Monday, October 31, 2011

malu selalu rugi.



ak bukan sombong tapi ak malu sebenarnya.
dan orang malu selalu rugi. *eh, ye ke??

dan ak memang tipikal perempuan timur.
malu pun ada batasnya cik adik.

Wednesday, October 26, 2011

soalan luar alam.

hampa. bila diri mahu libresse, tapi tidak ketemu.
terpaksa beli brand lain.


maaf jiwa tengah serabut. eh bukan kepala ke yang serabut? lantak la.
macam mana ni?
test ada 2.
test pertama ak suka sebab... ak punya suka la.
tapi test kedua ni?
ak agak soalan dia susah sebab dalam kelas pun lecturer ni suka sangat tanya soalan yang luar alam. haiyyo!

Tuesday, October 25, 2011

pertama kali jawab tag!

hari ni dalam sejarah sebab terbukak hati nak jawab tag. wohha!

tag ini dari kak maera yang comel..


nama penuh kamu?
Nur Asyikin Binti Aminuddin

sape kawan baik pertama kamu? sampai bila?
Amirah Hanim. kami mula berkawan dari darjah 1. dia sangat baik dan susah nak tengok dia marah. dia sentiasa senyum dan sentiasa cool. masa saya darjah 2, saya pindah balik Kelantan. tapi kami masih berbalas surat. sampai darjah 6, masing-masing busy dengan UPSR, kemudian terus lost contact. paling sedih, alamat dia pun terus hilang. facebook dia pun susah nak jumpa tahu. macam mana la dia sekarang? kat mana dia belajar sekarang? banyak persoalan yang timbul.

first love/monkey love?
rasanya monkey love takde. tapi kingkong love ade. wakaka.
okay. saya tipu. be serious budak kecik!
mode serius: alhamdulillah tak pernah rasa cinta monyet bagai ni. kakak sepupu saya selalu pesan, jangan terlibat dengan cinta selagi kita masih bergelar pelajar. sebab tu la bila ada je lelaki nak masuk line, saya terus potong line tersebut. ekeke. tapi skandal banyak you. nama pun skandal, rilek-rilek sudaa. :)

permainan kegemaran masa sekolah?
zero point! main lompat tali merupakan keutamaan saya waktu sekolah rendah. getah sentiasa ada dalam beg sekolah. tyme rehat je terus main. sanggup berlapar. hei, kalau dah excited sangat, lapar pun tak rasa. hee. punya la bangga kalau dapat melepasi tahap telinga kawan. konon tinggi la. tapi sekarang... okay saya dah kalah. saya ni paras-paras bahu awak je.

kenangan paling sweet masa sekolah rendah?
ada budak lelaki kelas sebelah masuk dalam kelas saya lepas tu buat announcement dalam kelas saya yang dia suka saya! walaweyh budak ni memang gila. padahal saya baru borak dengan dia tyme kami sama-sama ada meeting untuk librarian. sakit jiwa saya tyme tu sebab dia asyik kejar saya. tak tahu kenapa. walaupun dia good looking (chinese look kot), tapi saya tetap dengan prinsip saya. oh ya. saya ada terserempak dengan dia kat kb mall masa raya tahun lepas. saya tengok dia dan dia tengok saya. okay dia sangat tinggi! muka dia sama macam dulu. boleh tertukar dengan apek kat sebelah. mmuahaha.

sape orang paling kamu patut ucap terima kasih (for ur good life)?
pa dan ma saya. kalau nak tahu, masa ma mengandungkan saya, ma demam campak. dan doktor saspek saya bakal jadi cacat dan menasihatkan pa dan ma saya supaya gugurkan kandungan. tapi pa terus bagi semangat kat ma supaya kekalkan kandungan. pa kata, kalau cacat pun, semua ni anugerah Allah. pa dan ma redha. tup-tup, 7/4/1990 saya dilahirkan dengan sempurna. alhamdulillah... terima kasih pa, ma sebab sanggup terima kakak yang kononnya cacat. itu hanya ujian untuk pa dan ma yang baru pertama kali nak bergelar ibubapa. =)

sape insan yang paling kamu nak mintak maap?
cikgu sekolah rendah saya! sebab dulu saya benci sangat kat cikgu ni sebab dia sentiasa cari kesilapan saya. dia menghantui hidup saya. sampaikan saya berdendam dengan cikgu ni. tapi bila dah besar macam ni, saya rasa bodoh sebab berdendam dengan orang yang telah mengajar saya. T_T

kenapa kamu senyum?
bila kenangan 'itu' mula berlegar-legar dalam kepala. kenangan apa? rahsia =p

bila kamu kawen/or nak kawen?
kawen? tarikh kawen saya dah tercatat dalam tangan Allah. =)

perasaan kamu saat ini?
stress!! sebab minggu ni ada 2 test dan presentation slide pun kena buat minggu ni. huiyyo!
*tapi masih berlagak nak jawab tag ea.

