Saturday, July 2, 2011

matang dengan najis lembu

salam.

ak rasa ak makin matang. eh, ye ke?
oh mesti!

matang dengan perasaan diberak dek lembu.
baunya memang sangat wangi.
hingga mampu bertahan selama 2 hari jika baju tersebut diperam.

matang dengan susu lembu yang diperah setiap hari.
walaupun susu pun ak tak pernah sentuh selepas tahun 1994.
oh, semalam ak muntah dan tekak rasa susu.
hah? dari mana datangnya susu? walhal ak tak minum susu.

matang dengan pembesaran anak lembu dan kerbau.
yes, baby. mama datang bagi susu ye sayang.
tapi bagi susu guna botol la ea.
sebab mama masih belum ada lesen nak mengeluarkan susu secara natural.

matang dengan bau kerbau.
sepanjang hari duduk melepak di kandang kerbau, memang la bau kerbau.
takkan la bau shopping complex pulak.
balik bilik mesti terus mandi sebab ak masih sayangkan bau milk johnson ak daripada bau kerbau.
pergh, bilik mandi pun dah bau kerbau.
hoi, kerbau mana pulak mandi dalam bilik air ak ni?

kan ak dah kata.
ak dah semakin matang bila ditempatkan di kandang ternakan ni.
semua benda ak dah rasa.
bau kerbau, taik lembu, susukan anak lembu, raba tetek lembu a.k.a perah susu, diterajang oleh lembu.
banyak betul pengalaman ak.

ringkasnya, ak matang dengan pengalaman baru!

2 comments:

Raji and Yeen said...

eh sat..ko kner antar pi kmpung kew ??? =.=

buDAK keCIK said...

eyh, x la. ak praktikal kt institut veterinar malaysia, johor!

kt cni mcm2 binatang ak bley jumpa kot. haha