Wednesday, November 30, 2011

dah macam kena ubat bius.



sampai satu fasa, ak tak akan rasa apa-apa.
memang dah macam kena ubat bius.
takde perasaan langsung.

ikut suka kau la kau nak buat apa pun.
ak dah takde perasaan.
sakit, sedih, gembira, marah, malu, takut. semua dah hilang.



pendek kata: AK MALAS NAK LAYAN!



Saturday, November 26, 2011

jodoh. sah. kita akan bersatu.

dah lama kau bertapak dalam hati ak.
dah tiba masanya untuk kau keluar.
kerana ak ingin penuhkan ruangan hati ak untuk Tuhan.

mulai saat ini, ak harus lupakan masa yang lalu.
hargai masa yang sedang berlaku dan bersedia untuk melalui masa yang bakal belaku.
salam maal hijrah.




*kau. ak hargai. terima kasih.
**jodoh. sah. kita akan bersatu.


salam.

Friday, November 25, 2011

lelaki bermulut manis macam player!



kawan laki ak si A, nak tanya ak soalan. tapi dia malu, dia suruh kawan laki ak si B tanya ak soalan tu.

soalan mereka: perlu ke ayat jiwang kalau nak tackle perempuan?

pheww. berpeluh ak nak jawab. sebab ak memang kurang pengalaman kalau bab cenggini. eh kurang ke atau memang takde? tehee.

jawapan ak:

kalau kau betul-betul nak tackle perempuan tu, tak perlu la kau nak berjiwang bagai ni. geli tahu. ni bukan zaman 80-an dulu yang nak pergi dating pun naik skuter yang gedabak besar tu. si perempuan pulak mesti pakai kain sempit, duduk ayu je sambil pakai payung. comel!

tapi...
ini zaman dah banyak berubah.
manusia pun ikut sama berubah mengikut peredaran zaman.

ak rasa perempuan zaman sekarang dah tak perlukan ayat jiwang untuk cairkan hati kami. cukup la kalau kamu kaum lelaki jadi diri kamu yang sebenar. tak payah nak berlakon jadi orang yang romantik. konon nak berlakon berjiwa romantik, tapi lakonan keras macam kayu. tak ke haru kalau kami gelakkan kau depan khalayak ramai. sudahnya kau yang dapat malu! tolong la. ayat jiwang tu menandakan kau bermulut manis. macam player pun ada. heh!



** tak sangka si A dan si B tu beria dok bertekak pasal perempuan. yang si A kata ayat jiwang adalah sangat perlu. si B sebaliknya. ehem. ke kau nak korek rahsia diri ak ni? keh3. okay ak dah terperasan.

takpe. ak dah bagi jawapan mengikut pandangan ak. harap kejayaan akan menyebelahi kamu berdua dalam mencuri hati perempuan tersebut. :DD

Thursday, November 24, 2011

kau hero pujaan.



kenapa la kau manja sangat ni zombi??
sebab manja kau la, ak sedang menahan rindu tahu.
serius rindu. ak tak tipu ni.

Wednesday, November 23, 2011

sopan dan bertamadun.

sekarang ak dah tahu.
bila online fb sampai lewat malam, ramai gila lelaki kesepian.
ada senior ak yang tak pernah ak bermimpi nak chat dengan dia, tetiba muncul hantar ikon :)
ak malas nak layan. ak teruskan kerja ak.

lagi sekali dia hantar ikon :)
ak ni jenis orang yang sopan dan bertamadun.
oleh itu, ak hantar ikon =p
lepas 30 minit kemudian, dia hantar ikon :) lagi. tak puas hati gamaknya. sebab ak sopan sangat.

tindakan ak?
terus offline. ngahaha.
sopan la tu kan.

Tuesday, November 22, 2011

karut.



perlu ke asyik ingat dia je? gaya macam ak takde keje lain asyik ingat dia. tolong la. jangan bagi harapan. dia bukan ingat kau pun.

ehem. apa makna dengan jam 11.11? betul ke masa tu menunjukkan ada orang ingat kita?

ahah! karut semata. ni semua gara-gara terpengaruh dengan cerita korea rumate ak.

