Wednesday, August 24, 2011

perempuan dan boxer

salam.

ada satu hari tu, ak teman adik laki ak pergi beli boxer dia.
adik laki ak ni sangat cerewet sikit bab-bab pilih baju. pergh, kalah kakak dia nih. isy!
nak pilih boxer pun susah.
ak dah mula naik bosan. *selamat la pompuan yang jadi bini kau nanti. mmuahaha.

sampai satu kedai tu, dari jauh ak nampak boxer kaler kuning.
bila pergi dekat, la boxer spongebob rupanya. menarik jugak.
ak terus paksa adik ak beli yang tu.
nasib baik la dia setuju. selamat! tehee.
akhirnya dia amek 2 boxer. 1 yang corak spongebob dan 1 lagi transformer.

bila masuk dalam kereta, ak tengok adik ak beria dok belek boxer dia.
tetiba ak rasa tertarik nak pakai boxer spongebob tu.
*sebenarnya ak tak pernah pun pakai boxer.
ak try la pujuk-pujuk adik ak, ak nak boxer dia yang tu.
huh! konpem la tak dapat.
okay adik ak menang.
alahai, mana ak nak carik boxer spongebob tu.
kat kedai tadi pun tinggal satu je.
takpe-takpe nanti ak carik boxer kaler pink! oh!

sebut pasal boxer ni, tetiba teringat soalan vengong kat formspring.
ada sorang laki ni tanya, macam mana pompuan pakai pad kalau dah pakai boxer tu?
alahai. kau ingat kami ni tak pakai underwear ke bila pakai boxer tu? yang macam korang buat tu. oops, maaf terlebih sudaa. hui3.

kawan pompuan ak ramai je yang pakai boxer.
majoriti pakai tyme nak tido. panas kot pakai seluar panjang.

tapi kalau tanya ak. ak tak pernah pakai boxer lagi. ngeh3.
ak lagi prefer seluar pendek.
lain okay seluar pendek dengan boxer.
ak suka pakai seluar pendek tyme nak kemas rumah.
takde la rimas dengan seluar panjang. kan.



*matlamat ak: ak nak cari boxer kaler pink!





gambar ini takde kena mengena dengan tajuk entry.
cuma nak gtaw lagu aishiteru best. tehee.




Monday, August 22, 2011

kisah kipas di bulan ramadhan

salam.

kisah di bulan ramadhan.



untuk terawih, ak selalu pergi masjid after maghrib.
kiranya sempat la solat isyak di masjid.

dalam menunggu masuknya solat isyak, kelihatan dua orang makcik sedang berebut sebuah kipas berdiri yang gedabak besar.
yang sorang tarik kipas tu ke kanan, yang sorang lagi tarik kipas tu ke kiri.
berlaku la adegan tarik-menarik pulak.

waktu tu ak rasa macam nak gelak guling-guling pun ada.
tapi ak tahan.
seksa tahu nak tahan gelak ni. wahaha.

pasal kipas pun nak gaduh?
dalam masjid pulak tu.
ini kisah makcik-makcik yang berpangkat nenek.
haila.
gaya nenek-nenek tu gaduh dah macam gaya budak-budak yang berebut gula-gula.
kehkeh.



Sunday, August 21, 2011

budak minat kat ak?? hah?

salam.

pada satu petang yang indah, ak teman mak ak pergi rumah saudara ak.
sampai kat sana, pergh ramai gila budak-budak yang tengah berkumpul kat depan rumah dia.
budak-budak dalam lingkungan 13-15 tahun.

kemudian, mak ak masuk dalam rumah tapi ak lepak kat luar je la.
sebab kat dalam semuanya makcik-makcik. bukan geng ak tu. hehe
ak lagi rela pergi join dengan budak-budak tu. boleh la la ak nak buat lawak bodo dengan dorang.

bila mula-mula ak tegur dorang, ada respons baik punya.
ak apa lagi.
memanjang je borak.
disebabkan perangai ak ni sikit punya 'gila', dorang tak henti-henti dok gelak.
maaf la dik. kalau korang gelak sampai sakit perut.
bukan salah ibu mengandung. tehee.

lepas hampir sejam kat situ, mak ak ajak balik.
so, ak say goodbye la kat mereka.
masa ak dah nak keluar dari kawasan rumah tu, tetiba budak-budak ni jerit,

