Thursday, June 2, 2011

~mana nak carik goreng pisang kat kluang ni?~


salam.

hari ni hari yang sangat membosankan.
pagi-pagi dah kena bersih kandang arnab.
lepas tu sekali lagi kami cuba ambil semen arnab. yang pasti bukan ak yang buat sebab ak kan penakut nak pegang arnab.
oleh itu, ak cuba untuk buat artificial insemination.
masa ak cuba nak masukkan silinder yang panjang (sangat) yang mengandungi semen ke dalam cervix arnab betina, tiba-tiba arnab tu meronta wei.
dah la ak yang jenis trauma dengan arnab, ak terus pass dekat kawan ak.
habis tergendala rancangan ak.

pukul 11.30 a.m, kami dah boleh balik hostel sebab dah takde apa nak buat.
lagipun kami tak perlu nak punch card macam kerja pejabat.
selesai je semua kerja kami, kami dah boleh balik.

tapi ak dah tahap kebosanan yang melampau kat sini.
tak tahu nak buat apa.
nak pergi jalan-jalan ke bandar kluang, ak bukannya fasih sangat dengan bandar ni.
nanti sesat je memanjang.
sudahnya, ak terperap kat bilik hostel sambil online sampai lebam.

petang tadi keluar pergi carik goreng pisang sampai ke ayer hitam.
tapi tak jugak jumpa.
akhirnya ak balik hostel dengan hati yang sebal sebab tak dapat makan goreng pisang...

No comments: