Friday, November 25, 2011

lelaki bermulut manis macam player!



kawan laki ak si A, nak tanya ak soalan. tapi dia malu, dia suruh kawan laki ak si B tanya ak soalan tu.

soalan mereka: perlu ke ayat jiwang kalau nak tackle perempuan?

pheww. berpeluh ak nak jawab. sebab ak memang kurang pengalaman kalau bab cenggini. eh kurang ke atau memang takde? tehee.

jawapan ak:

kalau kau betul-betul nak tackle perempuan tu, tak perlu la kau nak berjiwang bagai ni. geli tahu. ni bukan zaman 80-an dulu yang nak pergi dating pun naik skuter yang gedabak besar tu. si perempuan pulak mesti pakai kain sempit, duduk ayu je sambil pakai payung. comel!

tapi...
ini zaman dah banyak berubah.
manusia pun ikut sama berubah mengikut peredaran zaman.

ak rasa perempuan zaman sekarang dah tak perlukan ayat jiwang untuk cairkan hati kami. cukup la kalau kamu kaum lelaki jadi diri kamu yang sebenar. tak payah nak berlakon jadi orang yang romantik. konon nak berlakon berjiwa romantik, tapi lakonan keras macam kayu. tak ke haru kalau kami gelakkan kau depan khalayak ramai. sudahnya kau yang dapat malu! tolong la. ayat jiwang tu menandakan kau bermulut manis. macam player pun ada. heh!



** tak sangka si A dan si B tu beria dok bertekak pasal perempuan. yang si A kata ayat jiwang adalah sangat perlu. si B sebaliknya. ehem. ke kau nak korek rahsia diri ak ni? keh3. okay ak dah terperasan.

takpe. ak dah bagi jawapan mengikut pandangan ak. harap kejayaan akan menyebelahi kamu berdua dalam mencuri hati perempuan tersebut. :DD

8 comments:

intan.maisarah said...

tak perlu ayat manis
jadi diri sendiri

ayat manis itu membunuh

budak kecik said...

sila berhati2 dgn lelaki yg brmulut manis.

cik_paan said...

hahahhahah
kelakar lah kawan kau tu

budak kecik said...

mereka berdua memang pelik. sangat.

budak penjara said...

perlu kot..sebab nk mengayatkan..haha

Gen2Merah said...

ahahaha... kesiannya tengok lelaki nak bertekak pasal pempuan.. be a gentlemen lah kan bro.... (",)

Salam kunjung mengunjung ye.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)

budak kecik said...

budak penjara: oh perlu ke? ak rasa x prlu kot kalu laki nk tackle ak ngn ayat jiwang2. geli kot. tehee

gen2Merah: oh suka tgk laki yg gentleman. hoho

~SaL IjOu~ said...

"lelaki bermulut manis macam player!"

bukan mcm..tp mmg player!~ huhuh