Friday, July 22, 2011

tengok bola je mesti jerit

salam.

semalam ak join tengok bola kat kedai makan.
chelsea lawan malaysia.
terbaik la penjaga gol kita walaupun bukan encik apek.

ak ni memang tak boleh tengok bola kat kedai makan.
sebab ak ni suka jerit.
jerit je yang lebih. gagaga.
kalau ak tengok kat rumah, boleh la ak nak jerit ke. sepak tv ke.

masa geng-geng ak dok bising-bising tu,
baru ak perasan rupanya kami je group perempuan yang berada di tengah-tengah lelaki.
pusing kanan lelaki. pusing kiri lelaki.
pusing belakang lelaki. depan memang konpem-konpem la lelaki.

mesti si lelaki bengang dengan group ak.
sebab kami banyak komen.
haha.
biasa la. perempuan. jangan salahkan sifat kami.
kalau tak, korang jugak yang boring kalau kami ni jenis senyap macam tunggul.
ye dok??

dan macam biasa la bila dikelilingi pleh lelaki.
bau rokok tu memang perkara wajib.
aiyoo, berkepul-kepul asap rokok datang ke arah kami.
lemas tahu!

Thursday, July 21, 2011

lelaki ini memang selalu sabar dengan ak

salam.

lelaki ini sentiasa sabar dengan karenah ak.
realitinya, ak ni paling banyak membebankan hidup dia.
tapi lelaki ini tak pernah merungut.
langsung tak pernah.
oops, ak termalu sendiri.

kadang-kadang ak rasa ak ni terlalu manja.
realitinya ak ni anak paling sulung.
oh, manja memang tak sesuai dengan personaliti ak.

tapi memang betul pun.
hanya dengan lelaki ini sahaja ak berani untuk bermanja-manja.
berani nak merengek mintak itu ini.

bila ak bukak suara pasal masalah kewangan,
dia terus hulur duit tanpa ragu-ragu.
rasa bersalah semakin menebal.

setiap kali keluar makan,
ak mesti marah dia kalau dia order teh tarik.
sebab ak nak dia jaga kesihatan diri.
dan sekarang dia lagi suka minum hi-goat.
tiada lagi teh tarik untuk dia.
tapi kalau ak yang order teh tarik tidak mengapa.
sebab itu memang feveret ak pun.

pa, terima kasih!
jasamu dikenang!
kakak memang anak gadis pa yang paling nakal!
pa jangan layan sangat kepala angin kakak ni.
kadang-kadang bukannya betul sangat. ngee.



oh!!
sukacita dimaklumkan bahawa lelaki ini adalah papa kesayangan ak!
ak sayang dia lebih daripada ak sayang diri ak sendiri.

konklusinya, suka hati ak la ak nak manja-manja dengan papa ak pun.
kalau kau nampak ak manja-manja dengan lelaki lain selain daripada papa ak, oh itu bukan ak.

Wednesday, July 20, 2011

kelibat gadis oren

salam.




gadis oren?
yeah! kalau di sini dia lebih dikenali sebagai gadis oren.
gadis oren ibu susuan.
gadis oren yang suka senyum.
gadis oren yang kepoh.
gadis oren yang jiwanya selalu kacau.
gadis oren yang suka ikut kepala angin sendiri.
gadis oren yang mulutnya macam longkang.
gadis oren yang lurus bendul.
gadis oren yang selalu bikin orang marah.
gadis oren yang gedik.
gadis oren yang buat orang naik meluat dengan dia.



tapi realitinya orang lebih kenal dia sebagai hantu pink.
erk, maaf kalau-kalau ada yang anti dengan pink. mmuahaha.
yeah!
dia memang gila dengan kaler pink.

memandangkan di sini tiada baju kaler pink.
maka, dia pilih baju kaler oren.
konon nak tukar selera pink.

tapi dia memang amat fofular di sini.
sebab dari jauh, dah boleh nampak baju kaler oren dia yang terang tu. keh3.

namun, kehidupan gadis oren di sini sudah hampir tamat.
tiada lagi bayang gadis oren di sini.
yang tinggal hanya la baju oren yang dipinjam oleh si gadis...

