Tuesday, September 27, 2011

miss him a lots


salam.

miss him a lots!

sakit jugak menahan rindu ni rupanya.

anak kucing ak yang paling hensem di dunia ni, memang sangat kamceng dengan ak.
cuti semester ak banyak habiskan masa dengan dia.
bangun tidur je, terus pergi carik dia.
sebelum tidur pun ak mesti cium dia dulu.

sekali ak dah sayang, memang ak akan sayang ketat-ketat.
sepuluh tahun dulu, ak dah pernah rasa kehilangan kucing kesayangan ak.
sakit memang sakit.
penat ak tahan air mata ak.
tapi tumpah jugak bila tengok dia kaku.
walaupun binatang je pun, tapi bila dah sayang nak buat macam mana kan.

lepas tu, mak ayah ak bela kucing lain pun, ak buat dek je.
malas nak layan sebab takut rasa sayang tu bercambah lagi.
sekali perasaan tu bercambah, memang susah nak hilang.
...walaupun dia dah takde... :'(

dan sekarang, rasa sayang tu dah mula bercambah. lagi sekali.
hanya kerana anak kucing tu.

...dia. nakal.
suka panjat pokok. pastu, tak reti nak turun sendiri.
sudahnya, ak carik kerusi capai tangan dia.
bila ak dapat dia, ak membebel kat dia.
dan mata dia dikedipkan, tanda faham. kot.

ak suka usap dia sampai dia tertidur dalam dakapan ak.
mungkin dia rasa hangat. dia tidur dengan lena. ak bahagia :)



tapi sejak ketiadaan ak di samping dia, dia kurang makan.
mak ak kata dia dah sedikit kurus.
dan dia juga demam.
demam rindu ke?
rindu ak eyh sayang??
wah, rasa macam nak terbang balik kelantan sekarang jugak!





.ak pun rindu sama kamu sayang.



Sunday, September 25, 2011

layan rugbi la der.

salam.

siapa suka layan rugbi??
walaweyhs, ak TERtengok sukan rugbi di channel 801 (arena).
pemainnya pula PEREMPUAN okayh.

Tongga vs Singapura.
pemain dari Tongga berbadan besar tahu.
pemain dari Singpura pula berbada kecik-kecik.

so, paham-paham la bila besar lawan kecik.
pergh, kuat bebenor si besar rempuh si kecik.
seram ak tengok!!

akhirnya kumpulan si kecik yang menang (Singapura).
yeay! (opkos la ak support geng si kecik sebab kami kan dari saiz yang sama. haha)
kesimpulannya kecik bukan sebarangan kecik ea.
**ceh, tak abes-abes lagi dengan isu kecik dia.. kahkah.

masa zaman MRSM dolu-dolu, ak TELAH cuba main rugbi.
sebenarnya dalam keterpaksaan. hua3.
tyme ak main rugbi, masyaAllah ramai gilak yang berminat nak rempuh ak.
maklum la. ak kan terlampau lembut. (eh, ye ke??)
senang-senang je dorang dapat rebut bola dari ak!! huh!

kalau macam ni gayanya, baik ak main futsal je.
maklum la ak kan bakal makwe khairul fahmi.
so, kena la terer main bola sikit-sikit.
nanti boleh la kami sama-sama dating kat padang bola.
jimat sikit duit.
di samping dapat diet sekali. harhar




Wednesday, September 21, 2011

dah biasa jadi kecik ni.

salam.

waktu ak kecik-kecik dulu ak selalu jadi perhatian orang.
**mungkin sebab comel sangat kot. walaweyhs, terangkat bakul sendiri la pulak.
nama lagi budak kecik.
budak kecik semuanya comel-comel.
sape yang tak comel tu, gamaknya dia tu alien la kot.
eh, tapi alien pun kiut.
erk, rupa alien tu camne ek?

bila dah ada sesi melawat sedara mara tu, terutama tyme raya.
haa, masa tu memang ramai la yang puji ak.
mereka kata kaki ak nampak macam panjang. ni mesti tinggi lampai bila dah besar.





tapi kebenarannya, ak ni kecik je. (nak kata pendek tak sampai hati la pulak. kuang3).
sampaikan, ada yang kata ak ni masih sekolah menengah. hua3.
ok lettew. perasan awet muda sikit. kahkah.