kamu dapat ke semua yang kamu impikan? apa?
saya ada pa. saya ada ma. saya ada zura. saya ada abe. saya ada adib. ya Allah saya bersyukur kerana saya ada mereka. syukur alhamdulillah.

disebabkan saya masih belajar, oleh itu ada lagi perkara yang belum saya dapat...

sekian. salam.

Monday, October 24, 2011

senyum sorang-sorang.

kenangan itu.
sekali terbina, kekal terpahat dalam memori.
sudah tentu la kenangan manis.
kenangan yang mampu membuatkan ak tersenyum.

kenangan pahit? laju aje ak delete daripada kotak memori ak.
buat apa?
buat sakit hati!

Sunday, October 23, 2011

gaduh manja orang kata.


rindu.
betul la orang kata.
bila dah duduk depan mata, asyik nak gaduh je.
*mentang-mentang la nama ASYIKin. terlalu asyik pulak nak gaduh.
tapi bila dah jauh ni, sengsara pulak menahan rindu.

Thursday, October 20, 2011

tiga kata.


salam.

suka?
cinta?
sangat berbeza dari sudut ejaan dan makna.

kalau suka, mungkin kita suka tengok stail dia.
mungkin kita suka tengok dia gelak.
mungkin kita suka tengok dia cakap.
mungkin kita suka tengok dia bersin.
mungkin kita suka tengok rambut dia.
mungkin kita suka tengok muka dia.
mungkin kita suka tengok badan dia.
mungkin kita suka tengok punggung dia. *ni gaya macam stok-stok pervert je*

dan kalau cinta.. :D
perasaan tu terlalu sukar untuk difahami.
terlalu sukar untuk diekspresikan.
dan cinta ada banyak versi.
cinta terhadap Ilahi.
cinta terhadap Rasul.
cinta terhadap ibubapa.
cinta terhadap keluarga.
cinta terhadap kawan.
dan tidak terkecuali cinta terhadap pasangan kita.



tapi boleh ke perasaan suka bertukar kepada cinta?
dah kalau tiap-tiap hari kau dok renung budak bukan muhrim kau, boleh percaya ke kalau hati kau sedikit pun tak terusik.
hai tolong la jangan percaya dengan nafsu jahat.
syaitan laknatullah memang sentiasa tunggu peluang macam ni.
mungkin siang malam kau akan ingat dia.
nak makan pun takde selera.
mandi pun tak basah.
lepas tu mula la kau kata, "oh, i'm in love with you"

ak rasa perasaan macam ni datang daripada nafsu jahat.
kalau tak, tak akan ada yang jenis putus, lepas tu kapel dengan A.
lepas tu putus, kapel dengan B.
dan tak mustahil kalau mengikut urutan alpahabet, mungkin dari A sampai Z la kot dah pernah jadi kapel dia.
huiyyo. ada ke orang yang macam ni?
kalau la hati tu boleh dipegang, dah macam-macam parut tinggal kat situ agaknya.


ak rasa kalau betul dah ada bibit cinta kat seseorang, apa kata kau sorokkan dulu perasaan tu sampai kau rasa kau betul-betul ada niat nak kahwin dengan dia.

dan perkataan tiga kata tu (saya sayang awak) tak akan tercemar.
sebab tiga kata tu hanya untuk orang yang betul-betul dekat dengan kau.
dan paling penting untuk orang yang telah sah jadi hak kau :)


berbahagia la kamu dunia akhirat...