Tuesday, July 19, 2011

salam.

hoho.
tiket bas untuk balik ke kelantan sudah selamat berada dalam genggaman ak.
alhamdulillah.

insyaAllah, jumaat malam sabtu ak bakal bertolak balik dengan menggunakan perkhidmatan cepat ekspres.
pergh, lebih kurang 12 jam ak duduk statik dalam bas.
habis la pinggang ak.
ceh, gaya dah macam makcik umur 50 an. keh3.



minggu ni merupakan minggu terakhir ak di Institut Veterinar Malaysia.
paham-paham je la bila ak cakap minggu terakhir.
mood langsung dah terbang ke mana-mana.
dah terbang balik kelantan mungkin. haha.

jujurnya, ak dah malas.
senang cerita.
angin kemalasan makin terserlah.
sebab ak dah simpan angin kerajinan untuk packing. yahoo!

mari kita pulang ke kampung halaman sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma.
psst, puasa ganti dah habis belum?
baik korang ganti cepat-cepat.
lain kali, kalau tak nak kalut-kalut ganti last minit,
ganti la awal-awal.
dalm bulan syawal misalnya. kan??

Sunday, July 17, 2011

mantap beb!!

salam.

tawan gunung?
alhamdulillah gunung lambak berjaya juga kami tawan.
disebabkan tenaga ak semakin berkurangan bila sampai di puncak gunung,
maka tiada peluang untuk ak berjoget lambak di atas sana.



seperti biasa manusia yang berkaler pink itu adalah ak.
siap tambah effect cahaya lagi you. pergh, shoot cantik punya.

jujurnya daki gunung bukan perkara yang mudah.
kalau kau cepat mengalah di bawah sana, maka kau memang takde peluang untuk sampai ke puncak sana. langsung!
mind set juga amat penting.
sebelum daki gunung, kau kena setting dulu minda kau betul-betul.
setting benda-benda yang positif okay?

erk, ak pun tak tahu bila ak dah mula cintakan benda-benda nature ni.
tapi yang pasti benda-benda macam ni boleh merapatkan hubungan ak dengan Allah, sang Pencipta yang Maha Agung...

pssttt, kepada sesiapa yang planning nak panjat gunung, sila inform kat ak. mana la tahu, kalau-kalau ak free ke tyme tu... kan?

Friday, July 15, 2011

pintu hati macam pintu 7Eleven

salam.

once hati dibuka untuk menerima kehadiran orang baru,
terlalu susah untuk kita menutupnya kembali.
terlalu susah untuk kita menghalau dia.

hati kita memang ada pintu.
tapi keterbukaan pintu tu bergantung pada kekuatan hati kau.
apa kau ingat pintu hati kita ni sama dengan pintu 7Eleven ke.
suka suki je nak pull and push? kahkah.

bagaimana nak kuatkan hati?
senang saja.
dekatkan diri dengan Allah.
kuatkan hati kita dengan keimanan padaNya.

hati kita harus kuat.
supaya hati kita tidak mudah rapuh untuk jatuh cinta.
supaya kita tidak mudah tunduk pada nafsu semata.
supaya sifat keterbukaan pintu hati ada hadnya.
bukan untuk pull and push sesuka hati kau je.
ada paham??

bagus!!

Wednesday, July 13, 2011

kotak-katik

salam.

haiwan ada perasaan ke?
kalau takde, kenapa kerbau menangis?
ye, kerbau menangis!
disaksikan oleh mata sepet ak.
bukan dengan kepala lutut ak.

fasa pertama, kelihatan seperti mata kerbau berair.
"kerbau ni nak nangis ke?" bisik hati ak.
tak mungkin.
ak tak puas hati.
ak renung mata dia dalam-dalam.
tiba-tiba, air mata dia menitik ke bumi.
erk!!

dan anak lembu juga ada yang menangis depan ak.
kenapa asyik ak je yang nampak kesedihan mereka?
mentang-mentang la jiwa ak ni lembut.
erk, lembut ke?