"kakak, budak ni XY(bukan nama sebenar) minat kat kakak la!!"

okay, rahang ak macam nak jatuh kat situ jugak.
hah? what the foo??
pejadahnya budak umur 13 tahun boleh minat kat ak??


haila.
adik! ce teka beza umur kita berapa?
7 tahun tahu!!
adik ni 'mimpi' pun belum. macam mana boleh minat kat akak ni? adoiyaii.

nanti bila adik dah umur 20 tahun, akak dah umur 27 tahun.
haa, masa tu muka akak dah berkedut sana sini.
masa tu baru la kau nak lari lintang pukang tengok ak.
mau kaa??





sampai sekarang ak pelik...
macam mana la budak boleh minat kat ak??
kenapa ea?
maybe taste budak tu memang orang tua la kot. haha





Tuesday, August 16, 2011

mandi bunga vs andartu

salam.

mak A: kau ni umur dah nak masuk 30 tapi tak kawen-kawen lagi. anak kawan mak yang baya kau ni dah beranak pinak pun. kau ni bila lagi? nak tunggu kucing bertanduk, baru kau nak kawen?? esok ikut mak pergi mandi bunga, biar cepat dapat jodoh.

A: mandi bunga??

lebih kurang macam tu la dialog mak-mak yang takut anak daranya jadi andartu.

mandi bunga ialah mandi yang bertujuan untuk membuang sial dan menaikkan seri seseorang. konon untuk mempercepatkan jodoh. mandi bunga biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bunga yang dipetik ketika pagi masih berembun.


persoalannya, ada lagi ke anak dara yang mengamalkan mandi bunga ni??


memang betul. kita sebagai hamba Allah, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. jangan la pulak kau duduk bertapa dalam rumah. kalau macam tu, bilanya kau nak jumpa jodoh kau. cuba la join aktiviti kemasyarakatan ke. join persatuan u ke. join projek kolej ke. terbukak la sikit mata kau nak intai sape pun. ni tak. kalau duduk bertapa dalam rumah, kau boleh tengok muka parents kau dengan adik beradik kau je la. komang-komang dapat la jugak intai anak jiran depan rumah yang ensem. tu pun intai guna tingkap je la.

apa kata kita cuba amalkan cara islamik dengan mengamalkan surah yusof setiap hari dan buat solat sunat hajat. insyaAllah, Allah Maha Mendengar. kan hati kita ni Allah yang pegang. hanya pada Dia kita berserah...




cantik tak inai ni?
hei, ak yang BUKAN pengantin pun boleh jugak la pakai inai ni ;p



sumber dari sini

Monday, August 15, 2011

saya suka awak?!

salam.

kenangan zaman matrik berputar ligat dalam kotak memori ak.
dan 'dia' juga pasti muncul.

'dia' ialah seorang lelaki dari kos perakaunan, pelajar matrik yang sama dengan ak.
tinggal di kelantan tapi berasal dari perak.
secara fizikalnya dia memang sangat menarik.
ditambah dengan mata dia yang redup.
pergh, hensem!! *aura gatal dah datang*
dia sangat malu okayh.

tapi entah macam mana, berani pulak dia nak bermesej dengan ak.
ak pun layan je la. sebab niat nak berkawan kan.
lepas tu, timbul la gosip pasal kami.
walaweyhs, mana mungkin budak hensem berkenan dengan ak yang comot nih. haila.
nak-nak gurls dari kos perakaunan semuanya hot stuff beb!!
nak dibandingkan dengan ak? huh! bagai langit dengan bumi tahu!

walaupun ada gosip hangat pasal kami, kami tetap kawan.
pedulik hapa ak dengan gosip liar tuh. *ceh, bajet artis la. kuang3*

tapi ak dapat rasakan yang dia bukan jodoh ak.
kadang-kadang kita kena percaya deria ke-6 yang Allah bagi iaitu gerak hati kita.
ak memang langsung takde rasa apa-apa dengan dia.
langsung takde!

kali terakhir ak mesej dia, tyme nak masuk u.
ak dapat um. dia dapat uitm shah alam.
tapi masa reunion tahun 2009 kat midvalley, kami ada jumpa.
tapi masing-masing macam dah malu nak bertegur sapa.
dia dah la memang lelaki pemalu. ak yang perempuan ni lagi la malu.
so, kami masing-masing senyum je la. >.<

lepas tu, kami terus lost contact.
fb dia pun ak tak pernah jumpa.
ke dia memang takde fb? entah.

tapi kan dia memang sangat pemalu.
dah la muka pun hemsem. malu-malu kucing pulak.
seyes comel!!

hidup ak ni memang.
selalu jumpa lelaki yang pemalu.
takkan ak yang kena move on dulu kot??
perigi cari timba eyh?

awak... saya suka awak!
erk?!!