Tuesday, October 18, 2011

taik punya cicak.

salam.

pada satu malam yang sunyi dan sejuk.
ahah! kondisi yang paling sesuai untuk membuta dengan lena.
tanpa membuang masa walau seminit, ak panjat katil double-decker.
pakai stokin, tarik selimut pink. sedia untuk tidur.
*ceh, bab tidur laju aje.


tanpa diduga, setitik cecair jatuh atas muka ak.
pluupp.

kemudian, setitik lagi jatuh.
pluupp.

dan ak terus terjaga dari lena.
dalam keadaan mamai, ak pikir air hujan.
kemudian ak lap cecair tersebut dengan tangan kanan.
niat nak sambung tidur.

tapi ak mula berfikir dengan logik.
"eh air hujan. tingkap punya la jauh dari katil ak."
ak tilik tangan kanan. nampak warna cecair pelik.
ak bau.
BUSUK!

sah. TAIK CICAK!
taik punya cicak!
muka ak jadi tempat kumbahan dia.
nasib ak tak tidur ternganga tahu.
kalau tak, memang selamat terhadam dalam digestive system ak.



ini la nasib orang yang tidur katil double-decker.
tapi ak suka tidur tingkat paling atas.
sebab boleh tidur gaya bebas.

Saturday, October 15, 2011

stalker.

salam.

hai anonymous!
terima kasih kerana sudi jadi stalker ak di formspring.
dan ak sedar ak tidak bergerak sendiri.
ada mata yang memandang rupanya.
tapi mata yang negatif!

kalau tak puas hati dengan ak sila cakap depan-depan.
ak bukan jenis yang pandai bergusti. *wwe pun ak tak pernah tengok*
ak bukan jenis yang suka carik gaduh.
ak terima segala jenis kritikan.
ak bukan tinggal seorang diri di dunia ni.
kita hidup serumpun bukan?!


dan ada kemungkinan juga mungkin kawan ak sendiri yang menyamar jadi anonymous.
kawan makan kawan mungkin.
kau nampak je ak ni jenis yang 'gila'.
tapi sebenarnya ak sangat sensitif. full stop!

ak tahu ak tak ramai kawan lelaki.
hei hello, ak masih straight.
jangan bimbang. lesbian bukan gaya hidup ak.

dan ak selesa dengan status single.
kenapa? kau jeles?
lantak kau la!
ak tak pernah kisah pun.
tapi biasa la manusia.
tak pernah bersyukur.
orang lain ada itu, dia nak jugak yang itu.



dan klu untuk stalker ak:
dia memang budak coursemate ak!

bukti?
dia kenal skandal ak!
gila. semua benda dia tahu. ada stail la kau.
wa salute sama lu.
*gaya macam perempuan je stalker ak ni*
sebab ak rasa lelaki tak akan bertanya benda yang remeh.



welcome to my world again stalker!
dah lama kau tak muncul.
ak pun rindu gila-gila dengan kau sebenarnya.

Monday, October 10, 2011

perempuan yang berunsur tanah.

salam.

kat sini ak saje nak share mengenai perangai perempuan yang berunsur tanah.

tanah: anak pertama. kelima. kesembilan.

1) merendah diri, hormat dan patuh. setia serta rela berkorban.
ohho. ak setia ke? entah. takde pengalaman. ngahaha.

2) tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
oh ak memang langsung tak cerewet nak-nak kalau bab makan. ak makan semua. tolak kayu dengan batu je. nak kata bukan seorang pemarah tu tak jugak. dan bila ada orang tanya kat formspring ak pasal nama pakwe ak yang bermula dengan huruf f, ak langsung tak marah. cuma semput je. alahai stalker ak. pakwe pun ak takde, tetiba dia yang lagi pakar daripada ak ni apa kes??

3) tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
ak tenang ke? ak rasa jenis kelam kabut ade la. harhar. tapi kalau bab bagi sokongan tu boleh la. kawan baik ak memang suka kongsi masalah dia dengan ak sebab katanya ak selalu sokong dia.

4) tidak suka membantah atau membangkang.
haa, yang ni memang kena dengan diri ak. ak tak suka membantah sebab ak malas nak gaduh. dan ak malas nak buang masa dok bertengkar sampai meleret-leret. naik muak tahu!

5) berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
oh kalau ikutkan ak memang suka melawa. tapi kalau nak harapkan ak make-up, memang tak la. ak make up tyme event yang penting-penting je. tapi kalau pergi kelas ke, kalau keluar jalan-jalan ke, compact powder memang wajib. tapi lipstick memang tak akan ada dalam beg ak. yang ada hanya compact powder dan lip ice. lip ice pun ak akan pakai kalau ak ingat. haha.