jujurnya, ak takut nak menganiaya haiwan.
ak takut nak pukul haiwan.
ak takut nak berkasar dengan haiwan.
kerana gayanya seperti ak permainkan makhluk ciptaan Allah.

cuba kau tenung mata haiwan dalam-dalam terutama kucing, haiwan yang paling manja.
dan kau hayati renungan dia.
kau pasti akan dapat rasa satu getaran jauh di sudut hati kau.
gayanya seolah-olah mereka sedang berkomunikasi dengan kau.
dan ak dapat rasa mereka juga ada perasaan.



tapi...
anak lembu suka pijak kaki ak.
mungkin sebab jiwa ak terlalu lembut dengan mereka.
sampaikan diri ak diperkotak-katikkan oleh mereka.
oh, tidak!

virus jiwang. hampes!

salam.

tak pernah-pernah ak buat entry wordless wednesday.
semalam dapat mimpi indah gamaknya. heh!


dipersembahkan...




a picture paints a thousand words!!
hoho...

satu hari kita pasti ketemu.
mungkin. pasti.

suratan atau kebetulan?

uwaaaaaaa, nape tetiba jiwang ni?
virus jiwang mana pulak la yang serang jiwa ak ni?


Tuesday, July 12, 2011

pemalu sifat semulajadi bagi si gadis

salam.

single?
atau maksud lainnya ialah tidak berpunya.
masih tak paham?

ringkasannya takde pakwe la.
kenapa mereka nak sibuk-sibuk sangat kalau dia masih belum berpunya.
kata mereka, dia ni anak mak.
sebab tu sampai sekarang takde pakwe.
amboi, makcik. mulut.

dia seperti gadis-gadis lain yang mengidamkan seorang teman hidup.
teman hidup yang sah di sisi agama.
teman hidup yang memang layak untuk memimpin dirinya dan juga anak-anak mereka ke syurga kelak. beauty!

dia cantik. sedap mata memandang. manis.
paling hebat sifat pemalu dia.
dia tak akan layan lelaki yang langsung takde kaitan dalam hidup dia.
mungkin sebab itu, lelaki takut nak dekat dengan dia. katanya sombong.
memang la nampak sombong sebab dia tak kenal kau wahai lelaki.
takkan la tetiba dia nak cakap-cakap manja dengan kau.
kelihatan seperti gadis gedik la pulak.

sabar la kakak.
ehem, dengar cerita dah ada makcik-makcik kat lab tu dah mula carikan jodoh untuk dia.
ak tumpang gembira.

makcik, carikan jodoh untuk saya sekali boleh?

nota kaki: dia tu merujuk kepada sahabat ak.
diri kami memang banyak persamaan.
sifat pemalu mungkin.
biasa la gadis melayu terakhir... kan? heh!

Monday, July 11, 2011

paham ke idok??

salam.

susah nak paham?
ya! perangai ak memang susah untuk difahami.
dan teramat la susah untuk diterokai.

hidup ak memang banyak sekatan.
tersekat dengan ular yang selalu jadi mainan mimpi ak.
hoi, dah takde binatang lain ke nak jadi mainan mimpi ak. kucing ke.

tersekat dengan bola.
ye ak takut nak main bola yang bulat contohnya bola jaring dan bola baling.
sebab masa zaman purba dahulukala, bola tu pernah landing tepat dengan muka ak.
hoi bola, kau ingat muka ak ni muka jaring ke? aiyak!
tapi ak minat khairul fahmi. ngee. :p

masih belajar mengenali diri sendiri.
apa yang pasti ak memang suka senyum.
walaupun hati ak sedang menangis.

ye. ak memang suka menangis pun.
korang je yang tak tahu.
harhar...

tak pernah kosong

salam.

alhamdulillah,
syukur Ya Allah.
kerana Kau telah kuatkan hati ak.

alhamdulillah,
kerana Kau masih pegang hati ak.
hati ak masih pada Kau.

alhamdulillah,
hati ak masih teguh.
teguh untuk Dia.

alhamdulillah...