Sunday, August 14, 2011

hasil pemakaian produk ****

salam.




gambar kiri: sebelum pakai produk ****
gambar kanan: selepas pakai produk ****


oh, kelihatannya ak semakin tembam?!





ok. ak tipu.
gambar kiri ialah gambar ak masa darjah 6.
gambar kanan ialah gambar ak di masa kini.
kesimpulannya, ak gemok!
sekian.




Monday, August 8, 2011

ak la diva itu

salam.

ak masuk ke dalam kedai makan dengan perasaan janggal.
ditambah pula pelanggannya dipenuhi dengan lelaki yang rata-ratanya ke situ dengan satu matlamat iaitu bola.
matlamat ak di kedai makan tu bukan untuk bola tapi disebabkan oleh sebuah pertemuan.
ye. pertemuan dengan bakal mertua.
okay. ak dah mula merapu.
ak jumpa makcik ak la yang baru sampai dari kl.

kebanyakan lelaki kelihatan seperti baru balik dari solat terawih. sejuk je hati.
buktinya?
berbaju melayu dengan songkok! oh, boleh tahan hensem!
ceh, sempat lagi jeling-jeling.
jeling je pun. tak luak pun. kan!?

tapi ak agak tidak selesa bilamana lelaki-lelaki itu tengok ak macam nak telan.
sesekali terasa macam diva pun ada.
erk, diva?
huh! diva kemendanya bilamana ak masuk kedai makan dengan berbaju kelawar dan kepala hanya dialas dengan kain telekung??
pergh, gaya dah macam tengah buat haji kat Makkah.
kalau la ak tahu rancangan ayah ak nak singgah kat kedai makan usai selesai solat terawih, maunya ak pakai jubah lengkap dengan tudung sekali tahu.

nasib baik la mereka bukan kenalan ak.
so, boleh la ak buat muka toya je.
lantak la korang nak kata ak ni ustazah dari planet mana pun.
janji ak tak kenal korang. tehee



Sunday, August 7, 2011

roh ramadhan

salam.

betul ke gerak hati ak selalu tepat?
ak sendiri tidak pasti.
apa yang pasti ak takut untuk mengikut gerak hati ak akibat khuatir perasaan itu diiringi dengan nafsu jahat semata!

kita selalu dengar, bila seorang hamba itu semakin dekat dengan Penciptanya, maka semakin banyak ujian yang terpaksa dilaluinya.
dan Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya.
Allah akan beri ujian sekiranya hamba-Nya mampu untuk menanggungnya.



maknanya ak juga mampu untuk menanggung ujian ini.
mampu.. insyaAllah.
ya Allah, gantikanlah kesabaranku dalam menanggung ujian ini dengan pahala-Mu. amin.



jujurnya, cinta ak untuk Ramadhan kareem amat kuat.
semakin kuat tekad ak untuk mencari sinar ramadhan, semakin kuat rasa kemalasan berleluasa.
diiringi dengan rasa mengantuk.
takut kurang produktif ibadah untuk bulan yang sangat mulia ini.
oh, betapa ruginya hamba-Mu yang hina ini...

ya Allah, hamba mohon dipermudahkan tujuan ak untuk mendapatkan roh ramadhan ini. amin.

