Saturday, December 31, 2011

pictures can paint a thousand words.

penutup untuk tahun 2011~

lokasi: taman tasik perdana
tema: baju kurung atau jubah



gambar ni paling cantik *dah macam dunia alice in wonderland*



aksi berterabur kami. huahua.



gadis berjubah diapit oleh gadis berbaju kurung. ahah!



okay payung biru tu cik paan punya. *gigih ni dia siap bawak payung tu*




air terjun yang tak berapa nak terjun. heh.



muka cuak k.ally bila dengan kuda. dia terjerit-jerit nak sentuh kepala kuda. huahua.



k.husna. cik paan. aimi. k.ally
mereka masih single kecuali k.ally yang dalam open relationship (hehe)
siapa yang berkenan, please do inbox me later.
*kak husna tu demand sikit sebab dia nak muka orang yang macam shahid kapoor. hee.
**kata aimi, dia mahu orang yang sangat tinggi dan putih. tehee.



dapat gambar pokok pun jadi la.



cik paan si tukang photographer. kalau dia snap memang terbaik dari ladang. kalau sesiapa nak import dia untuk wedding korang, jangan segan-segan untuk tampil ke hadapan. huahua



cik paan dan ak. cik paan memang sangat FOTOGENIK!
*k.ally pun fotogenik kot. jeles ak. macam mana la nak jadi fotogenik ni? musykil ak. wehee.



akhirnya dapat jugak snap gambar kami berlima.



bentuk hati dihadiahkan khas untuk k.husna yang bakal meninggalkan kami. tahun 2012 merupakan dunia baru untuk beliau yang bakal menempuhi alam pekerjaan. :))
semoga berjaya k.husna!!



*gambar-gambar ni semua daripada kuasa dslr versi fon ok. wah! ak sangat bangga dengan fon sony ericsson k.ally.

Friday, December 30, 2011

pedoman hidup.



yes. the past can hurt. but the way I see it, you can either RUN from it or LEARN from it. (the lion king)

*and I choose to LEARN from it.





and even I can learn from 'them' too. no woes!

Thursday, December 29, 2011

puteri kayangan.



nik nurin batrisha (esha) *dia sangat bangga dengan gigi dia*

esha anak pakcik ak.
perangai sebijik macam pakcik ak: nakal. tehee.
rindu dengan esha sebab dia banyak mulut.
kalau ak call ibu dia, mesti dia nak cakap gak: "k.kin. k.kin. esha kan ada banyak lipstick". ngahaha.
budak ni memang gila make up sikit.
pantang nampak orang make-up. mesti dia pun nak join gak.
dan esha ni jugak la yang rendam ak dalam swimming pool. bhahaaha.

*cik fiq vertigo! rindu la nak mandi kolam dengan kamu dan budak ni.
serius rindu.




nik nurin faqihah (qihah) *alolo. comeinya dia pakai tudung*

qihah adik esha.
masa qihah kecik, esha selalu buli dia.
dan sekarang giliran qihah pulak buli kakak dia.
sampai nanges2 si esha.
*pandai la pulak si qihah ni nak balas dendam kat kakak dia* keh3.

ak pernah jaga qihah masa dia umur 10 bulan kot.
sebab abah dia main badminton sampai lewat malam. *pakcik ak ni memang gila badminton*
ibu dia pulak kena shif malam masa tu. *makcik ak nurse*
so, malam tu qihah tidur dengan ak.
ibu dia dah pesan, qihah ni nak tidur kena letak banyak bantal sebab dia tidur ganas.
silap haribulan, boleh jatuh katil budak ni.
so, ak ikut je la kata ibu dia.
tapi malangnya qihah memang jatuh dari katil tyme dia tidur dengan ak.
sedar-sedar je, qihah dah nanges sebelah katil. *nasib ak tak tidur mati*
alhamdulillah, ada bantal jatuh sekali dengan dia.
so, takde la sampai lebam budak qihah ni. *nasib baik*


*nanti k.kin abes exam, k.kin pergi rumah kamu ea.

**pakcik ak ada beli jubah la dari mesir. so, haruslah tuntut dari dia. wee~~

Wednesday, December 28, 2011

privasi terganggu.

pagi-pagi dah spoil mood ak!
kalau nak renovate toilet kasi up sampai jadi eksklusif sekali pun, boleh tak tunggu cuti sem??

sekali dorang dah masuk toilet tu, sampai petang nanti la dorang berkampung dalam tu.
susah la macam ni.
mana nak mandi, mana nak basuh baju, mana nak buang air.

dan yang buat kerja tu adalah INDONESIAN!
kalau dorang, memang ak susah sikit nak percaya.
*memang langsung tak boleh percaya pun*

dah la masuk toilet main serbu macam tu je.
eh hello. kau masuk toilet perempuan kot. bukannya toilet lelaki.
hormat la sikit privasi orang perempuan.






dan seminggu jugak hidup ak tak tenang.

