Friday, July 8, 2011

pelaris kedai makan

salam.

semalam ak pergi makan kat sebuah gerai ni.
lepas tu ak mula terpikir kenapa la setiap kedai makan mesti wajib ada pekerja perempuan yang seksi di situ.
ada yang tak cantik pun tapi bentuk badan dia memang menggiurkan la.
mana tak menggiurkan kalau dah pakai baju adik tu paham-paham je la macam mana ketat dia.
dan ada jugak yang cantik plus seksi. wow! ini adalah pakej yang hebat! heh?!

masa tahun 2004, ada sebuah gerai baru bukak kat kawasan rumah ak.
gerai ni hanya beroperasi waktu malam.
pemilik gerai ni Melayu dan menjadikan anak-anak gadis mereka sebagai pelaris mereka.
means?
maknanya mereka letakkan anak-anak gadis mereka sebagai waitress okay.

mereka sangat cantik plus seksi!
gerai mereka telah jadi faymes dalam sekelip mata.
pelanggan mereka terdiri daripada golongan lelaki.
tak kira muda atau tua.
yang dah beristeri pun masih tak sedar diri. gatal merenyam!
sepupu ak pun selalu lepak kat situ malam-malam.
lepas tu, dia cerita la dorang ni memang sangat cantik. macam bidadari whoa.
wah! ak pun jeles tahu!

tapi dalam tahun 2006, gerai mereka telah ditutup.
ak pun tak tahu sebab musababnya.
mungkin mereka telah jumpa premis kedai yang lagi baik punya untuk perbesarkan perniagaan mereka.

macam-macam jenis pelaris yang golongan peniaga ni cuba pakai.
terutama peniaga kedai makan yang berketurunan Melayu.
ye la. kedai makan tumbuh merata-rata macam cendawan tumbuh.
ada yang cuba letakkan benda-benda yang terlarang dalam makanan pelanggan supaya para pelanggan terjatuh cinta dengan masakan mereka.
haila.

nama pun Melayu. mesti la Islam.
encik-encik dan puan-puan sekalian.
kita ni orang Islam.
kenapa guna cara kotor untuk melariskan perniagaan?
main kotor tahu?

apa kata kita ubah cara kotor tu ke cara yang bersih.
cuba la baca ayat seribu dinar sebelum memulakan perniagaan pada setiap hari.
dan rajin-rajinkan la diri anda untuk menunaikan solat sunat Dhuha.
insyaAllah, rezeki makin bertambah.
tak payah la guna gadis-gadis seksi dan kaedah bomoh bagai ni.
atau nasi kangkang ke. erk, ada kaitan ke??
jijik tahu!

erm, kedai makan nasi ayam pak ali kat kluang ni ada waiter yang sangat hensem.
ak selalu tertarik nak datang ke situ.
sebab nasi ayam dia sangat sedap.
dan sambil-sambil cuci mata.
see! ak pun ada niat tak baik.
astaghfirrullahalazim...

8 comments:

dayu_myself said...

waaahhhh....nampak macam ada catalyst baru ye dekt kdai tu???yang mane aek??x prsan la..ngeee

buDAK keCIK said...

haha. ade la. ensem la gak. nnti kita g lg skali, kite gtaw ea. ngeh3

cik_paan said...

eh? hensem?

tapi memang nasi ayam pak ali tu
harap lebih byk cawangan bukak...
masak ikhlas....boleh tahu dari makanan tu sendiri

buDAK keCIK said...

sup dia mmg sedap!

erk, ade la yg ensem. hoho

ghost writer said...

mau untung dan cepat kaya kena buat strategi bisnis yang lebih hebat tapi dalam masa yang sama melupakan garis panduan islam..alangkah malangnya tujuan.

buDAK keCIK said...

niat yg mmg menyimpang jauh dri hukum Islam...

adan said...

dalam bisness macam2 boleh terjadi.. benda yg kita tak sangka itu la yg dilakukan..<--<< kata2 dari seorang melayu kepada melayu..

buDAK keCIK said...

yes!! tepat sekali. dorang nk maju cpt, so main kotor la jwbnya. haila