Friday, August 5, 2011

kisah hati

salam.

ini cerita tulus dari kisah hati ak.
(wah2, sejak bila entah ak belajar jadi orang jiwang ni!)

ak mengagumi dia dalam diam.
bukan kerana rupanya.
dan bukan juga kerana hartanya.
tapi ak kagum kerana pegangan agama dia dan akhlaknya!
dan kerana mu ya Allah, ak mula terfikir untuk menjadikannya imam dalam rumahtanggaku kelak agar dia boleh membimbing ak dan membawa diri ak lebih dekat kepada-Mu.

ya Rabb,
ak yakin bahawa Kau tahu bagaimana rasa kagum itu bermain dalam hati ak saat ini.
bahkan rasa kagum itu semakin mendekat ke arah suka dan juga cinta! masyaAllah...

oh Rabb,
ampuni hambamu ini yang telah berani mengaguminya.
yang telah berani mengatakan bahawa hamba suka dia.
walau belum terlisan secara langsung.

ya Rabb,
sungguh tak ada yang lebih tahu dan mengerti perasaan ini selain Engkau.
tak ada yang tahu bahawa ak sedang mengaguminya melebihi sekadar yang biasa
kecuali Engkau, ya Rabb...

ya Rabb,
bila mengingat kembali kisah Fatimah dan Sayidina Ali
yang mana paling suka tapi hanya Engkau yang mengetahui betapa mereka saling menyukai dan Engkau pun satukan mereka dalam rumahtangga yang sakinah, mawaddah warrahmah.
jujurnya, ak juga mengharapkan kisah yang sama seperti pasangan sejoli itu ya Rabb.

ya Rabb,
hambaMu ini titipkan rasa ini pada-Mu.
walauku berharap kisahku seindah kisah Fatimah dan Ali.
tapi keputusannya tetap ada pada-Mu ya Rabb.
dan kupohon yang terbaik.

ya Rabb,
jika benar dia memang baik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, mampu membimbingku dan membawaku lebih dekat pada-Mu,
maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah.
TAPI kalau dia bukan yang terbaik, maka jangan biarkan kekagumanku bertukar menjadi cinta,
jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya, kekaguman secara umum.
Engkaulah Maha Membolak-balikkan hati...
maka kutitipkan bahkan kuserahkan semuanya kepada-Mu
kerana semua ini adalah milik-Mu...



nukilan ikhlas daripada:






Thursday, August 4, 2011

tak rock la main mercun siang hari

salam.

di saat ak sedang menaip entry ni, diri ak dikelilingi dengan bunyi mercun.
kebabom. kebabom.

siang-siang hari pun dorang main.
haila. langsung tak syok main siang hari.
takde nikmat tahu?

teringat zaman ak dengan sepupu-sepapat ak main mercun dulu-dulu.
dulu, ak la hero. bukan lagi heroin.
balik kampung, ak dah get ready dengan beraneka mercun.
dari mercun bawang sampai la mercun bola.
erk, ak tak pernah cuba main meriam buluh. sebab takde sape nak ajar ak main cara tu.
kita main mercun kedai je la. haha.

bebudak kat kawasan kampung ak ni suka sangat lawan mercun sape paling kuat.
ak apa lagi.
terus join. rasa membara tahu bila dengar mercun sana sini.
ak nak kasi kuat bunyi mercun bola ni, ak baling dalam kolam kosong atok ak.
bergema satu kampung. puas hati ak. kahkah.

pernah satu ketika, konon nak kasi tinggi la mercun roket tu.
ak taruk mercun roket dalam botol plastik kosong tapi ak lupa nak letak batu kat tepi botol tu.
apa lagi, terus botol tu jatuh tanpa sempat ak mengalihkannya.
dan mercun roket ak tu straight masuk rumah jiran depan rumah.
fuh, nasib la penghuni rumah tu tak pakai kain pelikat.
kalau tak, maunya mercun tu straight masuk dalam kain. keh3.

pakcik ak lagi terer.
main mercun pakai towel je.
tak sempat-sempat nak salin baju disebabkan kemaruk sangat nak main mercun. haila.

ada satu malam tu, kami main lawan mercun dengan jiran kampung sebelah.
tup-tup ak dengar walkie talkie polis.
rupanya ade polis datang rumah jiran sebelah.
mencicit kami lari masuk rumah. haha.
lepas tengok line dah clear, kami sambung balik main mercun yang tergendala.
itu lah ak kalau dah kemaruk sangat nak main mercun.

sekarang pun, walau umur dah layak untuk jadi mak budak.
tapi keinginan nak main mercun tu masih membuak-buak.
ala, kalau ak main pun takde orang kisah langsung sebab ak kan kecik. haha.
untungnya jadi budak kecik...