Tuesday, December 27, 2011

terima kasih :)

terima kasih untuk mokte (baca:rambutan)
ak terharu ni sebab dia ingat buah feveret ak.
*i need tissue please*

dan terima kasih sebab mengingatkan ak kepada tuhan.
sekurang-kurangnya kita tak lagho dari Dia.



Sunday, December 25, 2011

penyayang.

ini kisah sepupu ak, abe syahril; abang kepada chong. (kalau korang pengikut setia blog ak, korang taw siapa chong).
abe syahril ni pun pencinta kucing macam ak.

pernah satu hari tu, dia naik motor.
tiba-tiba dia terlanggar kucing yang sedang melintas jalan.
dia sanggup berhenti tepi jalan untuk tengok kondisi kucing tu.
tapi sayangnya, kucing tu mati.

disebabkan hatinya tersangat la sayang kucing, maka dia ambik bangkai kucing tersebut dan diletaknya dalam bakul motor.
dia tak sanggup tengok bangkai kucing tu bergelimpangan di tepi jalan.
maka, dia berniat untuk tanam kucing tu.






mama dia pesan, takut-takut orang sekeliling ingat dia tanam janin la pulak.
tapi abe syahril tak peduli sebab dia rasa bersalah dengan kucing tu.
berani buat, berani tanggung.

wah!! abe syahril ni penyayang jugak ek.
untung la awek rusia tu dapat dia.
(yep! awek dia russian tu. taste dia kemain tinggi. patot la susah bebeno dia nak dapat awek malaysian. rupanya hati dia untuk russian. tapi lelaki kan, apedehal kalau kawen lambat pun)


*bagi ak, bila dia dah sayang kucing (binatang), maknanya dia memang penyayang.
tak payah tunjuk sifat penyayang dia pun, ak dah taw.

Thursday, December 22, 2011

kakak ayu!




wah! hari ni ada budak panggil ak: KAKAK AYU! *sambil buat peace*
kakak terharu la adik.
adik ni macam taw-taw je kakak tengah sedih.
*tapi budak selalunya jujur kan :)

syukur ya Allah kerana Kau hadirkan budak tersebut untuk menggantikan rasa sedih ak dengan rasa yang bahagia.
alhamdulillah...

pa. rindu!!



papa kesayangan bersama dengan cucu saudara kesayangan beliau.
*cucu kandung takde lagi. harap maklum*

pa suka sangat layan budak. baby aish ni pun, pa siap beli gaun pink lagi. *ok jeles*
NAK PAKAI GAUN JUGAK PA!


sebenarnya ak tengah rindukan ayah ak.
ak taw ayah ak pun rindukan ak.
ala, biasa la lelaki.
bukannya senang nak tengok dorang ekpsresikan perasaan dorang. huhu.

takpe2.
hakikatnya kakak memang rindukan pa pun...

Wednesday, December 21, 2011

muka kaunter pertanyaan.

bukan main lagi ak fokus tyme jalan kaki balik kolej.
tiba-tiba ada orang perlahankan kenderaan dia kat sebelah ak.
gaya dia perlahankan kereta macam nak kidnap ak je.
serius cuak tyme tu.
dah la dua orang lelaki dalam kereta tu. *lagi la cuak*

tapi rupanya dorang nak tanya masjid um kat mana.
sejuk la jugak ak dengar kan.
*tapi manusia zaman sekarang bukannya boleh percaya pun. still kena berhati-hati even muka nampak macam suci gila*



sebenarnya ak pun pelik.
minggu ni dah berapa juta kali orang asyik tanya ak jalan-jalan kat um.
muka ak ni dah macam kaunter pertanyaan gamaknya.

Tuesday, December 20, 2011

terbongkang tidur.

macam mana perasaan kau kalau kau tengah syiok tidur sebab qadha tidur yang terbengkalai semalaman, tiba-tiba datang orang ketuk pintu bilik kau sebab semata-mata nak check tilam?




