Sunday, June 19, 2011

memori part 3: keganasan terhadap abe

salam.

kali ni bukan pasal isu berak lagi.
tapi ak nak cerita pasal satu kisah ganas ak terhadap adik ak, abe.
masa tu ak darjah 2.

pada suatu petang jumaat, sambil ak tunggu bas untuk ke sekolah, ak dengan 2 orang adik ak, zura dan abe makan ais krim kat luar rumah.
dipendekkan cerita, bila ais krim abe dah abes, dia nak sambar yang ak punya pulak. hamboi, banyak cantik.
si abe ni keje dia asyik usik ak je.
dia tak berani nak usik si zura sebab zura ni jenis keras kepala sikit. oleh itu, konpem-konpem la abe kalah kalau dia gadoh dengan zura.
maka, ak la selalu jadi mangsa abe. padahal ak ni kakak sulung dia. haish.

lepas tu, abe tak puas hati.
ditariknya ais krim ak yang sedang khusyuk makan ni.
kesabaran ak memang dah hilang waktu tu.
apa lagi, ak terus sambar kasut mak ak yang tebal dan terus baling ke arah abe.

malangnya, balingan ak tu tepat kena kat kepala abe.
abe nangis sambil tunduk dan darah pekat mengalir turun ke tanah.
ak tergamam.
waktu tu, ak hanya pikir pasal keadaan ak dalam lokap kelak. keh3.

mak ak terus kol makcik ak, cik pah yang bekerja sebagai nurse.
kebetulan beliau cuti waktu tu.
cik pah datang kalut-kalut dengan kain batik.
beliau la yang bawak abe pergi hospital.

ak tetap pergi ke sekolah dengan hati yang berat.
tapi segala waktu pembelajaran ak agak terganggu sebab ak bimbangkan keadaan si abe.
siapa tak sayang adik wei.
dan bayangan lokap masih dalam ingatan ak.

yang lawaknya, pekerja ayah ak sampaikan pesanan kat ayah ak yang si abe ni pecah kepala.
ayah ak pun terus berkejar ke bilik pembedahan.
yang sebenarnya, adik ak dirawat kat bilik pesakit luar je.

bila ak balik rumah, dari luar ak tengok ayah ak dengan si abe rilek je dok bersantai tengok tv kat ruang tamu.
tapi kepala abe memang berbalut sebab kena 3 jahitan kot.
ak masih dengan muka monyok. takut kena marah sebenarnya.
ak dok je tercegat kat pintu rumah.
ak tengok ayah ak dengan abe. dorang senyum je.
fuhh lega. hehe.
ak telah berjaya meninggalkan kenangan parut di kepala abe. heh.

kalau tak silap ak, 3 bulan kemudian, kepala ak pulak ditumbuhi bisul.
sekali bisul tu dah pecah, kepala ak jadi berat dan muka ak jadi sembab.
seyes, muka ak dah macam gajah waktu tu.
dan ak telah ditahan di wad pediatrik HKL selama 4 hari.
kiranya balasan untuk ak yang telah bertindak ganas terhadap abe.
adil bukan. tapi ak paling teruk la sampai kena masuk wad.

kesan daripada peristiwa tersebut, ak semakin rapat dengan abe.
ak lebih selesa dengan abe kalau nak dibandingkan dengan zura si pendiam.
dan ak masih jadi mangsa buli abe.
kadang-kadang ak ugut dia, "kang nanti ak baling dengan wedges ak yang tinggi tu. nak rasa lagi sekali ke?" bbwweekk!


bersambung part 4...

6 comments:

naz said...

i harap perkara sama berlaku pada suami yang curang hahaha

buDAK keCIK said...

oh mungkin.. nk try?? wahaha

cik_paan said...

ko boleh praktikkan kemahiran ko tu kat penyimbah asid ke, peragut ke

baru berkhidmat kpd masyarakat

dan untuk suami yang curang, cam farid

hahahaha

buDAK keCIK said...

yes! lelaki curang mcm farid! geram ak!

ghost writer said...

kira nih adalah karma lar ye...

buDAK keCIK said...

hukum karma? ye kot...