Tuesday, January 31, 2012

takut hantu? tak. tapi guruh..

ak tak kisah kalau bilik ak kosong tanpa rumate, floor ak kosong tanpa penghuni lain.
perasaan takut tu takde la kuat sangat.
kalau ada pun, ak malas nak layan.
kalau kita takut, lagi la syaitan suka. heh!
bunyi plastik je dah nak gelabah. okay think positive!

tapi... ak lupa.
ak takut bila dengar guruh.
masa dah nak terlelap semalam, ak terdengar bunyi guruh sayup-sayup.
dalam hati ak berdoa jangan la bunyi guruh sampai sabung menyabung.






masa first year, ak selalu ditinggalkan dalam bilik sorang-sorang sebab rumate ak suka balik umah time weekend. maklum la umah dorang dekat je.
satu malam tu, ak terjaga dari tidur sebab hujan yang sangat lebat dengan guruh sabung menyabung.
okay time ni ak dah melekat kat tepi dinding.
time tu rasa nak nanges pun ade. huhu.
kalau la ade cengkerang macam kura-kura, dah lama ak sembunyi dalam cengkerang.
tapi disebabkan manusia takde cengkerang, selimut kan ade.
sudahnya, ak berselubung dalam selimut sampai ak terlelap.


*nasib baik semalam hujan lebat tanpa guruh.
ak dah niat nak lari pergi naik bilik kawan ak kat 3rd floor tapi nak keluar dari bilik pun ak takut. redha je la. lagipun telinga ak takde la pulak dengar guruh. lega.

Saturday, January 28, 2012

saje nak mengada!

dari pagi sampai ke tengah hari, kerja dia asyik membuta je.
masa ak nak jemur kain, ak saje je panggil nama dia.
sekali panggil, dia tak muncul.
ak tak puas hati, ak panggil lagi.
tak muncul jugak.
ak pun malas nak layan.
ak sambung jemur kain.
sekali ak toleh, rupanya dia ada dok tengok ak sambil sengetkan kepala dia.
ak panggil dia suruh datang dekat tapi dia buat dek je.





dia dok buat aksi menggeletik dia la.
ngada-ngada!
saje je nak suruh orang pergi ambik dia.
sekali ak ambik si zombi ni, ak peluk dia ketat-ketat.
rasakan!
padan muka. sape suruh kau buat aksi menggeletik.
haish! geram ak..

*esok dah nak balik kl. tinggal la si zombi sayang ni~

Friday, January 27, 2012

siapa cepat, dia dapat.

290112: 9.30p.m. tanah merah-hentian putra.

ak dah agak dah.
lambat cari tiket, maka probability untuk kehabisan tiket amat la tinggi.
makanya, dapat la tiket malam.
haiyyo! ingatkan nak tiket pagi sebab nanti senang sepupu ak ke makcik ak boleh jemput ak kat gombak.
tapi pagi-pagi buta isnin tu, dorang dah berkampung kat klia lorh.
sebab pakcik ak bakal berlepas ke negeri arab pagi isnin tu demi pekerjaannya.
flight dia pukul 5 pagi kot.
ingatkan sempat la jumpa kalau ak sampai kl ahad petang.
tapi memang langsung tak sempat la kan kalau ak balik ahad malam.
sampai kl pukul 5-6 pagi kot.


erk. dah lama ak tak pergi hentian putra.
sebab transit ak selalunya kat gombak je.
dah la sampai pagi-pagi buta kat hentian putra. heh!
tunggu je la kau kat situ sampai subuh.
then baru gerak balik um.
baru la ada keberanian sikit nak jalan sorang-sorang pun.



jalan sorang-sorang okay apa.
boleh jalan malas-malas. huahua.

Thursday, January 26, 2012

coklat rusia.

