Tuesday, October 25, 2011

pertama kali jawab tag!

hari ni dalam sejarah sebab terbukak hati nak jawab tag. wohha!

tag ini dari kak maera yang comel..


nama penuh kamu?
Nur Asyikin Binti Aminuddin

sape kawan baik pertama kamu? sampai bila?
Amirah Hanim. kami mula berkawan dari darjah 1. dia sangat baik dan susah nak tengok dia marah. dia sentiasa senyum dan sentiasa cool. masa saya darjah 2, saya pindah balik Kelantan. tapi kami masih berbalas surat. sampai darjah 6, masing-masing busy dengan UPSR, kemudian terus lost contact. paling sedih, alamat dia pun terus hilang. facebook dia pun susah nak jumpa tahu. macam mana la dia sekarang? kat mana dia belajar sekarang? banyak persoalan yang timbul.

first love/monkey love?
rasanya monkey love takde. tapi kingkong love ade. wakaka.
okay. saya tipu. be serious budak kecik!
mode serius: alhamdulillah tak pernah rasa cinta monyet bagai ni. kakak sepupu saya selalu pesan, jangan terlibat dengan cinta selagi kita masih bergelar pelajar. sebab tu la bila ada je lelaki nak masuk line, saya terus potong line tersebut. ekeke. tapi skandal banyak you. nama pun skandal, rilek-rilek sudaa. :)

permainan kegemaran masa sekolah?
zero point! main lompat tali merupakan keutamaan saya waktu sekolah rendah. getah sentiasa ada dalam beg sekolah. tyme rehat je terus main. sanggup berlapar. hei, kalau dah excited sangat, lapar pun tak rasa. hee. punya la bangga kalau dapat melepasi tahap telinga kawan. konon tinggi la. tapi sekarang... okay saya dah kalah. saya ni paras-paras bahu awak je.

kenangan paling sweet masa sekolah rendah?
ada budak lelaki kelas sebelah masuk dalam kelas saya lepas tu buat announcement dalam kelas saya yang dia suka saya! walaweyh budak ni memang gila. padahal saya baru borak dengan dia tyme kami sama-sama ada meeting untuk librarian. sakit jiwa saya tyme tu sebab dia asyik kejar saya. tak tahu kenapa. walaupun dia good looking (chinese look kot), tapi saya tetap dengan prinsip saya. oh ya. saya ada terserempak dengan dia kat kb mall masa raya tahun lepas. saya tengok dia dan dia tengok saya. okay dia sangat tinggi! muka dia sama macam dulu. boleh tertukar dengan apek kat sebelah. mmuahaha.

sape orang paling kamu patut ucap terima kasih (for ur good life)?
pa dan ma saya. kalau nak tahu, masa ma mengandungkan saya, ma demam campak. dan doktor saspek saya bakal jadi cacat dan menasihatkan pa dan ma saya supaya gugurkan kandungan. tapi pa terus bagi semangat kat ma supaya kekalkan kandungan. pa kata, kalau cacat pun, semua ni anugerah Allah. pa dan ma redha. tup-tup, 7/4/1990 saya dilahirkan dengan sempurna. alhamdulillah... terima kasih pa, ma sebab sanggup terima kakak yang kononnya cacat. itu hanya ujian untuk pa dan ma yang baru pertama kali nak bergelar ibubapa. =)

sape insan yang paling kamu nak mintak maap?
cikgu sekolah rendah saya! sebab dulu saya benci sangat kat cikgu ni sebab dia sentiasa cari kesilapan saya. dia menghantui hidup saya. sampaikan saya berdendam dengan cikgu ni. tapi bila dah besar macam ni, saya rasa bodoh sebab berdendam dengan orang yang telah mengajar saya. T_T

kenapa kamu senyum?
bila kenangan 'itu' mula berlegar-legar dalam kepala. kenangan apa? rahsia =p

bila kamu kawen/or nak kawen?
kawen? tarikh kawen saya dah tercatat dalam tangan Allah. =)

perasaan kamu saat ini?
stress!! sebab minggu ni ada 2 test dan presentation slide pun kena buat minggu ni. huiyyo!
*tapi masih berlagak nak jawab tag ea.

kamu dapat ke semua yang kamu impikan? apa?
saya ada pa. saya ada ma. saya ada zura. saya ada abe. saya ada adib. ya Allah saya bersyukur kerana saya ada mereka. syukur alhamdulillah.

disebabkan saya masih belajar, oleh itu ada lagi perkara yang belum saya dapat...

sekian. salam.

6 comments:

ms ribena said...

ikin blum ade dslr.. hahaha...

budak kecik said...

huwaaaaaa. yg tu akan dijadikan salah satu barang hantaran nanti. oh sgt kesian ngn bakal suami ikin. hee

dayu_myself said...

hahhahaha....lwak la bdak ske ikin tu...
ngeee...
nsib baek hensem...
tak tegur blik ke bdak tu??
msti die mlu jgak bile ingt kan..ngeh33

budak kecik said...

langsung x tegur. keh2

malu whoa... =P

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

waa..ikin ade peminat.manela tau kan jodoh ngan beliau kan.hehe~

syukur kan, Allah dah berikan yang terbaik utk ikin, akhirnya rezki pa&ma dpt anak baik cam ikin wlaupun mcm2 ujian. =)

thanks sudi jawab tag.. =)

si macho said...

chicken ni comel la :D :P