Thursday, September 15, 2011

salah bilik rupanya.

salam.


dah masuk tahun tiga pun tapi masih dapat stay kolej.
alhamdulillah. tak payah susah-susah nak carik rumah sewa kat sekitar um ni.
ak pun takut kalau nak stay rumah sewa lagi-lagi kat vista.
haila. kat situ senang sangat orang nak pecah rumah.

okay. bila dah masuk semester baru ni, maknanya bilik pun bilik baru la.
tapi rumate masih sama. kami selesa bertiga. sekepala.
dan blok pun blok sama je. cuma aras je yang berbeza.

dan masalah ak ialah ak susah nak sesuaikan diri dengan bilik baru.
bukannya susah apa pun.
cuma selalu salah lokasi bilik. haha.
ak tak taw nape ak suka sangat aim bilik sebelah ak ni.
setiap kali lepas masuk toilet, mesti ak blur nak masuk bilik mana.

selasa lepas, ak puasa.
kelas abes kul 5 petang. agak penat.
so, ak cuba la tidur-tidur ayam kejap.
nak-nak tenet pun takde. lagi la boring.
dalam kul 6 lebih, ak pergi toilet. mata mamai lagi sebenarnya.
lepas tu, kononnya ak nak masuk bilik ak la.
ak bukak je pintu, semua diam dan pandang ak.

laa, ak silap bilik rupanya. wakaka.
lama la jugak ak berdiri depan pintu tu sebab pelik nape muka rumate ak berbeza.
puas ak cuba betulkan balik otak ak yang masih mamai.
sampai la budak-budak kat dalam bilik tu jerit, "la, salah bilik rupanya"
baru la ak tersedar dari mamai. haha.

lepas tu, ak terus lari masuk bilik ak.
MALU TAHU!!



5 comments:

dayu_myself said...

hehehe...
btul laaa....ssh kan nk adpt ngan bilik bru..
kite pon sme,dah la tngkt 4..
pstu blok tak best plak..huk333...
sedih333.....

cik_paan said...

hahahahaha..
kalau aku, mesti terlajak bilik...
lagi satu, orang sebelah bilik tu pun ade selipar belang2 tu...memang konpius kdg2

fazrulnoor said...

oi budak kecik...malu giler2..hahahahahhaha...tp ko mmg best la..kalau jadi lagi, aku cdg kan, ko terus je masuk bilik dierorg dan terus buat2 tido kat situ..hahahah

buDAK keCIK said...

dayu: sabar2. yg pnting dpt klj. x yah sibok2 nk carik umah sewa kan. ngee

paan: oh selipar belang ko yg tertarik mmg da bomb tu ke. baik ko hati2, jgn jd mamai cam ak plk. haha

fazrulnoor: mmg malu weyh. bernas gak cadangan ko. nnti ak try buat cenggitu. wakaka

fazrulnoor said...

hahahha..terbaeq la