Wednesday, August 3, 2011

perempuan ni simbol apa ea??

salam.

semua orang tahu kan perempuan ni dilabelkan dengan simbol apa.
kalau still tak tahu, sila tanya sang lelaki. laju je mereka jawab. bhaha.

ak sebenarnya jarang tengok tv bila balik rumah ni.
sebab selalu tolong mak kat dapur. ceh, berlagak rajin rupanya budak sekoq ni.

semalam, ak TERbukak tv sebab yang lain semua pergi terawih.
tinggal la ak sorang-sorang kat rumah.
jangan tanya ak kenapa ak tak pergi terawih sebab ak segan nak jawab. mmuahaha.

masa ak dok khusyuk layan iklan tu,
tetiba ada la keluar iklan pasal kurma.
pasal kurma okay. makanan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. ketika berbuka dan bersahur.
dan ak perasan yang iklan tu ada selitkan pasal mata perempuan yang berpurdah.
dan suara seorang perempuan yang macam dalam keadaan gersang. konon seksi la.
pergh, apa jadahnya nak selitkan benda-benda macam tu??
konon untuk pelaris la.
hampes.

dan banyak lagi iklan yang ada perempuan seksi.
dah la seksi. pakai baju kaler merah menawan pulak tu.
haila.
nampaknya orang yahudi dah berjaya menerapkan 'nilai-nilai murni' dalam kehidupan masyarakat kita.

so, sang ratu a.k.a. perempuan. tidakkah anda rasa diri kita ni sedang dipermainkan?
kita merupakan ciptaanNya yang paling indah.
tahukah anda, dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu "rahim".
perkataan ni diambil dari nama Tuhan yang bermaksud "Maha Penyayang".
dan dalam rahimlah wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Dia ciptakan.

oh, ak rasa sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang perempuan.
syukur alhamdulillah...

9 comments:

adan said...

iklan tu untuk melariskan jualan.. orang suka tgk wanita.. so wanita dijadikan model.. klu lelaki buat aksi gersang reaksi wanita? agak2?
ahahaha

cik_paan said...

lelaki pun ade je yg simbol itu...

terutamanya yang hot hot tu
ade je iklan yang gune lelaki hot hot ni (ok, memang hot giler iklan tu hik!)

tapi ramai gune pompuan kan?
sebab kalu lelaki suke tengok pompuan seksi

yang pompuan nak jadi cam model iklan tu, seksi...

naz said...

i sgt bertuah di lahirkan seorang lelaki tapi tak bertuah selalu tgk wanita seksi hahaha

hafiz said...

lain kali bukak lah terawikh dari mekah..=p

ghost writer said...

yusuf tayoooooob....

haha.muncul 12 bulan sekali jer.

buDAK keCIK said...

adan: kalu laki yg buat cenggitu, ak buat dunno je. ahahah

cik paan: ade sesetengah pompuan seksi lg suka kalu byk gilak laki yg dok usha dia. konon dia tu hot stuff la. yg tu jenis pompuan yg BUKAN limited edition. hehe

naz: x brtuah ke kalu slalu dpt tgk pompuan seksi?? keh3

hafiz: masalahnya tyme ak bukak tv tu, xde la plk solat terawih dri mekah tu...

ghost writer: pndai pun ko! mmg la muncul 12 bln skali je. tu yg ko slalu nk tgk sbb iklan limited edition kan. haha

Far8 budak baik said...

simbul ape wehh??tak tahu
seyes blur..hahaha..
tapi tu ar kn..iklan kurma..
letak pempuan disitu..
sebab nk laris konon..
tapi baik letak aku..
lagi betambah laris..
hahahahahahaha =)

buDAK keCIK said...

erk, ko mmg seorang yg jujur. ko tnya je kwn ko yg lain. konpem dorang taw.

ye ke kalu letak ko bley laris? haha

dayu_myself said...

hehhehe..
plin x bleh blah,ikln deodrnt llki tu..
make it rain Girls..erkk..gile pe..
hahaha