COKLAT??
okay fine. sepupu ak dah bawak balik awek pilihan rusia dia (darsha).
cantik. dan pendek!
serius tak tipu.
tapi dia tinggi sikit dari ak. ngahaha.

sepupu ak dok compare ketinggian ak dengan si darsha tu.
apedehal der?
okay ak dah taw taste sepupu ak.
dia ni nak orang yang bijak.
darsha tu bakal doktor kot.
sepupu ak introduce ak as a doctor-to-be.
hello, ak biotechnologist-to-be okayh.
kenapa? tak boleh terima kenyataan ak bukan doktor? heh!

selamat membimbing dia ke arah kebenaran!!







*sebenarnya ak just nak cakap, yang si darsha tu bagi coklat yg gedabak besar kotak dia. hee. dan ak dok ngadap coklat tu sampai abes. tolong la jangan bagi ak coklat sebab ak ni memang hantu coklat tahu...

Wednesday, January 18, 2012

random.


kestabilan emosi tergugat.
nafsu makan tahap petala ke berapa entah.
petang semalam ak makan roti boooomm dengan nasi goreng mamak sekaligus.
pergh. tu bukan makan. tapi melantak.
pipi pun dah montel berganda-ganda.
maknanya lepas ni, joging pun kena paling ekstrem!!

esok last paper. dan malam esok jugak la, ak cincau dari um.
pakcik ak datang amek.
katanya ada makan besar kat flamming.
wah! orang nak belanja. ak follow je.




adriana zahra.

weekend ni lepaking kat gombak jap.
cukup lepas rindu kat si cantik zahra ni, malam ahad ak cincau dari kl, balik kelantan.



bye kl. hai kelantan.
pantai jom! :)





aish irrisha zulaikha.

balik kelantan, makan kek besday dengan si cantik aish.
mummy dia sanggup tunggu ak balik.
wah terharu!
ni yang rasa nak buat kek coklat ni.
minggu depan ramai sangat yang sambut besday.
adik ak zura: 21hb, abe: 25hb, makcik ak: 28hb.
ok. kek coklat memang harus di hujung jari anda lah!


*30/1 ak dtg um. seminggu je kat umah. sobs.

Saturday, January 14, 2012

pinang. kahwin.


"ku pinang kau dengan Bismillah", rossa-UNGU.





"ku kahwini kau dengan Alhamdulillah".
(yang ni sape pulak tukang nyanyi nya??) ahah!

Thursday, January 12, 2012

adam.

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu?

♥ Ketahuilah, dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu.

♥ Dia mahukan engkau, menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu.

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah.

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..


*copy paste from unknown.


Tuesday, January 10, 2012

banyak manusia. banyak ragamnya.

ak paling suka berdiri dalam lautan manusia.
sebab ak suka tengok ragam manusia.

hipotesis ak: semakin banyak manusia, semakin banyak ragamnya.


dalam kekalutan manusia tu, tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak yang opkos la comel kan.
"umi. abah nak pampers. adik berak la"
ak cuba cari ayah budak tu. oh rupanya ada berdiri kat tangga mcD tu sambil dukung anak perempuan dia.

sekali sekala si ayah basuh berak anak tak salah kan :)


Wednesday, January 4, 2012

bunga. peace~

jujurnya, ak bangkit dari tidur dengan perasaan yang berbunga-bunga.
gayanya seperti dikurniakan semangat yang baru dari tuhan.
alhamdulillah.






you,
ak okay je la.
jangan bimbang pasal ak.
paling penting, ak ada love letter dari Dia.
dan ak percaya pada ketentuan Dia...



baby ni pun tekun je nak stadi untuk final exam tahu *sila percaya*



*formspring. terima kasih untuk keprihatinan kamu. ak sangat hargai :)

Monday, January 2, 2012

love letter.

study week is equal to the craziest week!
semua perasaan ada.
semuanya bercampur.


tapi ak ada surat cinta dari Dia.
(ketenangan jiwa yang abadi)

"Mahasuci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun"
Al-Mulk (67):1-2








*layan ceramah UAI pun syiok jugak ni.