Monday, August 8, 2011

ak la diva itu

salam.

ak masuk ke dalam kedai makan dengan perasaan janggal.
ditambah pula pelanggannya dipenuhi dengan lelaki yang rata-ratanya ke situ dengan satu matlamat iaitu bola.
matlamat ak di kedai makan tu bukan untuk bola tapi disebabkan oleh sebuah pertemuan.
ye. pertemuan dengan bakal mertua.
okay. ak dah mula merapu.
ak jumpa makcik ak la yang baru sampai dari kl.

kebanyakan lelaki kelihatan seperti baru balik dari solat terawih. sejuk je hati.
buktinya?
berbaju melayu dengan songkok! oh, boleh tahan hensem!
ceh, sempat lagi jeling-jeling.
jeling je pun. tak luak pun. kan!?

tapi ak agak tidak selesa bilamana lelaki-lelaki itu tengok ak macam nak telan.
sesekali terasa macam diva pun ada.
erk, diva?
huh! diva kemendanya bilamana ak masuk kedai makan dengan berbaju kelawar dan kepala hanya dialas dengan kain telekung??
pergh, gaya dah macam tengah buat haji kat Makkah.
kalau la ak tahu rancangan ayah ak nak singgah kat kedai makan usai selesai solat terawih, maunya ak pakai jubah lengkap dengan tudung sekali tahu.

nasib baik la mereka bukan kenalan ak.
so, boleh la ak buat muka toya je.
lantak la korang nak kata ak ni ustazah dari planet mana pun.
janji ak tak kenal korang. tehee



10 comments:

dayu_myself said...

rase dorng nak cam betul2 tu...
anak siapakah gerangan..
tak lama lagi..
datng la orang meminang..ngeh3..

Heidi Shafiq said...

hahahahaha.. :D

buDAK keCIK said...

dayu: wahaha. byk la.. dorang tgk sy mcm alien yg bru sampai ke planet bumi okayh. ngeh3

heidi syafiq: tlg gelak ea... ;p

Afikah Aziz said...

xpe2,ok la kan pki baju kelawar pun keh3x :p

cheqwa said...

hihihi..mesti cumel kan pakai telekung dgn baju kelawar je ^_^

Far8 budak baik said...

hahahah sengal lahh kauuu...
pastu buat muka dupulohsen..
mmg tak ley belahh..
klo aku ade kat sana..
mmg kene ar..zoragon betol..
hahahaha

Asyila Zainuddin said...

haha.. ok la tu.. comey ape pakai telekung.. menutup aurat.. :)

buDAK keCIK said...

afikah aziz: tgk. ko pn gelak gak. ok mendenya. haha

cheqwa: oh, sgt comel!! hee

far8 budak baik: kna ape? nk tlg gelakkan ak skali la tu. wakkaka

asyila zainuddin: tu la. at least tutup aurat la kan :)

L said...

ibadah sunat vs menda dilarang!!=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/ibadah-sunat-tp-xbetul-caranya.html

L said...

anda seorang yg pemarah?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html