Sunday, November 20, 2011

baju cantik tarik perhatian orang. bahaya.


tak perlu la tengok ak sampai ternganga.
tutup mulut. nanti lalat masuk.

ak tahu baju ak cantik.
boleh buat tarian ballet lagi.
nasib baik ak tak buat step up je kat floor ak ni.

thanx fiq sebab belanja kak kin baju cantik ni.
baju tu terlampau cantik.
kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa, baju ni mesti jadi kembang.
cantik sangat!
tapi segan la pulok nak pakai depan orang awam.
takut menarik perhatian orang.
kak kin lagi suka pakai kat dalam bilik je.
yang tengok pun perempuan je.
takde hal lah.



rindu sama kamu la cik fiq vertigo.

:'(



Saturday, November 19, 2011

broga hill. 191111.



broga hill 191111.
demi sunrise.


dalam pukul 4.15 kami gerak.
ak cakap pukul 4 pagi.
ala, macam tak biasa je dengan janji melayu.
ak memang sengaja pun cakap pukul 4 pagi.

sebelum ni dah pernah panjat gunung lambak.
tapi panjat bukit broga pun boleh pancit.
mungkin sebab dah lama tak jogging.
stamina kurang. huu.
lemak dah banyak terkumpul.
patut la rasa berat semacam je nak panjat bukit sebab angkut lemak sekali!

sampai sana, terkejut sebab ramai!!
fuiyyo. masing-masing dengan dslr.
ak kaget.
takpe. hantaran kawen saya nak dslr ea bang.

macam biasa. ak paling depan.
sebab perasaan teruja berlebihan.
suasana agak mencabar sebab keadaan masih gelap.
setiap kali nak jatuh, ak main sambar je apa yang ada kat depan ak.
tapi bila ada budak laki yang lead depan ak, ak cuba kawal dari sambar tangan dia.
cukup-cukup la dia jadi skandal ak.
nanti makin hebat pulak gosip dorang kat kaki bukit broga. haila.

kalau sebelum ni, kami panjat gunung lambak dalam pukul 8.30 pagi.
tapi kali ni demi sunrise, ak sanggup bangun pukul 2.30 pagi.
ak memang suka natural beauty.
sangat suka!!

alhamdulillah.
walaupun sampai kat puncak ke-3 je,
sunrise depan mata ak je.

tiada perkataan lain di bibir. SUBHANALLAH...

Thursday, November 17, 2011

bukan rupa. tapi stail.



i love you apek!!
ak tengok cara kau tangkap bola pun, hati ak dah cair tahu.

kau bukan hensem pun apek.
tapi sebab gaya kau.
kau memang stylo la apek.


ternyata.

ak bukan pandang rupa.
tapi ak pandang gaya.
harhar.



untuk bakal suami ak, ak pandang agama dia.



Wednesday, November 16, 2011

tanpa pretty coat, rasa macam telanjang.



rasa ayu je pakai plain maxi skirt.
*ceh. padahal tuan punya badan tak ayu pun. perasan je ayu.

tapi tanpa pretty coat (kain dalam), ak rasa ak telanjang tahu.
ak tak kisah korang nak kata ak kolot.
yang penting maruah ak masih terjaga.

Monday, November 14, 2011

pantai. malam. bulan.


berjalan di tepi pantai waktu malam.
sambil merenung bulan mengambang.
cantik!
hilang segala masalah. buat seketika.

Wednesday, November 2, 2011

chicken right?

prof meeha: what's your name?
ak: i'm syikin.
prof meeha: oh chicken.

kahkahkah *ada background orang gelak kat belakang. ciss.

ak: no prof. the pronunciation is she-keen.
prof meeha: oh ok chi-ken. chi-ken right?
ak: yeah... *redha je la.

ok prof meeha. chicken pun chicken la.
patut la laju aje dia ingat nama ak sebab tengok je ak ingat ayam.
oh lapar!

prof meeha tu memang dari India betul.
so, susah la nak betulkan sebutan dia.

dah tu yang malaysian ni, jadah nak panggil ak chicken?
heh!

Tuesday, November 1, 2011

asyik.

awak,
kalau dah tahu kaki sedang mengatur langkah,
mata tu pandang la depan.
jangan asyik sangat nak hai-hai bye-bye kat saya.
sampaikan tiang kat depan pun nyaris-nyaris awak cium.

ishk2.