Thursday, August 4, 2011

tak rock la main mercun siang hari

salam.

di saat ak sedang menaip entry ni, diri ak dikelilingi dengan bunyi mercun.
kebabom. kebabom.

siang-siang hari pun dorang main.
haila. langsung tak syok main siang hari.
takde nikmat tahu?

teringat zaman ak dengan sepupu-sepapat ak main mercun dulu-dulu.
dulu, ak la hero. bukan lagi heroin.
balik kampung, ak dah get ready dengan beraneka mercun.
dari mercun bawang sampai la mercun bola.
erk, ak tak pernah cuba main meriam buluh. sebab takde sape nak ajar ak main cara tu.
kita main mercun kedai je la. haha.

bebudak kat kawasan kampung ak ni suka sangat lawan mercun sape paling kuat.
ak apa lagi.
terus join. rasa membara tahu bila dengar mercun sana sini.
ak nak kasi kuat bunyi mercun bola ni, ak baling dalam kolam kosong atok ak.
bergema satu kampung. puas hati ak. kahkah.

pernah satu ketika, konon nak kasi tinggi la mercun roket tu.
ak taruk mercun roket dalam botol plastik kosong tapi ak lupa nak letak batu kat tepi botol tu.
apa lagi, terus botol tu jatuh tanpa sempat ak mengalihkannya.
dan mercun roket ak tu straight masuk rumah jiran depan rumah.
fuh, nasib la penghuni rumah tu tak pakai kain pelikat.
kalau tak, maunya mercun tu straight masuk dalam kain. keh3.

pakcik ak lagi terer.
main mercun pakai towel je.
tak sempat-sempat nak salin baju disebabkan kemaruk sangat nak main mercun. haila.

ada satu malam tu, kami main lawan mercun dengan jiran kampung sebelah.
tup-tup ak dengar walkie talkie polis.
rupanya ade polis datang rumah jiran sebelah.
mencicit kami lari masuk rumah. haha.
lepas tengok line dah clear, kami sambung balik main mercun yang tergendala.
itu lah ak kalau dah kemaruk sangat nak main mercun.

sekarang pun, walau umur dah layak untuk jadi mak budak.
tapi keinginan nak main mercun tu masih membuak-buak.
ala, kalau ak main pun takde orang kisah langsung sebab ak kan kecik. haha.
untungnya jadi budak kecik...

5 comments:

ghost writer said...

bagi sepantun dari tanah skandinavia sat.

budak-budak bermain mercun
main mercun di siang hari
main mercun macam minum racun
silap hari tak ade jari.

wah,teruknya pantun aku.haha!

buDAK keCIK said...

wah, ghost writer!!

pandainya ko berpantun. bravo! kalu nk suruh ak brpantun, mmg tak la kan. ngeh3

cik_paan said...

dah layak jadi mak budak?
huh?

buDAK keCIK said...

paan: layak ke?? haha

dayu_myself said...

hahaha...btul r best gile main mrcun..
dulu2 best,rmi kwan..
skng sume dh bsr,
nk kuar umh pun ssh..
hihihihi