Thursday, June 23, 2011

memori part 6: kenapa suka cubit pipi tembam?

salam.

pipi tembam ramai yang geram.
kenapa ea?

masa ak hidup kat kuala lumpur, ak si budak keding.
tapi masa ak mula menetap kat kelantan, ak si budak chubby.
ramai orang cakap ak jadi montel sebab makanan kat kelantan sedap-sedap. heh.

masa ak darjah 4 kot, waktu tu badan ak memang naik mendadak.
sangat montel.
bila dah montel, muka pun bulat, pipi dah mula tembam.

dan pipi ak mula jadi buruan orang. keh3.
ada la sorang abang ni. dah kawen tapi muda lagi.
setiap kali jumpa ak mesti dia nak cubit pipi ak. katanya dia geram tengok ak.
pehal pulak?
tapi dah kalau tiap-tiap kali jumpa, dia mesti cubit pipi ak, siapa yang tak fobia. ye dak?

sampai sekarang kalau ak terserempak dengan abang tu, ak akan lari.
hello, saya dah besar ea.
dan paling penting, pipi saya dah tak tembam macam dulu lagi.
kurang sikit je la. haha.
kalau dulu boleh la, cubit pipi saya macam cubit teddy bear.
tapi sekarang, dah boleh timbulkan fitnah tahu.


dan pipi saya hanya untuk bakal suami saya.
harap maklum. ;p

bersambung part 7...

No comments: