Friday, February 24, 2012

good girl.





Dia susahkan benda lain tapi Dia juga senangkan benda lain. alhamdulillah. Allah Maha Adil.
dan Dia juga tak akan pernah membebankan hambaNya.
Dia tahu kita mampu untuk hadapi ujianNya.
oleh itu, kita harus kuat dan sabar :)




Sunday, February 19, 2012

masa=emas.


masa=emas.

siapa yang tak sayang emas?
benda paling bernilai tu.
sebab tu, orang selalu kata masa itu emas.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
Al-'Asr 103:1,2)

dan weekend ni masa ak banyak kat lab.
orang paling awal sampai lab. dan orang paling lambat balik dari lab.
first and last.
semalam paling kritikal sebab kami balik pukul 12.30 malam ok.
12.30 malam you.
ak kalau boleh nak sangat elak dari balik pukul 12 tengah malam ke atas.
tapi semalam terlajak jugak. terpaksa. banyak benda nak buat.
weekend paling best nak bertapa dalam lab. sebab takde kuliah dan masa sangat la available untuk kerja-kerja kat lab.


tapi hari ni ak dah bazir masa ak dengan sia-sia.
sesungut pagi-pagi buta.
sudahnya ak bazirkan masa ak dengan tido.
ubat sesungut ak tido. bukan paracetamol
paracetamol adalah alternatif yang paling akhir. serius ak bukan hantu paracetamol.


dan sesungut juga telah merencat semangat waja ak.
kalau ikutkan semua benda ak nak buat ari ni.
sudahnya pukul 11 pagi baru sampai lab. pukul 3 dah balik kolej.
dah kalau perut sakit, pinggang macam nak patah, ade sesiapa sanggup nak berdiri lama-lama? kalau ade yang sanggup, tu bukan manusia. heh.




ni bunga kucing ke kucing yang berbunga? tak kisah la. yang penting sangat comel :)



Tuesday, February 14, 2012

kami punca lab banjir!



hari ni first lab untuk semester baru.
dan hari ni jugak la, lab banjir gara-gara ak dengan kawan ak, awatif. haha.

tak pasal-pasal dr. sufian pun kena simbah dengan ak.
nasib baik ak perasan.
kalau tak, abes la lencun lecturer kesayangan cik paan tu. hee.
paling memalukan bila dr. sufian kata: "kalau nak mandi pun, tunggu la balik kolej dulu". dang! kena sebijik kau.



err, kalau saya nak mandi pun, saya tak akan mandi kat tempat public figure macam tu. lagi-lagi kat lab dr. tu. ish2.







pagi! :)



dear human,

you get mad at me if I wake you up, but you get mad at me if I don't.

sincerely,
confused alarm clock.





*yesterday. i've got chocolate cake from my dearest friend, k.husna! dan ak makan dengan sungguh-sungguhnya. terima kasih untuk mak k.husna sebab sudi buatkan kek untuk menantu kesayangan. eh, silap. untuk kawan-kawan kesayangan anaknya. :))


**kelas pukul 8 pagi. harus bersiap dengan segera!! mulakan pagimu dengan basmallah. insyaAllah.


Saturday, February 11, 2012

kejujuran.



sakit jugak ek bila kita terlampau jujur.
ye. bila kejujuran kita langsung tak dihargai. macam sampah eyh?!
dan sometimes keadaan semasa juga akan meletakkan diri kita dalam keadaan serba salah.
nak jujur atau nak belot?
terpulang.




tapi kalau tanya pada ak:
ak jawab: kejujuran.
sebab kejujuran akan membuatkan kau hidup dalam ketenangan.
sedangkan Islam juga amat mementingkan elemen kejujuran bukan.



jujur tak saya?
*angkat kening*





tapi...
dah kalau ada orang suka suki je potong line kau tyme nak mendobi, korang rasa apa?
haih! penat ak beratur tahu.
konon jujur la.

sekali dah ada orang potong line ak, ak pun nak jugak cuba potong line orang lain.
apedehal der.
kan ak dah kata, sometimes keadaan semasa tu yang membuatkan kita berada dalam keadaan serba salah. heh!



*semalam pergi makan kek secret recipe. entah. tetiba rasa nak makan kek. kalau dah nama hantu coklat tu, kek pun mesti pilih dari rasa coklat. chocolate banana. wah. yummy! :)



Thursday, February 9, 2012

kecik ak dah macam budak darjah 6!



library:

pak guard: eh awak ni student um ke?
ak: ye saya. kenapa?
pak guard: yeke? kad matrik mana? kalau betul student um, awak ni dah tahun berapa?
ak: saya dah tahun 3 la pakcik. oh kad matrik jap (sambil selongkar beg sandang ak)
pak guard: tahun 3? ok takpe. masuk la. saya ingatkan budak darjah 6 mana la sesat nak masuk library ni.
ak: budak darjah 6?? hah?




.ada gaya darjah 6 tak? keh3.



sebenarnya tengahari tadi masa ak nak siap-siap pergi library, rumate ak pun ada gak tegur.
dia kata ak nampak makin kecik bila pakai baju tu.
*dalam hati bangga. ingatkan maksud dia, ak dah selim melim la kan*
rupanya maksud dia kecik tu dah macam kecik saiz badan budak darjah 6!

ak tak sure la sama ada baju tu membuatkan ak nampak makin kecik atau ada certain hari yang membuatkan ak nampak kecik. heh?!


*selalunya ak pakai baju tu, takde pun orang nak tegur ak macam budak darjah 6.





