Saturday, June 18, 2011

memori part 2: geli punya pasal

salam.

part 1 di sini.

part 2 ni ak mulakan dengan kehidupan ak sebagai budak darjah 1 yang baru nak up. tapi masih berkisar pasal isu berak. harhar.

masa zaman budak, ak ni jenis suka cakap bertempik tahu.
harapkan badan je kering tapi suara punya la nyaring macam nak cari gaduh.
kalau ak datang rumah sedara mara ak, dorang semua dah get ready untuk dengar jeritan ak.
tapi bila dah besar ni, terus jadi pendiam. keh3.

al-kisahnya bermula apabila ak sakit perut di sekolah.
untuk pengetahuan korang, ak memang tak pernah jejak pun tandas sekolah.
kalau ak nak kencing ke, berak ke, ak sanggup tahan sampai ak balik rumah.
tapi masa ak darjah dua, perut ak memulas.
memang ada keinginan nak berak pun.
tapi disebabkan waktu balik dah nak hampir, jadi ak sanggup tahan.

tapi bila tinggal lagi setengah jam nak balik, perut ak makin rancak memulas.
najis pun memang dah hampir keluar.
bila mengingatkan tandas sekolah yang kotornya amat dahsyat, maka ak sanggup berak dalam seluar. walaweyh, bodoh punya idea. haha.

kemudian, masa ak beratur di luar kelas nak baca doa sebelum balik,
tetiba kawan ak berbisik kat telinga ak,
"awak. awak ada bau taik kucing tak? siapa yang pijak taik kucing ni?"
ak dengan muka sambil tahan gelak jawab, " entah. saya tak bau pape pun"
dalam hati, ak rasa macam nak berguling je kat situ. haha.
lepas kejadian tu, sumpah ak tak berak dalam seluar lagi.
nasib la tandas tu kotor ke bersih ke, ak redah je. janji ak tak membuang dalam seluar lagi.

ni la ak. jenis geli tak bertempat.
lagi satu, masa ak umur 4-5 tahun kot, ak ni jenis takut tengok lubang tandas.
kalau ak nak berak, mesti mak ak bentangkan surat khabar supaya ak dapat berak atas tu.
kalau ak tidur rumah sepupu ak pulak, arwah nenek ak yang tolong bentangkan surat khabar.
"che, nak berak!!"

tapi masa arwah che sakit dulu, ak pulak yang uruskan soal berak kencing beliau.
che tak geli pun dengan najis ak, jadi kenapa perlu ak geli dengan najis che?

che, ikin rindu che!
al-Fatihah...

bersambung memori part 3~~

2 comments:

Far8 budak baik said...

mesti kau syg gile
kat che tu kan..
waaaa nape kau wat cite
touching mcm ni..
aku nangis kot..
grrrrrr ;D

buDAK keCIK said...

far8 budak baik: ceh, bajet ko nangis! haha