Wednesday, August 3, 2011

perempuan ni simbol apa ea??

salam.

semua orang tahu kan perempuan ni dilabelkan dengan simbol apa.
kalau still tak tahu, sila tanya sang lelaki. laju je mereka jawab. bhaha.

ak sebenarnya jarang tengok tv bila balik rumah ni.
sebab selalu tolong mak kat dapur. ceh, berlagak rajin rupanya budak sekoq ni.

semalam, ak TERbukak tv sebab yang lain semua pergi terawih.
tinggal la ak sorang-sorang kat rumah.
jangan tanya ak kenapa ak tak pergi terawih sebab ak segan nak jawab. mmuahaha.

masa ak dok khusyuk layan iklan tu,
tetiba ada la keluar iklan pasal kurma.
pasal kurma okay. makanan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. ketika berbuka dan bersahur.
dan ak perasan yang iklan tu ada selitkan pasal mata perempuan yang berpurdah.
dan suara seorang perempuan yang macam dalam keadaan gersang. konon seksi la.
pergh, apa jadahnya nak selitkan benda-benda macam tu??
konon untuk pelaris la.
hampes.

dan banyak lagi iklan yang ada perempuan seksi.
dah la seksi. pakai baju kaler merah menawan pulak tu.
haila.
nampaknya orang yahudi dah berjaya menerapkan 'nilai-nilai murni' dalam kehidupan masyarakat kita.

so, sang ratu a.k.a. perempuan. tidakkah anda rasa diri kita ni sedang dipermainkan?
kita merupakan ciptaanNya yang paling indah.
tahukah anda, dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu "rahim".
perkataan ni diambil dari nama Tuhan yang bermaksud "Maha Penyayang".
dan dalam rahimlah wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Dia ciptakan.

oh, ak rasa sangat bertuah dilahirkan sebagai seorang perempuan.
syukur alhamdulillah...

Monday, August 1, 2011

wei, nanti ak rindu kau!!

salam.

alhamdulillah, ak masih berpeluang untuk menyambut ramadhan untuk tahun ini.
lupakan bazaar ramadhan. lupakan biskut raya. lupakan baju raya. buat seketika.
mari kita sama-sama meningkatkan amal ibadah untuk ramadhan ini.
siapa tahu, mungkin tiada lagi ramadhan untuk kita pada tahun hadapan.

oh, masuknya bulan ramadhan.
bermakna bulan syawal juga bakal menjelma.
oh, tiada lagi sepupu yang boleh bergelak tawa di sisi.
kerana dia bakal menjadi hak sepenuh isterinya.
makanya tiada lagi hak ak untuk membuli dia. eh, ye ke? bukan dia ke yang selalu buli ak.

sepupu ak lebih dikenali sebagai ah chong bukan ah chai dalam kalangan rakannya.
dia tua 2 tahun dari ak.
sejak dari kecil lagi, kami memang rapat.
di mana ada dia, mesti ada ak.
sehinggakan ada seorang hamba Allah mengatakan yang kami adalah pasangan tunang.
what the foo!! haha

tapi tipu la kalau ak kata ak tak pernah tersuka kat dia.
ye la. kan ak dah kata kami memang rapat.
dia pulak suka usik-usik ak.
selalu main kejar-kejar, main nyorok-nyorok, main masak-masak. semuanya bersama.
tapi bila dah besar macam ni, baru la rasa alahai bodohnya ak boleh tersuka kat si ah chong ni.
wakaka.

ak dah anggap dia macam abang ak sendiri.
nak-nak ak ni kan anak sulung.
memang kekurangan kasih sayang seorang abang pun.

sampai besar macam ni pun, kami masih rapat.
selalu berhubung sebab dia yang selalu kol ak.
tapi selalunya kalau dia gaduh dengan tunang dia, baru la terhegeh-hegeh nak carik ak.
huh! sengal punya sepupu.

dan dia pernah pass nombor ak kat kawan-kawan dia.
sebab katanya dia tak suka tengok ak masih single.
alahai, gayanya macam nak tolong promosikan diri ak je.
terima kasih je la.

chong, ak lagi senang dengan status single.
tak perlu tolong carikan pasangan untuk ak okay!?
kau tu yang kena pikir pasal masa depan kau yang bakal bergelar suami orang!
alahai mudanya sepupu ak ni nak kawen.

alamak chong! nanti siapa nak buli ak lagi??
ak bakal merindui zaman bujangmu. haha.