Saturday, June 18, 2011

memori part 1: cirit-birit

salam.

sejak 2,3 hari ni selalu sangat memori lama datang bertandang.
mungkin ak boleh buat sedikit catatan kat sini supaya dapat ak jadikan blog ni sebagai bahan bacaan ak di hari tua kelak.

kita mulakan dengan part 1:

ak dibesarkan di bandar metropolitan kuala lumpur selama 8 tahun.
sewaktu ayah ak jadi pengurus kedai athlete world di subang parade dulu, ak suka ikut ayah ak ke tempat kerjanya masa hujung minggu.
biasa la, ak ni jenis suka pergi kat tempat yang ramai orang macam shopping complex subang parade konon nak usha-usha gelagat manusia. sampai dah tua bangka macam ni pun, ak masih suka hang out kat shopping complex. padahal nak window shopping je. heh.

dan suatu hari, ak rasa sakit perut yang teramat.
ak ingatkan nak kentut je.
jadi ak pun 'kentut' la.
tetiba rasa macam bendalir mengalir kat spender.
ko taw apa?
hah? air ketuban? jadah apa air ketuban keluar dari cervix budak perempuan yang berumur 5 tahun.
rupanya ak tercirit. walaweyh, memori betul la ni.
biasa la budak. tak tahu nak beza antara rasa nak kentut dengan rasa nak tercirit. haha.

kemudian, ak lari ke arah ayah ak.
"pa, kakak terberak dalam seluar. kakak ingatkan nak kentut tapi rupanya tercirit. ngee"
senyum sambil buat muka tak bersalah.

ayah ak terus hantar ak ke rumah makcik ak kat subang jaya.
nasib baik dekat.
boleh la jugak ak terus mandi dan tukar pakaian lain.

masa on the way nak pergi rumah makcik ak tu, ayah ak tak habis-habis pesan,
"jangan duduk. nanti kusyen tu berbau. pa malas nak basuh"
oleh itu, sepanjang jalan la ak berdiri. keh3.
nasib baik 10 minit je jarak subang parade dengan rumah makcik ak.

pa, terima kasih sebab hantar kakak balik rumah maksu yah masa tu. hee.
kalau tak, memang tak selesa la duduk dengan seluar cenggitu. haha.
terima kasih sebab pa sudi layan karenah kakak yang kaki buku ni. tapi tu dulu la. sekarang dah kaki blogging. hamboi kemain kau.
kalau kakak mintak tolong pa belikan kakak satu je buku tapi tetiba pa balik dari kerja dengan beg plastik yang penuh berisi dengan buku-buku. hooraay!

PA, TERIMA KASIH!!

ya Allah, kasihi ibubapa ku sebagaimana mereka telah besarkan ak sejak dari kecil lagi. amin.

bersambung part 2...

4 comments:

naz said...

alahai manjanya. uncle jadi lah pa saya boleh? haha

buDAK keCIK said...

naz: pun boleyh. keh3

Heidi Shafiq said...

:)

buDAK keCIK said...

;p