Tuesday, August 16, 2011

mandi bunga vs andartu

salam.

mak A: kau ni umur dah nak masuk 30 tapi tak kawen-kawen lagi. anak kawan mak yang baya kau ni dah beranak pinak pun. kau ni bila lagi? nak tunggu kucing bertanduk, baru kau nak kawen?? esok ikut mak pergi mandi bunga, biar cepat dapat jodoh.

A: mandi bunga??

lebih kurang macam tu la dialog mak-mak yang takut anak daranya jadi andartu.

mandi bunga ialah mandi yang bertujuan untuk membuang sial dan menaikkan seri seseorang. konon untuk mempercepatkan jodoh. mandi bunga biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bunga yang dipetik ketika pagi masih berembun.


persoalannya, ada lagi ke anak dara yang mengamalkan mandi bunga ni??


memang betul. kita sebagai hamba Allah, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. jangan la pulak kau duduk bertapa dalam rumah. kalau macam tu, bilanya kau nak jumpa jodoh kau. cuba la join aktiviti kemasyarakatan ke. join persatuan u ke. join projek kolej ke. terbukak la sikit mata kau nak intai sape pun. ni tak. kalau duduk bertapa dalam rumah, kau boleh tengok muka parents kau dengan adik beradik kau je la. komang-komang dapat la jugak intai anak jiran depan rumah yang ensem. tu pun intai guna tingkap je la.

apa kata kita cuba amalkan cara islamik dengan mengamalkan surah yusof setiap hari dan buat solat sunat hajat. insyaAllah, Allah Maha Mendengar. kan hati kita ni Allah yang pegang. hanya pada Dia kita berserah...




cantik tak inai ni?
hei, ak yang BUKAN pengantin pun boleh jugak la pakai inai ni ;p



sumber dari sini

14 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

kalau kita berdoa n amal2 ayat2 al-quran lagi bagus kan...

aka ada jugak jdoh kita...cuma cepat or lambat ja kan..

hafiz said...

so apa lagi? blh r carik. jumpe lelaki pemalu lg..hehe..btw gmbar inai tu ur pic ek? amek gmbr dekat esclator? =p

buDAK keCIK said...

ila honeybunny: btul2. rasa sejuk je hati amal ayat Quran...

hafiz: aiseh lelaki pemalu ea? ekeke

sleeping_maniac90 said...

insyaAllah..
masing2 ad jdoh msing..
cuma cpt atau lmbt je.. hehehehe

syrupmasin said...

err..kalu laki pakai inai macam tuh org kate gile ta?? :D

HEROICzero said...

lelaki kena mandi bunga tak ? ha ha .


takdir . itu ketetapan Dia .

buDAK keCIK said...

sleeping_maniac90: semuanya dh tersurat di Luh Mahfuz...

syrupmasin: erk, apa kata kalu ko try pakai inai dulu?? hehe ;p

HEROICzero: walaweyhs laki nk mandi bunga gak ke?? wakaka

xde sape bley lawan takdir Dia

muhamad hanif said...

yeaahh,

amalan-amalan yang bidaah tu kita tinggalkan ok.


renung-renungkan dan selamat beramal =)

fazrulnoor said...

kalau nak dapat jodoh kne hensem2 bg laki n kene cun2 bg pmpuan

stuck said...

betul...cara islamik baru betul..=D

Far8 budak baik said...

kn kn karut je mandi bunga tu..
baik bace surah yusof tu..
nnti insyaAllah berseri seri
macam nabi yusof kn..=)

misz molecule said...

haha.rase cam karut je smue tu.

done anta emel sal tu.

emel ni kan?


dr.pink_90@yahoo.com

sifu im said...

alah..klu dh lom smpai jodoh..mandi guna pasu bunga pon, xkn de gak..yg penting berdoa..huhu

buDAK keCIK said...

muhamad hanif: selamat beramal juga :)

fazrulnoor: cantik adalah subjektif. kan?!

stuck: di samping amalkan amalan islamik, bley gak tambah pahala :)

far8 budak baik: insyaAllah, berseri2-seri la kita

misz molecule: a'ah btul email tu. thanx yaa >.<

sifu im: mandi guna pasu bunga?? haha

betul! yg pnting doa kita..