Saturday, April 14, 2012

malay genome mapping.


KAJIAN PEMETAAN GENOME MELAYU.
atau pun lebih dikenali sebagai GENE MAPPING. *ingat lagi tak korang dengan gene mapping ni?

pada mulanya, kawan ak pernah cadangkan supaya pergi dengar talk ni.
tapi ak macam, hah? tajuk apa ni? pelik je bunyi dia.
lepas tu, entah macam mana ak terpikir, hei ni pasal GENOME MELAYU!
dan ak melayu! haruslah untuk join sekaki kan.
majlis ilmu. tak rugi pun kalau ak join. pahala pun dapat. insyaAllah.

dengar je talk ni, ya ak paham.
dan amat berat untuk mencerna setiap perkataan dia.
nasib baik kami pernah belajar pasal gene. plus ak sangat berminat dengan gene manusia sebab manusia sangat unik. Dia Maha Besar. Maha Hebat.
ciptaan Dia sangat hebat.

ak sangat bangga dengan Prof Zaki Salleh sebab beliau telah berjaya menyiapkan Malay Genome Mapping.
dan tak lama lagi, genome kaum Melayu bakal menjadi salah satu Human Genome Project database. BANGGA :)

kajian ni adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan kaum Melayu.
sebagai contoh, kaum Melayu kelantan sangat terkenal dengan penyakit kencing manis.
dan keturunan mak ak tak terkecuali.
dan ya, ak pun mungkin ade membawa gene penyakit tersebut.
ayah ak selalu pesan, kurangkan minum teh tarik feveret ak.
secara teori, penyakit akan dipengaruhi 30% dari faktor genetik dan 70% dari faktor environment.
kononnya bila ak dapat tahu keseluruhan genome ak, maka ak boleh tentukan diet pemakanan dan ubatan yang bersesuaian dengan diri ak.

dan siapa tahu, 10 tahun dari sekarang, masing-masing ade ubat sendiri yang mengikut tahap metabolisma badan masing-masing.
tidak mustahil untuk bakal biotechnologist macam kita kan? :)
ade beran? hehe





2 comments:

Nurin Farhanah said...

wah..dah buat entry

heheh, siapa yang miat genetic dan farmasuetikal, silakan

kalau tak dapat cipta personalised medicine tu, sekurang-kurangnya boleh sediakan platform untuk future research

tapi kena kerja kuatlah

budak kecik said...

bila dh involve dgn research mcm ni, kena komited dan disiplin kna tnggi. kalo tak, smpai sudah tak siap research ni.

semangat pun kena kental.