa bahang yang teramat, kau pakai je la kain batik.
ke kain batik pun kau tak kenal? ish2.
*jangan kau rembat kain batik ak yang tergantung dalam toilet tu sudaa*


Sunday, May 20, 2012

pelangi dan red valvet.



dari pagi sampai tengah malam bertapa kat fakulti.
tak hidup ak kalau duduk diam dalam bilik.
keluar dari bilik boleh merasa environment yang fresh!
mata pun boleh mengahala terus ke langit.
*sejak dua menjak ni, langit kelihatan sangat cantik. serius cantik!

bila mata dah penat mengadap tesis, petangnya kami pergi amcorp mall.
konon nak makan kek secret recipe.
tapi bila pusing2 dalam amcorp mall, terjumpa kek red valvet dan kek pelangi yang terjual di kaki lima.
harga pun lagi murah dari secret recipe.
ak pun terus rembat red valvet dan cik awatip rembat kek pelangi.

red valvet. pelangi.
bukan dari resipi rahsia :p



lepas makan2, tak balik bilik pun.
masih lagi meneruskan kegiatan bertapa di fakulti.
pukul 11.30 malam baru la ada keinginan untuk balik bilik.
sampai2 je kat blok kediaman ak, kepulangan ak bersambut! 
kau memang sangat manja wahai si kucingku sayang!
*sebenarnya dia lapar kot. sebab dia ikut sampai ke bilik ak. hik3
kucing ni memang minta untuk dipeluk.
last2, jadi mangsa pelukan ak dengan k.ally. haha.


terima kasih cik awatip sebab sudi bawak kami makan kek semalam.
*konon semalam sangat penat mengadap kerja2 yang bertimbun*



amacam? 
ade gaya datin tak? haha.
arwah nenek ak suka panggil ak datin masa ak kecik2 dulu.
arwah tok mek. hampir 8 tahun, beliau tinggalkan kami.
al Fatihah untuk arwah nenek kesayangan ak.





Friday, May 18, 2012

viva!


hari ni bangkit dengan penuh semangat. sesungut dah hilang.
tapi viva la pulak yang kacau mood ak. huu.

kawan melayu semuanya awal-awal sesi.
tapi ak sesat.
diapit oleh cina dan foreigner yang lain.
masa presentation ak waktu petang kot.
rasa down. serius down.

tapi cuba untuk positifkan benda ni.
mungkin ade hikmah.
rancangan Dia kan cantik :)



Tuesday, May 15, 2012

taktik kucing untuk baby.


.ruang menunggu perkarangan hospital.

konon berlagak nak tenteramkan baby yang menangis.
tapi berjaya dengan taktik kucing ak. hehe.
lega bila tengok baby tu diam.

tapi selang 5 minit, makin kuat dia menangis.
semua orang yang lalu lalang kat situ tengok.
alahai, baby ni bukan anak saya. saya cuma nak tolong je.

ok fine. tengok gaya dia menangis, ak rasa dia lapar.
ak tanya si kakak baby, mana susu adik.
si kakak jawab, adik menyusu badan.
haa ok. akak surrender dik.
buntu. tak taw nak buat apa sebab mak dorang masuk melawat sedara dalam wad icu!

sepatutnya kena sediakan satu botol susu kalau2 kes emergency macam ni.
tak ke haru tengok baby tu menangis kelaparan. kesian kot.
*tapi tak taw la pulak, kalau baby tu yang tak boleh terima susu tepung kan.








Wednesday, May 9, 2012

kepulangan.



ak perlu balik dengan tenang.
menghadap atuk ak dengan muka yang manis.
supaya dia gembira dengan kepulangan cucu dia yang jauh.
sekurang-kurangnya kesakitan yang dia tanggung akan hilang.