Tuesday, September 27, 2011

miss him a lots


salam.

miss him a lots!

sakit jugak menahan rindu ni rupanya.

anak kucing ak yang paling hensem di dunia ni, memang sangat kamceng dengan ak.
cuti semester ak banyak habiskan masa dengan dia.
bangun tidur je, terus pergi carik dia.
sebelum tidur pun ak mesti cium dia dulu.

sekali ak dah sayang, memang ak akan sayang ketat-ketat.
sepuluh tahun dulu, ak dah pernah rasa kehilangan kucing kesayangan ak.
sakit memang sakit.
penat ak tahan air mata ak.
tapi tumpah jugak bila tengok dia kaku.
walaupun binatang je pun, tapi bila dah sayang nak buat macam mana kan.

lepas tu, mak ayah ak bela kucing lain pun, ak buat dek je.
malas nak layan sebab takut rasa sayang tu bercambah lagi.
sekali perasaan tu bercambah, memang susah nak hilang.
...walaupun dia dah takde... :'(

dan sekarang, rasa sayang tu dah mula bercambah. lagi sekali.
hanya kerana anak kucing tu.

...dia. nakal.
suka panjat pokok. pastu, tak reti nak turun sendiri.
sudahnya, ak carik kerusi capai tangan dia.
bila ak dapat dia, ak membebel kat dia.
dan mata dia dikedipkan, tanda faham. kot.

ak suka usap dia sampai dia tertidur dalam dakapan ak.
mungkin dia rasa hangat. dia tidur dengan lena. ak bahagia :)



tapi sejak ketiadaan ak di samping dia, dia kurang makan.
mak ak kata dia dah sedikit kurus.
dan dia juga demam.
demam rindu ke?
rindu ak eyh sayang??
wah, rasa macam nak terbang balik kelantan sekarang jugak!





.ak pun rindu sama kamu sayang.



8 comments:

dayu_myself said...

alhai..
ske sngt ngan kucing ye cik bdk kecik ni...
hehehe...comel la kcing tu...
mta die bult,x sme ngn tuan die yang sepet..hehe

buDAK keCIK said...

sbb tu la kte syg dia. sbb mata dia bulat. ngahhaha

Run Away said...

sy shukew kucing..../salam..kenal...;d

buDAK keCIK said...

salam kenal..

wah!kte sama2 pncinta kucing :)

fazrulnoor said...

x suke sgt kucing. tp x la benci. malas nak kemaskan dia n jaga..ihihihi

buDAK keCIK said...

x susah nk jaga dia.. juz mandikan sekali smnggu sudah.

pas2 dakap dia puas2. ngee

HEROICzero said...

suka main , tapi x suka bela . malas . ha ha ha .

buDAK keCIK said...

whoa, mmg best kalu main ngn kucing tahu. sbb mereka manja!!