Tuesday, March 27, 2012

desperate.


ak sangat pelik bila ade manusia yang sangat gigih nak berkenalan dengan ak.
mula-mula ak sangkakan manusia tu salah nombor.
dan nombor misteri tu sangat cantik.

manusia tu akan mesej ak setiap sejam dengan perkataan 'salam'.
ak tak layan.
tapi satu malam tu, dia kol ak pukul 1.10 pagi.
ak pelik. pehal manusia salah nombor ni sangat gigih nak kol ak pagi-pagi buta?
tapi ak tak jawab pun sebab ak tido mati. hahah.

petang tu, lagi sekali dia kol.
ak takut nak jawab.
ak pass kat kawan ak. kawan ak siap ugut dia suruh dia cakap dengan suami.
*terbaik la kak husna*

ak ingatkan dia dah berhenti mencuba.
tapi malam tu, dia mesej ak.
dia taip nama ak! *salam. syikin.*
ok. nampaknya dia memang kenal ak.

dia kata dia baru putus tunang.
dia perlukan kawan berbual untuk masa ni.
konon tengah putus cinta yang tahap gampang la.

tyme tu ak dah hangin satu badan.
erk putus tunang, pastu cari ak la?
ok. ak dah taw manusia ni sape.
dia kawan sepupu ak.
sepupu ak pernah pass nombor ak dekat kawan dia.
konon nak suruh ak kenal dengan kawan dia.
haila chong ni!

ak sangat fed up dengan dia.
sebab dia tak henti-henti mesej ak even ak tak pernah reply pun mesej dia.
dia sangat desperate! haih!


dan mesej ak yang paling 'bermakna' untuk dia:
sori la. awak pergi la cari orang lain ek. nanti bakal suami saya marah.





lepas tu, ak dah bebas dari gangguan dia.
alhamdulillah :)


Wednesday, March 21, 2012

selamat hari jadi pa!



bangun pagi, kepala berat akibat menangis sampai tertidur.
tak pasal-pasal air mata ak tertumpah dalam mata kucing. haha.
sori la kucing. sape suruh kau ade kat situ.
ak ni suka peluk kucing kalau ak tengah sedih.
tapi pelik jugak bila kucing tu tetiba ade kat sebelah ak.
macam taw-taw je kan ak perlukan sesuatu untuk dipeluk.huahua.
alhamdulillah. segalanya sudah settle :)
salah ak jugak sebenarnya.
sensitif tak bertempat!
ak ni memang bahaya kalau dah bulan sedang mengambang.
benda kecik je boleh jadi beban yang besar. haih!
*ak pun tak paham dengan jiwa ak sebenarnya.





dan ak hampir terlupa hari ni besday pa!
nasib baik ak belum terleka.
bila ak kol pa, tak sempat pun ak nak wish besday. tetiba pa dah mencelah. pa kata: pa dah tahu.
wah! nampaknya pa memang tunggu ak kol dia.
setiap kali besday pa, ak memang tak pernah ade di sisi dia.
disebabkan jarak.
ye. jarak. f4-f5: mrsm. 18 tahun: matrik. 19 tahun-sampai sekarang: um.
dan besday ak pun, ak tak pernah ade di sisi family ak.
tapi setiap kali besday ak, kek pasti ade! terima kasih kawan :)

oh ya. 25 hb nanti besday adib pulok.
ok. hati ak sangat memberontak nak balik kelantan!
dan ye. insyaAllah. 30hb ak balik.
sepatutnya cuti mid sem ni memang ade kesempatan untuk ak sambut besday dengan family ak.
tapi ak rasa ak hanya mampu bertahan selama 4 hari di bumi kelantan kerana masih ade benda yang perlu diselesaikan di bumi um.
tapi takpe. sambut besday pa dengan adib pun dah jadi satu kepuasan untuk diri ak.
tunggu kakak balik ye! :)


Saturday, March 17, 2012

nasi lemak. sobs.





dah kenapa tengah mengidam nak makan nasi lemak la, dia tak nak jual la pulak.
dah seminggu mengidam nak makan nasi lemak mapley. tapi tak dapat-dapat jugak.
tapi bila nak beli nasi lemak kat cafe kolej pun, kau takde gak!
korang memang berpakat dengan tokey nasi lemak mapley tu ek tak nak kasi jual kat ak. huh!