Saturday, July 9, 2011

akhir

salam.

hari akhir?
ye. berakhir sudah tugas ak di unit simulasi.
tiada lagi botol susu.
tiada lagi susu.
tiada lagi ibu angkat yang mereka suka cium.
erk, ibu angkat? hoho.
tiada lagi bontot ibu angkat yang perlu disondol. ngee.

kenapa ak berminat sangat nak bagi susu kat anak lembu dan anak kerbau ni?
mungkin sebab dah terlalu biasa menyusukan baby barangkali.
hoi, menyusu guna botol susu okay.

sangat puas hati bila tengok mereka bergelimpangan tidur selepas menyusu. kenyang!
yeay!





tapi kalau budak putih ni pulak agak berat hati nak tinggalkan unit simulasi ni.
kerana dia bakal rindukan orang di situ.
sabar ye. ada jodoh, jumpa lagi. ;)

bye baby...
tiada lagi ibu ikin di situ.

Friday, July 8, 2011

pelaris kedai makan

salam.

semalam ak pergi makan kat sebuah gerai ni.
lepas tu ak mula terpikir kenapa la setiap kedai makan mesti wajib ada pekerja perempuan yang seksi di situ.
ada yang tak cantik pun tapi bentuk badan dia memang menggiurkan la.
mana tak menggiurkan kalau dah pakai baju adik tu paham-paham je la macam mana ketat dia.
dan ada jugak yang cantik plus seksi. wow! ini adalah pakej yang hebat! heh?!

masa tahun 2004, ada sebuah gerai baru bukak kat kawasan rumah ak.
gerai ni hanya beroperasi waktu malam.
pemilik gerai ni Melayu dan menjadikan anak-anak gadis mereka sebagai pelaris mereka.
means?
maknanya mereka letakkan anak-anak gadis mereka sebagai waitress okay.

mereka sangat cantik plus seksi!
gerai mereka telah jadi faymes dalam sekelip mata.
pelanggan mereka terdiri daripada golongan lelaki.
tak kira muda atau tua.
yang dah beristeri pun masih tak sedar diri. gatal merenyam!
sepupu ak pun selalu lepak kat situ malam-malam.
lepas tu, dia cerita la dorang ni memang sangat cantik. macam bidadari whoa.
wah! ak pun jeles tahu!

tapi dalam tahun 2006, gerai mereka telah ditutup.
ak pun tak tahu sebab musababnya.
mungkin mereka telah jumpa premis kedai yang lagi baik punya untuk perbesarkan perniagaan mereka.

macam-macam jenis pelaris yang golongan peniaga ni cuba pakai.
terutama peniaga kedai makan yang berketurunan Melayu.
ye la. kedai makan tumbuh merata-rata macam cendawan tumbuh.
ada yang cuba letakkan benda-benda yang terlarang dalam makanan pelanggan supaya para pelanggan terjatuh cinta dengan masakan mereka.
haila.

nama pun Melayu. mesti la Islam.
encik-encik dan puan-puan sekalian.
kita ni orang Islam.
kenapa guna cara kotor untuk melariskan perniagaan?
main kotor tahu?

apa kata kita ubah cara kotor tu ke cara yang bersih.
cuba la baca ayat seribu dinar sebelum memulakan perniagaan pada setiap hari.
dan rajin-rajinkan la diri anda untuk menunaikan solat sunat Dhuha.
insyaAllah, rezeki makin bertambah.
tak payah la guna gadis-gadis seksi dan kaedah bomoh bagai ni.
atau nasi kangkang ke. erk, ada kaitan ke??
jijik tahu!

erm, kedai makan nasi ayam pak ali kat kluang ni ada waiter yang sangat hensem.
ak selalu tertarik nak datang ke situ.
sebab nasi ayam dia sangat sedap.
dan sambil-sambil cuci mata.
see! ak pun ada niat tak baik.
astaghfirrullahalazim...