Thursday, October 6, 2011

soal jodoh terserah pada mak ayah.

salam.

adik perempuan ak bilang dia mahu belajar untuk jadi single.
sebab katanya best.
tak perlu pening kepala nak jaga hati orang.
tak perlu curik masa nak bermesejan.
tapi betul. enset dia taruk merata-rata lepas dia kembali single ni. ahah.
dan kredit dia sangat jimat.
siap boleh share kredit dengan mak ak lagi. hee.

tapi adik ak ni cantik! serius. tak tipu. *muka dia langsung takde iras ak yang macam cina ni*
dia mewarisi gene arwah nenek ak.
arwah nenek ak dulu cantik.
jadi rebutan ramai lelaki.
pernah sekali nenek ak hampir-hampir diculik.
tapi lelaki tu tersalah culik orang lain. haha.
susah jugak jadi orang cantik ni.

takpe la cik zura.
kalau kau nak kahwin dulu pun takpe.
dah ramai sangat tu tengah tunggu kau.
kesian pulak kalau nak tunggu ak kahwin dulu.
oops, jangan tunggu ak sebab ak masih banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

biasa la anak perempuan sulung.
anak harapan.
memang banyak tanggungjawab...
dan kebiasaannya soal kahwin pun diserahkan kat mak ayah je.
dan ak pun termasuk la. kot.

Tuesday, October 4, 2011

bola tenis masuk dalam baju tu.

salam.

minggu ni dah berapa kali ak asyik dengar pasal tenis.
ni yang ak rasa nak bukak rahsia yang dah lama ak peram. haha.

masa zaman matrik, ak suka cuba benda yang baru.
termasuk la aktiviti sukan.
kalau badminton, ak dah terlalu bosan.
maka, ak cuba main tenis.
konon berlagak nak main macam dato' nicole ann david. hui3.

kebetulan, court tenis betul-betul mengadap asrama boys.
lagi membara semangat ak nak main tenis.

nak dipendekkan cerita, suatu petang, ak turun la court tenis.
ada seorang budak lelaki kelas ak nak lawan tenis dengan ak.
ak pun layan je la.

masa turn dia untuk balas pukulan bola, dia pukul bola tenis sampai masuk dalam baju ak!!
what the foo...
pergh, mantap siot.
bola tenis tu rilek je terbang masuk dalam baju ak.
eh, ello.
ak pakai baju labuh okay masa tu.
gila apa ak nak pakai baby-t masa main tenis.
ak masih lagi sayangkan aurat ak.

ak rasa masa tu, ada angin sepoi-sepoi bahasa.
pastu, ak pakai baju jenis besar. *padahal tuan punya badan kecik je.
elok je dia pukul bola. kemudian terus GOAL masuk dalam baju ak.
wahaha.

tapi takde la pulak rasa sakit bila kena hentam dengan bola tenis tu.
sedar-sedar je, bola tu dah masuk dalam baju.
walaweyhs. malu giler.
dah la masa tu ak tengah ngadap blok asrama lelaki.
memang cantik la.





.BUKAN gambar main tenis.

.tapi gambar nak mintak pelempang.




Sunday, October 2, 2011

kelebihan bagi orang yang kurang cantik.

salam.

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK.

saya tahu saya tak cantik..tapi saya tahu saya tetap ada kelebihan walaupun tak cantik.

kerana saya tak cantik, saya tak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

kerana saya tak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tak jaga pandangannya.

kerana saya tak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis yang mencairkan iman lelaki.

kerana saya tak cantik, saya tak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

saya tahu saya tak cantik pada pandangan manusia.
maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada pandangan Allah.
kerana saya sedar, bukan kecantikan dunia yang saya kejar tapi kecantikan akhirat kelak.

*copy paste from iluvislam.



dan ak sedar.
memang ada kebenarannya.
alhamdulillah. masih terselamat daripada pandangan lelaki yang kurang jaga pandangannya.
mungkin satu kelebihan untuk ak pulang lewat malam demi final year project.
tapi masih perlu bergerak secara berkumpulan okay.
no single mingle.



Saturday, October 1, 2011

tension. mari kita senyum.



tak perlu nak serabutkan kepala.
mari kita kahwin!!


oops, salah entry.
mari kita senyum.


masa ak bertungkus-lumus buat kerja dalam lab,
ak sentiasa senyum sebab ak nak elakkan diri ak daripada mengamuk.
kesabaran adalah sangat perlu ketika bekerja dalam lab.

so, no wonder la ak dapat bertahan dalam lab sampai jam 10.30 malam.

:)