Tuesday, February 7, 2012

hormon.



hormon ak sebagai manusia pun tunggang terbalik.
inikan pulak nak kena amek peduli pasal hormon tumbuhan.

hari ni stress.
sentuh nasi pun pukul 4.30 petang tahu.
bangun pun dah lambat, breakfast pun tak.
nasib baik perut ak baik hari ni.
dia pun memahami.
terima kasih!








malam ni bulan cantik.
serius cantik!



ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah. amin...


Monday, February 6, 2012

fiksyen 302.psiko.



bukak je mata pagi tadi, rasa macam ade lembaga hitam kat dalam bilik ak.
tu la kau.
sape suruh gatal sangat baca novel psiko before tidur.
kan dah takut dengan imaginasi sendiri. haih!


.ak dan aimi. dua-dua kelantanese.




nasib baik cik aimi dah on the way balik kl.
so, malam ni ak ade teman.
alhamdulillah.
ehem. boleh la sambung baca novel psiko malam ni. hee.





Saturday, February 4, 2012

ustaz abe.




.muhammad asyraf a.k.a abe. my adik.


abe ni dah la pendek (tapi still lagi tinggi dari ak).
tapi ramai la pulak pompuan yang minat dia.
haih. pelik ak!

lelaki biasa la kan.
dah pompuan yang datang menggedik kat dia.
dia layan je la.
masa tahun 2010 kot, ak sangat terkejut bila dapat taw 'gewe' dia form 2 dan abe form 5.
tu kira 1st love dia la *cinta kingkong* wakaka.
ak pun tak taw dari mane dia kenal budak pompuan tu.
nak kata satu sekolah. bukan. nak kata orang kampung ak, pun bukan.
entah!

abe pernah bawak gewe dia tu jumpa ak kat kb mall 2 tahun lepas.
gewe dia sangat la takut dengan ak sebab dia kata ak garang. ekeke.
dah tu sape suruh kau pegang-pegang adik ak. depan mata ak pulak tu.
gaya macam dah kawen.
memang la nak bagi ak mengamuk kan.
ak sangat risau dengan budak-budak hingusan ni.
yela. nama pun remaja. bukannya boleh berfikir dengan waras pun.
memang dua-dua kena basuh dengan ak time tu. hak3.

tapi sekarang dah clash kot.
entah. ak pun malas nak tanya abe lebih-lebih.
tapi abe tu, sorang pergi, berduyun yang datang konon nak kenal dengan dia.
abe ni pakai ilmu ape pun ak tak taw.
*ke ilmu mengayat dia sangat power ni?*
tapi satu je. dia smoking...
dah banyak kali ak nasihatkan dia suruh berhenti.
tapi dia kata susah nak berhenti. nak-nak sepupu lelaki ak kebanyakannya semua smoker.
ada sampai satu tahap tu, ak terlalu geram.
ak rampas rokok dari tangan dia, ak cakap ak nak try merokok gak la *saje nak tengok tindakan dia*
taw dia buat apa? dia kasi penampar kat ak!
nasib baik slow je dia layangkan tangan dia kat muka ak.
taw la pulak dia nak marah ak. haih!


tapi kadang-kadang ak bangga gak dengan abe sebab dia berani untuk jadi imam.
masa mula-mula dia masuk sekolah teknik dulu, memang dia selalu jadi imam kat surau hostel dia. sampai kan kawan-kawan dia panggil dia ustaz.
sekarang dia kat ikbn, still famous dengan gelaran ustaz.
suara dia best. time dia baca doa tu, rasa sayu je...




*jangan la adik ak baca blog ak ni. kang ada yang nak kena sekeh dengan dia nanti. huahua.


Friday, February 3, 2012

sakura. wangi.


wangi jugak scrub ni ek.
dah la botol dia kaler pink!

sebenarnya dari form 4 sampai la sekarang, ak suka pakai scrub susu dari produk lulur binari.
*scrub nak yang dari susu tapi air susu, langsung tak boleh minum*

tapi kali ni ak terpaksa tukar pakai scrub watson sebab ak tak jumpa scrub feveret ak tu. masuk je watson, ak nampak botol kaler pink ni!
tanpa membuang masa walau seminit, ak terus rembat yang ni.
*even dalam hati kecewa sebab tak jumpa scrub susu tu*
nasib baik bau dia wangi. hee.


girls, kalau nak kulit selembut sutera rajin-rajinkanlah pakai body scrub ea.
tak rugi pun kalau amalkan body scrub ni. serius. tak tipu.
*kawan ak si dayah pun dah terpedaya nak pakai scrub. ngeh3.

Wednesday, February 1, 2012

terkurung.

tengahari tadi, lepas siap kerja-kerja kat lab, ak balik bilik.
siap tapau nasi goreng kampung lagi.
kemudian, masuk bilik landing atas katil jap.
lepas tu, baru ak ingat ak lapar sebenarnya.
ak pergi toilet nak basuh tangan.
okay! ak baru perasan, ak terkunci pintu.
dan yang hebatnya kunci ak kat dalam bilik. GULP!

terpaksa la ak panjat bilik nurin kat tingkat 3 nak amek kad untuk swap bilik.
bilik ak ni susah sikit nak swap.
dah la ak ni bukannya terer pun nak swap2 bilik ni.
setakat bilik yang dah memang rapuh tu, ak mampu la jugak nak swap pun.
dan memang betul. lebih kurang 30 minit ak cuba, tetap tak dapat nak bukak.
akhirnya ak mengalah. ak panjat lagi sekali tingkat 3 sebab nak mintak tolong nurin swap kan pulak. huhu.

ak memang bangga dengan nurin sebab dia baru cuba dalam 3 minit, pintu bilik ak dah selamat terbukak!! alhamdulillah.
nurin memang sahabat ak yang paling macho la.
*eh jap! oh lupa. macho tu untuk rumate ak la, si aimi. hak3.