Thursday, July 7, 2011

kerana mulut

salam.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: “Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: “Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?” Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan”

kerana mulut macam longkang, badan yang dapat binasa.

masa zaman sekolah dulu, ak sangat baik.
pendek kata memang senang la nak buli ak.
ak pernah dikelilingi dengan manusia yang mulut laser a.k.a. mulut longkang.
apa yang ak tahu, senyum!
baik kan?
mereka kutuk ak. tapi ak masih senyum.

tapi sekarang, ak dah lain.
mulut ak dah mula bau longkang.
jiwa ak dah pandai meronta.
ak dah pandai mengekspresikan perasaan marah ak.

ak nak diri ak yang dulu.
hati bersih. otak bersih. bukan otak kuning okay!
jiwa bersih.

mungkin mulut ak ni nak kena chlorox.
baru hilang bau longkang. heh?!

Wednesday, July 6, 2011

hampir menuju klimaks

salam.

mata letih. otak tepu. hati bahagia.

mata letih mengadap report sampai lewat pagi.
otak tepu mencari idea yang hebat untuk isi report.
hati bahagia? kerana cinta?
oh, mencari cinta bukan identiti ak.

hati bahagia kerana rasa lega menguasai diri.
lega kerana report sudah selamat dipos. alhamdulillah.
moga-moga report ak dapat menarik perhatian pensyarah ak untuk terus bagi gred A tanpa ragu-ragu. amin.

oh ya.
anak-anak kerbau kat sini terlalu berminat dengan ak si gadis baju oren.
sehinggakan bontot ak pun disondolnya.
mereka menyangka bahawa bontot ak ni adalah sumber susuan mereka okay.
aiyak. ak malu.
kerana bontot ak sudah tidak suci lagi hanya kerana seekor anak kerbau.

nasib baik kau masih dalam golongan anak.
cuba bayang kalau kau dah masuk alam dewasa.
tak ke haru kalau bontot ak disondol dengan tanduk kerbau yang cantik mulus tu.


wah! terlalu banyak kenangan dengan kamu-kamu sepanjang berada di IVM ni.
masa semakin hampir.
hampir untuk menamatkan praktikal kita di sini.

hei, report sudah berjaya disiapkan.
konklusinya, mari kita tidur!



Monday, July 4, 2011

cinta dalam diam



salam.

cinta dalam diam?
sanggupkah?

mungkin boleh dijauhkan zina hati.
biarkan perasaan ini hanya Allah yang tahu.

mungkin juga supaya hati kita bertambah kuat.
kuat menerima takdir.
kuat melawan godaan syaitan.

tak salah jika kita cinta dia dalam diam.
selagi kita tidak pernah lupa akan Dia.
selagi kita masih berada dalam dunia realiti.
bukan dunia khayalan bersama dia.
itu paling bahaya. boleh jadi gila tahu?


" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

Saturday, July 2, 2011

matang dengan najis lembu

salam.

ak rasa ak makin matang. eh, ye ke?
oh mesti!

matang dengan perasaan diberak dek lembu.
baunya memang sangat wangi.
hingga mampu bertahan selama 2 hari jika baju tersebut diperam.

matang dengan susu lembu yang diperah setiap hari.
walaupun susu pun ak tak pernah sentuh selepas tahun 1994.
oh, semalam ak muntah dan tekak rasa susu.
hah? dari mana datangnya susu? walhal ak tak minum susu.

matang dengan pembesaran anak lembu dan kerbau.
yes, baby. mama datang bagi susu ye sayang.
tapi bagi susu guna botol la ea.
sebab mama masih belum ada lesen nak mengeluarkan susu secara natural.

matang dengan bau kerbau.
sepanjang hari duduk melepak di kandang kerbau, memang la bau kerbau.
takkan la bau shopping complex pulak.
balik bilik mesti terus mandi sebab ak masih sayangkan bau milk johnson ak daripada bau kerbau.
pergh, bilik mandi pun dah bau kerbau.
hoi, kerbau mana pulak mandi dalam bilik air ak ni?

kan ak dah kata.
ak dah semakin matang bila ditempatkan di kandang ternakan ni.
semua benda ak dah rasa.
bau kerbau, taik lembu, susukan anak lembu, raba tetek lembu a.k.a perah susu, diterajang oleh lembu.
banyak betul pengalaman ak.

ringkasnya, ak matang dengan pengalaman baru!