Wednesday, June 22, 2011

memori part 5: chinese look plus spek

salam.

"hoi kau pehal? asyik nak peluk orang je keje?"

tu la rutin harian si amir (bukan nama sebenar) masa kami sekelas. darjah satu.
dia suka peluk budak perempuan dari belakang.
bila sekali ak sound dia, dia dah fobia dengan ak.
tapi kawan baik ak pulak jadi mangsa dia. haila.

pernah satu hari, dia datang kacau ak yang tengah khusyuk melukis.
masa tu kelas BI. teacher ak tu memang anti gila dengan ak.
ak pun tak tahu kenapa. sebab tu ak benci kelas BI waktu tu.
ak dianaktirikan waktu tu. sedih whoa.
ak pun pelik. ak selalu dapat A kot.
tapi ak peduli hape. ramai lagi cikgu yang sayang kat ak waktu tu. berlagak!

okayh sambung cerita.
masa tu ak tengah leka lukis-lukis, tetiba si amir ni duduk mencangkung sebelah kerusi ak.
pejadahnya nak duduk sebelah ak? saje nak gedik.
ak memang hangin la waktu tu.
lepas tu, ak saje acah nak cucuk mata dia dengan pensel.
tetiba budak amir ni buat-buat nangis konon mata dia memang betul-betul kena cucuk.
gila!!
teacher yang memang anti dengan ak tu apa lagi, terus denda ak wei tanpa usul periksa.
dia memang sengaja nak cari salah ak pun.

tapi memang hidup ak aman la lepas ak pindah balik kelantan masa darjah 2.
ak pun dah tak tahu kisah si amir dengan teacher yang anti ak tu.
ak tak kisah pun. langsung!

tapi masa ak belajar kat MARA pun sama.
ada teacher Bio yang anti dengan ak.
dia warden kat situ.
kalau dia terserempak je dengan ak, mesti dia nak cari salah ak.
contohnya, dia nak check ak pakai pretty coat (kain dalam ea bukan baju dalam) ke tidak.
atau pun, dia nak check ak pakai anak tudung ke tidak.
pernah satu ketika, dia nak sekat ak daripada keluar outing.
konon minggu tu minggu boys yang keluar outing.
puas ak bertekak dengan dia.



tak paham ak.
kenapa la ramai sangat nak anti dengan ak?
mungkin muka ni ada iras pompuan yang nak rampas pakwe dia agaknya.
atau pun muka ak ni ada iras musuh tradisi dia. mungkin.

bak kata kawan ak, muka ak ni muka bersepah.
muka chinese look, budak specky.
ye la kot.
chinese look plus spek memang ramai pun kat bumi malaysia ni!

bersambung part 6...

4 comments:

HonEyBuNNy said...

xpe..

oarang yg anti dengan kita adalah org y cemburu dengan kita.ehheh

buDAK keCIK said...

haha. betul la tu. ekeke

dayu_myself said...

banyak nye memori...hehehe...

buDAK keCIK said...

wah2 cik dayu kita dh blh on9 la... hee.

byk sgt dayu. tu yg kna tulis ni. nnti tua esok2 bley bukak tgk blog ni tnjuk kt anak cucu. keh3