Tuesday, June 21, 2011

memori part 4: edisi bumper kucing

salam.

kucing sangat manja dan comel.
ni yang ak geram dengan makhluk tuhan yang satu ni.

tapi ak pernah fobia dengan kucing suatu ketika dulu.
sangat fobia wei.



masa ak 6 tahun kot, ak tengah main-main teddy bear (kot) dengan sepupu ak.
"ini awak punya. haa, yang ni saya punya."

tetiba datang kucing dari arah tepi, terus terjah ke lengan ak.
zzzaaapppppppppp.
lengan ak berdarah kena cakar dek kucing.

rupanya, kucing tu baru lepas gaduh, 2 orang pakcik ak pun kena cakar.
tapi yang paling teruk adalah ak.
panjang pulak tu kesan cakaran dia.
tapi nasib baik tak tinggal parut kat lengan ak.
kalau tak, kurang wang hantaran. eh, ye ke?

bertahun la jugak ak fobia dengan kucing.
sepupu ak lagi best bila dia tahu ak takut dengan kucing, mula la dia usik ak dengan kucing dia kaler oren yang gemok cam garfield.
mencicit ak lari. tak guna punya sepupu.
dia memang suka dengar ak jerit-jerit ni.
ngek.

sampai la ak darjah 2, family ak dah mula bela kucing.
masa mula-mula ak tahu ada kucing dalam rumah ak, ak baling kucing tu kat tangga.
jangan harap ak nak pegang kucing tu.

tapi bila dah lama-lama, jeles pulak tengok kucing tu manja-manja dengan family ak.
macam best je tengok dia gesel-gesel kat kaki kan.
dan akhirnya ak berjaya hilangkan rasa fobia ak.
malah, ak tidur dengan kucing kot.
seyes best dapat cium-cium kucing ak. tapi ak hanya berani cium kucing ak je sebab ak tahu ak dah mandikan kucing.
jangan harap ak nak cium kucing yang bukan milik ak. heh.

kalau ak membebel, dia dengar je apa yang ak cakap.
kadang-kadang, dia menyampuk gak "meow!"
tapi kucing ak ni gatal.
ak ingat lagi waktu tu ak dukung dia saje bawak pergi jalan-jalan.
pastu ada amoi seksi lalu, mata dia bulat je tengok amoi tu jalan. hoho.
oh lupa nak bagi taw, kucing ak tu jantan okayh.

tapi sekarang kucing tu dah mati.
ak ingat lagi waktu dia nazak, beria ak nangis.
sedih tengok dia bernafas semput-semput.

tapi sekarang ak dah tak bela kucing lagi.
sebab dah tak larat nak sayang kucing sepenuh jiwa dan raga. ceh!


bersambung part 5...

2 comments:

naz said...

hahaha nasib baik tuan dia pun tak gatal oppsss hahaha

buDAK keCIK said...

well, ai biasa2 aje. wahaha