Monday, September 19, 2011

tindakan berani seorang perempuan.

salam.


pada suatu hari, si lelaki sedang makan di hadapan tangga sambil ditemani oleh sang ibu.
dari sudut lain, kelihatan seorang perempuan sedang memerhati gerak geri si lelaki.

kemudian, si perempuan telah mengambil langkah pertama dengan mendekati si lelaki.
si perempuan duduk bersimpuh di sisi si lelaki tanpa mengendahkan kehadiran sang ibu di situ.

lepas selesai makan, si lelaki mula angkat punggung dan berjalan mundar mandir.
yang hebatnya si perempuan setia menemani si lelaki walaupun si lelaki buat dunno je.
ceh, jual mahal gak lelaki nih!!

tapi sekeras-keras lelaki, akhirnya dia tetap tewas dengan kesetiaan perempuan tersebut.
akhirnya dia mula pimpin tangan perempuan itu dan menuangkan segelas air untuk si dia.
mereka sama-sama minum.

wah! romantik!!




okay fine.
cerita ni berdasarkan kisah benar sepasang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
umur mereka dalam lebih kurang 3-4 tahun..
weewiit, ak pun kalah tahu.
ak sendiri tengok dengan mata kepala ak. bukan dengan kepala lutut ak okayh.

Thursday, September 15, 2011

salah bilik rupanya.

salam.


dah masuk tahun tiga pun tapi masih dapat stay kolej.
alhamdulillah. tak payah susah-susah nak carik rumah sewa kat sekitar um ni.
ak pun takut kalau nak stay rumah sewa lagi-lagi kat vista.
haila. kat situ senang sangat orang nak pecah rumah.

okay. bila dah masuk semester baru ni, maknanya bilik pun bilik baru la.
tapi rumate masih sama. kami selesa bertiga. sekepala.
dan blok pun blok sama je. cuma aras je yang berbeza.

dan masalah ak ialah ak susah nak sesuaikan diri dengan bilik baru.
bukannya susah apa pun.
cuma selalu salah lokasi bilik. haha.
ak tak taw nape ak suka sangat aim bilik sebelah ak ni.
setiap kali lepas masuk toilet, mesti ak blur nak masuk bilik mana.

selasa lepas, ak puasa.
kelas abes kul 5 petang. agak penat.
so, ak cuba la tidur-tidur ayam kejap.
nak-nak tenet pun takde. lagi la boring.
dalam kul 6 lebih, ak pergi toilet. mata mamai lagi sebenarnya.
lepas tu, kononnya ak nak masuk bilik ak la.
ak bukak je pintu, semua diam dan pandang ak.

laa, ak silap bilik rupanya. wakaka.
lama la jugak ak berdiri depan pintu tu sebab pelik nape muka rumate ak berbeza.
puas ak cuba betulkan balik otak ak yang masih mamai.
sampai la budak-budak kat dalam bilik tu jerit, "la, salah bilik rupanya"
baru la ak tersedar dari mamai. haha.

lepas tu, ak terus lari masuk bilik ak.
MALU TAHU!!



Tuesday, September 13, 2011

ponteng kelas?!

salam.

ehem-ehem.
saje nak buat pengumuman yang ak dah sampai um.
alhamdulillah..

tapi mood cuti tu masih bersarang di hati.
dah jadi sarang layang-layang gamaknya.
okay lettew. boleh buat jual. ye dak. cepat sikit kaya. keh3

walaupun malas tapi tetap ku gagahkan diri menuju ke kelas.


oh setan tidak berjaya menghasut ak untuk ponteng kelas.
padan muka setan!! haha.


