Wednesday, September 7, 2011

ciuman ikhlas dari baby.


aish irrisya zulaikha


salam.



adoi, pantang betul ak bila tengok baby bermata bulat macam aish ni.
memang selalu la jadi mangsa cubit ak.
geram tahu.

baby aish ni merupakan anak sepupu ak, kak zaza.
merangkap anak sedara si chong.
maknanya aish adalah anak sepupu ak.

masa majlis nikah chong, ak la yang tolong dukung aish sebab mummy dia busy dok melayan tetamu.
pastu tetiba aish ni meragam sebab nak tido.
so, ak cuba la main-main dengan dia.
kang nanti tetiba je aish ni meraung, tak ke semua orang pandang ak nanti.
haa, nanti keluar isu dera baby pulak.

ak saje muncungkan mulut ak sebab nak tarik perhatian dia.
tetiba, si aish ni diam pastu dia renung je mulut ak.
tak semena-mena, baby aish cium mulut ak. wahaha.
tak cukup dengan cium, dia ambik jari dia pastu dia sumbat dalam mulut ak.
agaknya dia geram tengok mulut ak. walaweyh.

ak cuba buat muncung lagi sekali, dia cium lagi.
okay, sekarang ak dah tahu cara nak suruh baby aish diam. keh3.

2 comments:

fazrulnoor said...

baby girl xpe..boy jgn.

buDAK keCIK said...

eh, boy pun boleh apa. baby je kan. kui2