Monday, August 1, 2011

wei, nanti ak rindu kau!!

salam.

alhamdulillah, ak masih berpeluang untuk menyambut ramadhan untuk tahun ini.
lupakan bazaar ramadhan. lupakan biskut raya. lupakan baju raya. buat seketika.
mari kita sama-sama meningkatkan amal ibadah untuk ramadhan ini.
siapa tahu, mungkin tiada lagi ramadhan untuk kita pada tahun hadapan.

oh, masuknya bulan ramadhan.
bermakna bulan syawal juga bakal menjelma.
oh, tiada lagi sepupu yang boleh bergelak tawa di sisi.
kerana dia bakal menjadi hak sepenuh isterinya.
makanya tiada lagi hak ak untuk membuli dia. eh, ye ke? bukan dia ke yang selalu buli ak.

sepupu ak lebih dikenali sebagai ah chong bukan ah chai dalam kalangan rakannya.
dia tua 2 tahun dari ak.
sejak dari kecil lagi, kami memang rapat.
di mana ada dia, mesti ada ak.
sehinggakan ada seorang hamba Allah mengatakan yang kami adalah pasangan tunang.
what the foo!! haha

tapi tipu la kalau ak kata ak tak pernah tersuka kat dia.
ye la. kan ak dah kata kami memang rapat.
dia pulak suka usik-usik ak.
selalu main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main masak-masak. semuanya bersama.
tapi bila dah besar macam ni, baru la rasa alahai bodohnya ak boleh tersuka kat si ah chong ni.
wakaka.

ak dah anggap dia macam abang ak sendiri.
nak-nak ak ni kan anak sulung.
memang kekurangan kasih sayang seorang abang pun.

sampai besar macam ni pun, kami masih rapat.
selalu berhubung sebab dia yang selalu kol ak.
tapi selalunya kalau dia gaduh dengan tunang dia, baru la terhegeh-hegeh nak carik ak.
huh! sengal punya sepupu.

dan dia pernah pass nombor ak kat kawan-kawan dia.
sebab katanya dia tak suka tengok ak masih single.
alahai, gayanya macam nak tolong promosikan diri ak je.
terima kasih je la.

chong, ak lagi senang dengan status single.
tak perlu tolong carikan pasangan untuk ak okay!?
kau tu yang kena pikir pasal masa depan kau yang bakal bergelar suami orang!
alahai mudanya sepupu ak ni nak kawen.

alamak chong! nanti siapa nak buli ak lagi??
ak bakal merindui zaman bujangmu. haha.

12 comments:

sleeping_maniac90 said...

hahahaha...
bestnyer ad spupu cm tuh..
ak xbpluang nk ad spupu laki cm tuh sbb dorg gatal2...
grrr.... mls den nk lyn..

dayu_myself said...

hehehe..
cewah3...sepupu saya semua kecik3 lgi..tak bleh nak buli membuli..hahaha

single??saye suke itu..
eh2..bkn dah ade byk skndal ke kat IVM??hak3

hafiz said...

alolo sheeweet...=p

naz said...

cakap ahchong kasi no awak kat saya haha

shafmechy said...

best tgk org rapat ngan sepupu..sy pelik, nape waktu kecik sy rapat ngan sepupu, tp bila besar, masing2 malu..mungkin jarang jumpa kot, masing2 sekolah berasrama, masuk universiti pun tinggal kt kolej...hmm

roq said...

wah...suwit2...

singgah2 la sini :)

Far8 budak baik said...

waaahhhh cong tu macam syok kat
kau je..cume dy tak tahu
cam ner nak luah kan kat kau..
tapi sepupu kn..x sonok kawin sepupu..rapat sgt..cari ar jauh2..
hihihihi

ghost writer said...

mana leh terus bersama.ko pun satu masa nanti akan ada komitment ngan orang lain.

tapi apsal ko tak abihkan nama panggilan 'ak' tuh..tinggal nak taip 'u' jer kan..hihi

adan said...

acong tu cina ke? rapatnyer korang..

buDAK keCIK said...

sleeping_maniac90: whoa, sgt best bila rapat ngn sepupu laki sbb dia sporting. ngee

dayu: erk, byk skandal? wahaha. tu bkn dayu ke? ;p

hafiz: sweet? a'ah rasa cam coklat. hhaha

naz: xpe la. trima kasih je la. bhahah

shafmechy: btul2. bila dh bsr2 ni, rasa lain mcm plk nk rapat ngn dorang. kalu dulu tu prkara biasa nk sekeh2 dorang pun. haha

roq: so sweat! haha

far8 budak baik: a'ah. langsung x syok kawen sepupu. ala, dia mmg semulajadi suka usik ak. nk wat cmne kan. erk, apa kata ak kawen ngn ko je la. jauh gak kan. hahaha

ghost writer: stail ak kot. ngee ;p

adan: dia tu malay mcm ak la. kami kan sepupu. tp disebabkan muka dia mcm cina maka kwn2 dia pnggil dia ah chong. hee.

Far8 budak baik said...

hahahaha..wehhh jgn cakap gitu..
merah dah muka aku..
hahaha...
mmg tak pandai nk update ker???

buDAK keCIK said...

far8 budak baik: asal ko asyik ckp ak x pndai nk update ni?? x phm la...