*nasib ak tak bertukar jadi raksasa macam ni*


jangan bimbang pakcik.
kami orang pertama pergi ambik tilam baru kat pejabat kolej.
*walaupun hakikat sebenarnya rumate2 ak yang gorgeous tolong angkut tilam ak sekali sebab tyme tu ak takde kat kolej disebabkan perasaan merajuk yang menebal terhadap wifi kolej*



haih! ikutkan hati, ak rasa macam nak biarkan je dorang dok jerit-jerit kat luar bilik ak ni.
ok fine! dorang ada kunci pendua la.
memang patut ak terjun katil pastu bukak pintu sebelum dorang rempuh pintu bilik ak, tengok ak terbongkang tidur.
malu woi!!

Saturday, December 17, 2011

win-win situation.


puas hati bila segalanya terbongkar.
tiada lagi teka-teki.
win-win situation :)




kagum. cara kamu. terharu.
lain dari yang lain.
terima kasih.







Friday, December 16, 2011

minggu zombi.



alhamdulillah. ak berjaya keluar dari minggu zombi.
*minggu zombi merupakan minggu ak untuk stay up. nasib baik tak subuh dinosaur je*

lab report-done.
test-done.
presentation- done. *oops. ada satu lagi la yg belum. takpe. yg tu senang je*
final exam? is around the corner!! gulp!

semoga berjaya kawan.

Thursday, December 15, 2011

tengok gaya. sah. memang kau pun.


ak rasa ak tahu kau siapa.
hati ak kata memang kau pun.
*ceh, confident abes*


tengok gaya pun dah tahu kau siapa.
boleh tak kau serah diri je.
jangan buat ak tertanya-tanya la.
haih!



Sunday, December 11, 2011

ak memang 'mama' paling rock pun.



time ni ak jadi babysitter terjun.
maklum la ibu dia keje.
jadi kami (ak dan makcik2 gorgeous dia)culik budak ensem ni pergi sogo.

ak yang tolak stroller dia.
ak yang bagi dia susu botol.
dan sangat mudah kalau nak tidurkan baby zhafran ni.

ak ni anak sulung.
maknanya kalau ak nak main dengan baby, ak main dengan anak sepupu ak je.
anak sepupu ak ramai.
oleh itu, boleh la jugak nak merasa main dengan baby.
ak suka cium rambut baby sebab bau dia bau yang natural.
bau yang datang dari rahim ibu...


*ada orang kata baby zhaf ni anak ak. aiyak. punya la rock pemakaian ak time tu, t-shirt dengan jeans. macam tak sesuai je gaya untuk mak budak. hoho. mama rockers you!!




hint 2.


paham tak situasi dia bila kita penat-penat balik daripada lab, tiba-tiba AIR TAKDE??
dangggg.

nasib baik ak takde niat nak memerut.
haih!!
boleh tak bagi hint awal2 pasal ketiadaan air??
nanti boleh la ak bawak bantal, selimut segala bagai pergi tidur kat lab kan.
persediaan orang kata.
persediaan supaya hati tak kecewa. sekurang-kurangnya mental dan fizikal kita dah bersedia untuk menghadapi kesengsaraan ketiadaan air.



Thursday, December 8, 2011

hint.



kalau kau betul-betul sukakan orang itu, boleh tak kau cuba bagi hint sikit?
susah sangat ke nak bagi hint?
ak bukan nak suruh kau kapel pun.
cuma sebagai tanda.
nanti takde la kau dok bertepuk sebelah tangan je kan.
kot la dia pun nak tepuk tangan kau jugak kan.
untunglah.


Monday, December 5, 2011

rindu ombak. bukan ombak rindu.




ak rindu bunyi ombak.
ak rindu bau pantai.
nyaman. tenang.

pernah sekali ak duduk tepi pantai di kala senja.
sambil melihat bayang matahari terbenam.
cantik.
**mak ak tak pernah tahu ak pernah duduk tepi pantai di kala senja. memang nak kena bebel dengan dia kalau dia tahu. huahua. ma, maaf ya. sekali untuk seumur hidup. janji.

ak boleh rindu dengan ombak sebab semua orang dok berlumba cakap pasal ombak rindu!
bukan ak tak nak tengok filem ombak rindu tu.
cuma ak terkilan sebab watak izzah telah dibawa oleh MAYA KARIN!
hoi, watak izzah dalam novel ombak rindu terSANGAT MUDA okay.
bukannya tua terang tang tang macam si maya karin ni. haila.
abes tercemar watak izzah yang digambarkan seorang gadis belasan.

semua orang dok gila berpusu-pusu pergi wayang tengok ombak rindu.
ak dok gila merindui ombak pantai.


***filem ombak rindu akan ditayangkan di channel astro prima @ tv3 untuk tahun depan sempena musim perayaan aidilfitri. tengok la kalau tak percaya. harhar.