Thursday, July 21, 2011

lelaki ini memang selalu sabar dengan ak

salam.

lelaki ini sentiasa sabar dengan karenah ak.
realitinya, ak ni paling banyak membebankan hidup dia.
tapi lelaki ini tak pernah merungut.
langsung tak pernah.
oops, ak termalu sendiri.

kadang-kadang ak rasa ak ni terlalu manja.
realitinya ak ni anak paling sulung.
oh, manja memang tak sesuai dengan personaliti ak.

tapi memang betul pun.
hanya dengan lelaki ini sahaja ak berani untuk bermanja-manja.
berani nak merengek mintak itu ini.

bila ak bukak suara pasal masalah kewangan,
dia terus hulur duit tanpa ragu-ragu.
rasa bersalah semakin menebal.

setiap kali keluar makan,
ak mesti marah dia kalau dia order teh tarik.
sebab ak nak dia jaga kesihatan diri.
dan sekarang dia lagi suka minum hi-goat.
tiada lagi teh tarik untuk dia.
tapi kalau ak yang order teh tarik tidak mengapa.
sebab itu memang feveret ak pun.

pa, terima kasih!
jasamu dikenang!
kakak memang anak gadis pa yang paling nakal!
pa jangan layan sangat kepala angin kakak ni.
kadang-kadang bukannya betul sangat. ngee.



oh!!
sukacita dimaklumkan bahawa lelaki ini adalah papa kesayangan ak!
ak sayang dia lebih daripada ak sayang diri ak sendiri.

konklusinya, suka hati ak la ak nak manja-manja dengan papa ak pun.
kalau kau nampak ak manja-manja dengan lelaki lain selain daripada papa ak, oh itu bukan ak.

3 comments:

adan said...

aku pun ada papa.. ahaha... aku pun nak manja2 jugak dengan papa.. ahaha..

*tanak kalah

shafmechy said...

ayah kita terbaik kn =)

buDAK keCIK said...

adan: dengki ngn ak lettew. haha

shafmechy: ea! ayah kita mmg trbaik la!! ;D