Thursday, March 15, 2012

danny la sangat!


selsema. batuk. demam. sangat menyesakkan ak.
sampaikan ak boleh kata lelaki yang berbaju merah tu adalah danny X-factor!
tapi malangnya dia bukan danny.
haiyyo. macam mana boleh tersalah tafsir muka orang ni?

dan yang ak tahu, ak nak baring je.
sebab kepala pusing.
penat melayan karenah selsema dan batuk.
dan ye. batuk ak semakin teruk. tapi ak sangat la benci dengan ubat batuk.
ak sanggup makan strepsils. tu pun perisa lemon je yang ak boleh telan.

disebabkan masa petang ak dah banyak terbuang macam tu je, dengan gigihnya ak menapak ke lab di malam hari.
dan rasanya pukul 12 malam la baru boleh siap dan jumpa katil.
*nasib baik demam ak tak melarat malam ni*




Sunday, March 11, 2012

cari nahas dalam lab.


hujung minggu, tempat lazim ak adalah lab.
kalau tak pergi joging, maka lab la tempat ak.
ak suka pergi lab pagi-pagi sebab banyak benda boleh buat.
cepat siap, cepat balik. that's the main point.

hari ni ak dengan shima je bertapa dalam lab.
nurin balik umah.
sebelum tu, sempat lagi breakfast nasi lemak.
shima yang tapaukan untuk ak.
dia memang rajin tapaukan makanan untuk ak.
pernah satu hari tu, dia buatkan ak roti bakar.
nasib baik kau perempuan shima.
kalau tak, dah lama ak cair. haha!

lepas siap breakfast, kami prepare media.
dan kononnya nak guna mesin autoclave. *even dah taw mesin autoclave tu macam ade tanda-tanda rosak. tapi nak jugak cuba*
lepas dah siap letak barang-barang dalam mesin autoclave, kami lepak je la kat lab nak siapkan lab report.
memang best la bila lab tu jadi milik kita.
ak boleh pasang lagu sesuka hati ak je.

tetiba mesin autoclave tu berbunyi.
bunyi dia macam nak meletup!
sangat cuak hokayy.

lepas tu, kami pergi check.
ada error. means dah tak boleh guna la tu.
tapi temperature autoclave tu still mendadak naik.
kami biarkan je dia sejuk dulu.




masa ak dok khusyuk mengadap lab report, tetiba shima jerit sambil lari ke arah ak.
*masa tu serius lawak sebab ak tak pernah nampak dia kalut macam tu. haha*

rupa-rupanya dia pergi cuba bukak mesin autoclave tu.
dah la temperature dia still tinggi. maknanya pressure dalam tu pun tinggi.
bila dia bukak, memang la benda tu macam nak meletup.
haih. budak shima ni memang nak cari nahas.
nasib baik mesin autoclave tu macam 'terkentut' je.
kalau tak, memang dah meletup lab tu tadi. ish2...



Thursday, March 8, 2012

apa kaitan ketinggian dengan mengandung?


pernah satu hari, ak paksa budak perempuan yang umurnya 6 tahun untuk makan sayur.
tahu dia jawab apa?

ini jawapan dia:

"ala, aina tak nak makan sayur sebab nanti aina cepat tinggi. pastu susah nak mengandung la"

aik. apa kaitan tinggi dengan mengandung sebenarnya??
memang ternganga la ak kat situ bila ak dengar jawapan ekstravaganza budak tu. huahua.
dia cilok dari mana entah fakta palsu ni.
memang sampai kesudah la dia tolak sayur. haih!



"abes tu aina nak jadi kecik macam kak kin ke? tak lawa tahu. tinggi la cantik. macam model!"
budak tu sengih gaya kerang busuk.





selamat hari wanita :)

Saturday, March 3, 2012

takde masalah tapi gedik cari masalah.



kenapa la kau gedik sangat nak bagi pinjam lappy kau kat kawan-kawan?
bila gambar kau dengan pakwe kau tersebar ke seantero dunia, gedik la pulak nak buat report polis!
sudahnya adik ak pun terheret sama!!
yang ni ak memang panas!
haih. ak rasa motif dia satu je iaitu: JELES!
dia jeles sebab adik ak cantik, adik ak feymes kat kolej dia.
adik ak yang sorang ni memang ramai sangat nak buat musuh dengan dia.
susah la jadi orang cantik ni.
nasib baik ak tak cantik macam dia.

budak tu pun satu.
yang dia rasa tergugat dengan gambar-gambar tu kenapa??
melainkan ade terselit gambar-gambar tak senonoh dia dengan pakwe dia.
kantoi sudaa.

tapi ak bimbang gak dengan adik ak yang sorang ni sebab dia keras kepala sikit.
kalau dia tak puas hati, dia main sembur je.
sekali dia dah keluarkan kata-kata dia yang berapi tu, memang rasa panas la.


dan ak sangat berharap adik ak, si zura ni dapat bersabar dengan karenah budak tu.
benda macam ni dia kena buat dek je.
biarkan budak tu meroyan sorang-sorang.
siapa suruh dia cari masalah!



Thursday, March 1, 2012

penat.



tahap penat ak sangat melampau bila teddy bear ak pun dah boleh jatuh dari katil.
nasib baik bukan ak yang jatuh dari katil double-decker. fuhh selamat!

sedar2 je teddy bear ak dah hilang. meraban ak cari teddy bear tapi tak jumpa.
rupa-rupanya teddy bear ak selamat landing kat sebelah patrick milik rumate ak.

dia nak cuba kawan dengan patrick gamaknya.