Wednesday, September 7, 2011

alamak. seluar pengantin koyak.!!

salam.


lokasi: rumah pengantin lelaki (chong)
masa: 12.15 p.m (sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan)


mama chong: arih, cepat la. semua orang dok tunggu dah ni. kan kita dah janji nak sampai rumah anis (pengantin perempuan) pukul 12 tengahari.

chong: kejap la mama. arih nak betulkan kain samping ni. okay dah siap. bereh. jom gerak.


masa dia tunduk nak pakai kasut, ade keluar bunyi dari seluar dia... prakkkkkkkkkkkkkk

chong: weh, alamak. seluar ak koyak ke? cop2. nak masuk check jap.



selang 3 minit kemudian.

chong: wei, seluar ak koyak ni. camne ni?

ak: ala, kan kau pakai kain samping. konpem tak nampak punya. lagi pun kau pakai boxer kan. oh lupa. kau ni mana la pandai pakai boxer.

ayah ak: takpe-takpe. nanti nak jalan tu, kepit-kepit la sikit. konpem takde orang nampak.



kahkah. lawak la sepupu ak yang sekoq ni.
masa orang kalut nak berangkat rumah bini dia tu la, seluar dia nak koyak.
dah la dia bersiap paling lambat. seluar pulak koyak!!
tu la pasal. sape suruh kau gemok sangat.
lain kali dah taw nak nikah bulan syawal ni, cuba la control makan masa bulan ramadhan.
haila.




muka nervous tyme nak akad nikah. hee



ciuman ikhlas dari baby.


aish irrisya zulaikha


salam.



adoi, pantang betul ak bila tengok baby bermata bulat macam aish ni.
memang selalu la jadi mangsa cubit ak.
geram tahu.

baby aish ni merupakan anak sepupu ak, kak zaza.
merangkap anak sedara si chong.
maknanya aish adalah anak sepupu ak.

masa majlis nikah chong, ak la yang tolong dukung aish sebab mummy dia busy dok melayan tetamu.
pastu tetiba aish ni meragam sebab nak tido.
so, ak cuba la main-main dengan dia.
kang nanti tetiba je aish ni meraung, tak ke semua orang pandang ak nanti.
haa, nanti keluar isu dera baby pulak.

ak saje muncungkan mulut ak sebab nak tarik perhatian dia.
tetiba, si aish ni diam pastu dia renung je mulut ak.
tak semena-mena, baby aish cium mulut ak. wahaha.
tak cukup dengan cium, dia ambik jari dia pastu dia sumbat dalam mulut ak.
agaknya dia geram tengok mulut ak. walaweyh.

ak cuba buat muncung lagi sekali, dia cium lagi.
okay, sekarang ak dah tahu cara nak suruh baby aish diam. keh3.

Monday, September 5, 2011

jom nikah!!




salam.

hari ni tanggal 6 september 2011 bersamaan dengan hari selasa, baru la ak dapat online setelah bertungkus lumus dengan persiapan kahwin... sepupu ak. bukannya ak. mmuahaaha.
saje nak buat gempak.

haa, gambar pasangan sejoli kat atas tu gambar sepupu ak, chong a.k.a. arif dengan isterinya yang telah selamat dinikahkan dengan sekali lafaz je.
caya la si chong ni.
tu pun, nasib baik ayah ak paksa dia berlatih malam sebelum dia nikah.
ayah ak berlakon jadi tok kadi.
terketar-ketar dia masa dia tengah berlatih malam tu.
sampaikan kaki dia dah bertukar jadi biru sebab sejuk. punya la nervous.
ak kat tepi dia dah rasa macam nak tergelak guling-guling kat situ. tapi ak tahan je. sebab nanti kang dia malu pulak nak berlatih. kahkah





hadiah perkahwinan untuk sang isteri, seutas gelang tangan.





ni giliran family ak pula untuk bergambar bersama raja sehari.








ni la tukang penyibok masa akad nikah.
ceh, gaya macam dia je yang nak kahwin.
nak ambil berkat la katakan. ngee :)



alahai chong.
kau dah jadi milik penuh bini kau.
lain kali kau jangan nak sibok usik-usik ak lagi. **entry ak dengan chong**

kang nanti bini kau jeles dengan ak, camne tu??

chong,
jaga bini kau baik-baik ea.
jadi la suami yang boleh membimbing isteri dan anak-anak kau ke jalan-Nya. amin.
insyaAllah...