Friday, August 5, 2011

kisah hati

salam.

ini cerita tulus dari kisah hati ak.
(wah2, sejak bila entah ak belajar jadi orang jiwang ni!)

ak mengagumi dia dalam diam.
bukan kerana rupanya.
dan bukan juga kerana hartanya.
tapi ak kagum kerana pegangan agama dia dan akhlaknya!
dan kerana mu ya Allah, ak mula terfikir untuk menjadikannya imam dalam rumahtanggaku kelak agar dia boleh membimbing ak dan membawa diri ak lebih dekat kepada-Mu.

ya Rabb,
ak yakin bahawa Kau tahu bagaimana rasa kagum itu bermain dalam hati ak saat ini.
bahkan rasa kagum itu semakin mendekat ke arah suka dan juga cinta! masyaAllah...

oh Rabb,
ampuni hambamu ini yang telah berani mengaguminya.
yang telah berani mengatakan bahawa hamba suka dia.
walau belum terlisan secara langsung.

ya Rabb,
sungguh tak ada yang lebih tahu dan mengerti perasaan ini selain Engkau.
tak ada yang tahu bahawa ak sedang mengaguminya melebihi sekadar yang biasa
kecuali Engkau, ya Rabb...

ya Rabb,
bila mengingat kembali kisah Fatimah dan Sayidina Ali
yang mana paling suka tapi hanya Engkau yang mengetahui betapa mereka saling menyukai dan Engkau pun satukan mereka dalam rumahtangga yang sakinah, mawaddah warrahmah.
jujurnya, ak juga mengharapkan kisah yang sama seperti pasangan sejoli itu ya Rabb.

ya Rabb,
hambaMu ini titipkan rasa ini pada-Mu.
walauku berharap kisahku seindah kisah Fatimah dan Ali.
tapi keputusannya tetap ada pada-Mu ya Rabb.
dan kupohon yang terbaik.

ya Rabb,
jika benar dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, mampu membimbingku dan membawaku lebih dekat pada-Mu,
maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah.
TAPI kalau dia bukan yang terbaik, maka jangan biarkan kekagumanku bertukar menjadi cinta,
jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya, kekaguman secara umum.
Engkaulah Maha Membolak-balikkan hati...
maka kutitipkan bahkan kuserahkan semuanya kepada-Mu
kerana semua ini adalah milik-Mu...



nukilan ikhlas daripada:






9 comments:

cik_paan said...

ehem ehem...


sakit tekak..


suka berpada ye ^^

aleen aiden said...

wawawaa..g la terus terang kat die...hu3

buDAK keCIK said...

paan: sakit tekak lagi ke?? hee

aleen aiden: erk, terkesima di situ

sifu im said...

sekeping hati di bawa berlari ~

dayu_myself said...

Amin~~
Smoga ada jodoh..
Allah maha mngtahui..

nnti jgn lpe jmput mkn nsi mnyk..hik3333

Far8 budak baik said...

sifu cakap sekeping hati dibawa berlari..
aku lakkkk...
sekeping hati yg dicari..
pasti akan pergi..
hihihi...aku pun
tak paham aku maksud tu..
-,-' haha

buDAK keCIK said...

sifu im: dibawa lari ke manakah?? ngee

dayu: Allah yg cipta kita. Dia lg tahu... ^_^

erk, asenya sy buat mkn nasi kerabu kot. haha

far8 budak baik: sekeping hati yg dicari?dlm mksud tu bro. try la carik antara gadis2 cun yg ko usha kt bazar ramadhan tu. lalala

ghost writer said...

inshaAllah..

dekatkan dulu diri kau dengan dia.tunjukkan betapa dia orang yang kau nak dia jadi penghulu rumah kau.

err..aku kurang pakar sikit nak bagi kata-kata dalam soal macam nih.hurmm..ikut jer kata hati kau,dak kecik.tuhan lebih tau.

buDAK keCIK said...

thanx ghost writer!! :)